Nik Aziz Berbohong

Oh! Krai Utara

Share
 Salam saudara,

kasar sekali pada pandangan saya tajuk yang tertera di atas, saya ambil tajuk tersebut dari artikel di bawah yang tertebeng (dipaparkan) dalam blog saudara kickdefella.
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mendakwa derma atau sumbangan oleh syarikat pembalakan yang menerima konsesi di negeri ini kepada Pas, adalah sesuatu yang di luar pengetahuannya.
Berikutan itu, katanya, beliau tidak suka untuk mengulas dakwaan yang dibangkitkan oleh penulis blog tertentu berhubung sumbangan atau derma terbabit.
Namun, masa sama, beliau membidas penulis blog yang disifatnya membuat pelbagai dakwaan dalam ruang maya masing-masing sebagai perbuatan untuk menyebarkan fahaman atau pendirian sendiri tanpa usaha menambah pengetahuan di kalangan pembaca mereka.
“Penulis blog ini kadang-kadang menulis sesuka hati, bukannya untuk memberi ilmu pengetahuan kepada pembaca. Saya sangat dukacita (dengan penulis blog) menggunakan pensil (penulisan) blog menyebarkan fahaman sendiri, tidak menambah ilmu.
Saya tak suka sebut benda-benda begitu (dakwaan mengenai komisyen atau sumbangan kepada Pas) tetapi benda ini tidak ada dalam pengetahuan saya,” katanya.
Beliau memberitahu pemberita demikian selepas melakukan pelepasan konvoi kira-kira 1,300 motosikal berkuasa tinggi sempena acara Kelantan Bike Week di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV di sini, hari ini.
Nik Aziz diminta mengulas dakwaan yang dilontarkan penulis blog Kickdefella yang mendakwa syarikat pembalakan yang mendapat konsesi di negeri ini menyalurkan sumbangan atau derma kepada pertubuhan bukan kerajaan yang ada kaitan dengan Pas, kerana bantuan mendapatkan kawasan terbabit.(di sini)
Akhirnya setelah sekian lama menanti, Nik Aziz bersuara juga. Malangnya Nik Aziz memilih untuk tidak berlaku jujur. Mustahil Nik Aziz tidak mengetahui semua ini. Saya tahu Nik Aziz menghabiskan masanya dengan membaca kitab atau Al Quran sewaktu mesyuarat berlangsung dan kerap juga tertidur apabila topik yang dibincangkan tidak difikirkan penting baginya tetapi untuk beliau mendakwa bahawa beliau tidak tahu, ini adalah satu kenyataan yang paling tidak jujur dari YAB Menteri Besar Kelantan.
Dengan ini saya buat kali kedua mencabar Nik Abdul Aziz mengarahkan Kerajaan Negeri mengeluarkan senarai kesemua syarikat yang telah menerima tanah balak dan tanah hutan simpan untuk tujuan perladangan dan pertanian di Negeri Kelantan sejak 1990 hingga sekarang, bagi membuktikan beliau tidak ada menyembunyikan sesuatu yang berkaitan dengan dakwaan saya bahawa  PAS Negeri Kelantan dibawah pentadbirannya beramal dengan rasuah dalam bentuk ‘derma’ dan kronisme.

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama berkata...

    Salam Krai Utara,
    Tak tahulah penulis blog yang menuduh Tok Guru itu dah membaca berapa ratus kitab,atau dah dibayar sekian banyak untuk menulis,atau dah sedar tulisanya akan dihitung setiap hari sehingga terpadam dari kertas atau skrin.

    Sayangnya penulis intelek gagal memilih jalan yang lurus . Hatinya telah dirasuk kebencian serta dendam.....itulah yang tergambar dari tulisannya. Semoga Allah memberikannya petunjuk!

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...