KEDAH NEGERIKU.......Hikayat Sang Katak.....
Oh! Krai Utara
Assalamualaikum..
Maka tersebutlah sebuah kesah dinegara antah berantah di utara peta Semenanjung Buana dan berjiran dengan Negeri Pasir Berdengung. Negeri antah berantah ini juga di panggil Negeri Kedahaq oleh rakyat jelata yang hidup dalam aman damai dan makmur yang di perintah oleh Rakyat Berpakat yang diketuai oleh Mamak Bendahara(bukan mamak Penang). Mamak Bendahara adalah gelaran untuk Negeri Kedahaq. Mamak Bendahara ini bernama Azazam memerintah dengan adil dan saksama walau pun kadang2 suaranya agak berdegaq dan agak kasar didengar oleh panglima2 Istana di dewan Seri Negeri. Tak ada makan suap dan membalun harta negara seperti bendahara sebelumnya. Semua hasil mahsul negeri masuk kekantung perbehandaraan negeri walau pun yang dulu suka masuk kekantung sendiri. Negeri Kedahaq ni walau bukan negeri yang kaya raya kerana tiada cecair hitam dari perut buminya tapi Negeri Kedahaq ni mempunyai hutan rimba yang kaya dengan batang2 kayu yang bernilai tinggi dipasaran seantero buana. Kedahaq juga mempunyai tanah landai yang subur dengan tanam tanaman terutamanya padi dan buah2 kayu yang enak dimakan secara mentah mau pun digoreng atau ditanak.
Arakiannya walau pun dalam keadaan aman damainya negeri Kedahaq ni rupa2nya dicemburui oleh Bendahara lama yang di tolak rakyat jelata semasa pengundian rakyat untuk Negeri Kedahaq yang lalu.Maka Bendahara lama pun memanggil lah panglima2nya yang masih setia untuk berbincang bagaimana nak mengambil semula jawatan tersebut dari Azazam. Maka bermesyuaratlah mereka tujuh hari tujuh malam sehingga lah mencapai 2 purnama. Masih gagal untuk menumbangkan kerajaan Azazam. Berbagai tektik digunakan menggunakan Sperman walau pun ianya bukan superman,menggunakan segala yang ada termasuk juga bekas2 ketua rakyat berpakat. Akhirnya setelah bermesyuarat begitu lama sehingga tumbuhnya janggut dan jambang dek kerana tak sempat bercukur kerana asyik dengan cita2 untuk mengmbil alih negeri Kedahaq maka adalah satu cadangan dari seorang bekas pegawai rakyat berpakat yang bernama Zamilang. Maka cadangannya adalah dengan memberi imbuhan berupa harta rakyat kepada panglima2 Azazam. Zamilang tahu bahawa ada dikalangan panglima Azazam ini yang akan terpengaruh dengan tawaran ini terutamanya Panglima yang menjaga penjuru istana dari rejemen Pasukan keris rencung atau selalu dipanggil PKR. Sayugianya dimaklumkan kepada pembaca budiman rancangan ini telah berjaya memerangkap seorang panglima yang berjaga didaerah Lanas. Maka melompatlah panglima Lanas kedalam kumpulan gerombolan ini. Walau pun seorang melompat masih belum mencukupi untuk mengambil alih Kedahaq. Maka peninglah kepala Bendahara Lama memikirkannya..........
Bendahara lama tau untuk mengambil alih Kedahaq memerlukan 3 atau 4 orang panglima lagi untuk mencukupkan kurum, Dia akan mengambil contoh bagaimana Negeri Pasir Berdengung dirampas sehinggakan dewan seri negeri diambil alih menyebabkan Bendahara yang berkuasa waktu itu terpaksa bermesyuarat dibawah pokok. Bendahara lama tahu perkara ini akan dihalalkan oleh Gabenor Gajet yang memerentah Semenanjung Buana. Gunalah apa cara sekali pun janji tampuk pemerintahan Kedahaq dirampas. Telahan Bendahara Azazam pun bernah berkata hampa nak tawan Kedahaq pun tawan lah kerana dah tak larat nak halang lagi panglima2nya dari melompat dan menyeberang. Maka terketaq ketaq lah kegembiraan Bendahara lama untuk mencuba sehingga berjaya. Maka semakin dicubanya sehingga sanggup menawarkan seberapa banyak yang diminta waima bendahara lama perlu meminta pada perbehendaraan Gabenor Gajet. Maka dihantarlah Panglima Lanas untuk berhubung dengan teman2nya dari Pasukan Keris Rencung untuk sama2 melompat dan menjadi kaya sepertinya. Panglima Lanas berkata kepada mereka lompatlah kerana rakyat tak akan marah dan membuat perkara yang tidak diingini kerana Panglima ini semua akan dijamin selamat dibuana ini. Bila termakan saja pujukan ini dan segala impian mereka untuk menjadi kaya raya terlaksana maka melompat lompatlah mereka semua kegembiraan. Lompatan mereka lebih tinggi dari Panglima Lanas kerana imbuhan mereka lebih tinggi dari Panglima Lanas...maka akan tumbanglah Negeri Kedahaq jatuh ketangan Bendahara Lama dari Kumpulan Gerobolan yang ditolak Rakyat.....lalu aku sebagai tentera terus menghunuskan keris........
Tiba2..........Bang.....bang....bangun bang...dah nak maghrib ni...tu la sapa suruh tidoq petang2 kan dah meracau.....Aku pun duduk termangu mengenangkan mimpi di petang hari tadi. Ada kah akan menjadi kenyataan. Mungkin dalam seminggu dua ni....aaaah lantak lah. Aku bukan ada kepentingan apa, Aku bukan ahli politik atau ahli majlis. Aku bukan ada jawatan pun. Aku cuma pemerhati Bebas macam ADUKA TARUNA. Aku cuma maukan yang terbaik saja yang memerintah Negeri dan Negara. Lantaklah kalau Katak2 PKR ni nak melompat. Esok depa jawab lah di akhirat kelak.....atau depa tunggulah rakyat mengajar mereka pada pilihanraya ke 13 nanti..........
LALU AKU TERFIKIR APAKAH AkAN MENJADI KENYATAAN MIMPIKU TADI........ Jikalau tida beruk masakan pokok bergoncang. Cuaca pun dah hujan balik maka Katak2 pun mulalah berbunyi.......ong..ooooong....oooooooooooongg.
Jin brabus
16 Mac 2010 pada 7:09 PTG
Assalamualaikum Tuan/Puan,
Blog Perak Reform diwujudkan atas dasar hasrat untuk melihat PAS kembali memerintah
Perak dengan aman dan jayanya.
Kami hanyalah kumpulan kerdil yang hanya mahukan KEADILAN dan melihat IDOLA kami
Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin menerajui Perak. Demi menolak kerajaan
kudeta UMNO/BN di Perak, kami rasakan sudah tiba masanya kami turun berjuang bersama-sama
rakan bloggers yang lain.
Atas dasar perjuangan untuk menepis segala tohmahan dan tipu helah kerajaan kudeta
Perak, kami yakin dengan satupadu dan bantu-membantu antara semua bloggers di
Malaysia ini akan dapat sama-sama kita bersepakat dalam menghebahkan isu senario
politik Perak YANG SEBENARNYA.
Segala maklumat di blog kami adalah BENAR dari sumber dalaman yang kuat.Insyallah.Cuma
penghebahan yang lebih telus adalah harapan kami agar dapat disalurkan kepada
semua rakyat khususnya rakyat Perak untuk menilai INIKAH KERAJAAN YANG
MEREKA MAHUKAN?
Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan
ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,kami mohon jasa baik tuan/puan untuk letakkan
blog kami,
http://perakreform.blogspot.com/
dalam blog list tuan/puan.Blog tuan/puan juga telah kami masukkan dalam list kami
agar kita dapat sama-sama berkongsi informasi dalam memartabatkan agama dan bangsa
tercinta.
Dengan ini, Perak Reform secara rasminya menjadi FOLLOWERS blog
tuan/puan.
Menjadi FOLLOWERS PerakReform di http://perakreform.blogspot.com,
kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Salam ukhwah dari Perak Reform..Assalamualaikum.