Yanie Mentor Meninggal Dunia

Oh! Krai Utara

Share
yanie mentor meninggal duniaBerita terbaru yang Budiey terima pada petang tadi, penyanyi kelahiran program realiti TV, Mentor di TV3 – Yanie atau nama sebenarnya, Siti Suriane Julkarim telah meninggal dunia dalam usia 25 tahun selepas Zuhur, jam 1.15 tengahari pada 21 Mac 2010 di Hospital Keningau akibat ketumbuhan paru-paru. Sebelum ini, Yanie dikatakan menderita terlantar sakit selama 4 bulan.
Jenazah Allahyarham telah dibawa ke Sembulan, Sabah dari Hospital Keningau dan akan dikebumikan esok di Kampung Sembulan Lama.
Ning Baizura selaku mentor Yanie telah menulis di Twitter mengatakan bahawa beliau telah mendapat panggilan berita ini daripada suami Yanie sendiri, Irfin Abdul Manan.
Memetik berita yang disiarkan di Utusan Malaysia – “Saya berasa terkejut dan tak sangka dia diserang penyakit itu. Kali terakhir saya berjumpanya ialah pada Julai lalu,” kata Ning ketika dihubungi di Bangkok, Thailand.
Ning yang berada di sana kerana menjalani penggambaran iklan komersial berkata, keluarga Yanie tidak dapat dihubungi oleh media massa kerana mereka tidak mahu diganggu ketika ini.

baca lagi disini

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...