Kami Kecewa Dengan PAS, Tapi kami bersama Tok Guru! - Kaum India

Oh! Krai Utara

Share Kelab penyokong kecewa sikap Pas Kota Bharu


KUALA KRAI - Kelab Penyokong Pas Kuala Krai semalam melahirkan rasa kecewa dengan tindakan individu tertentu dalam Pas kawasan Kota Bharu yang didakwa cuba menggagalkan pelantikan Musa Amin, 51, sebagai Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) bagi mewakili masyarakat India di kawasan itu. 



Wakil kelab, J. Jaya Murugan berkata, rata-rata anggota kelab juga tidak berpuas hati dengan alasan kepimpinan Pas Kota Bahru berhubung penangguhan majlis angkat sumpah Musa sebagai Ahli Majlis MPKB bagi penggal 2010 pada 7 Januari lalu. 

“Jika dikatakan Ahli Majlis memerlukan banyak peringkat sebelum pengesahan jawatan, kenapa dia (Musa) seorang sahaja yang perlu menunggu sehingga lebih dua bulan sebelum me-ngangkat sumpah walaupun pemilihannya sebagai Ahli Majlis sudah disahkan dalam mesyuarat Pas kawasan Kota Bharu. 

“Dalam hal ini, kami berpendapat ada pihak tertentu dalam kepimpinan Pas kawasan itu (Kota Bharu) yang tidak berpuas hati secara peribadi dengan Musa dan sengaja ingin menggagalkan pelantikan beliau sebagai Ahli Majlis MPKB,” katanya. 

Jaya Murugan berkata, perbuatan individu terbabit yang cuba mengaibkan Musa dengan mengeluarkan namanya daripada senarai Ahli Majlis juga dilihat sebagai cubaan untuk memalukan masyarakat India di Kota Bharu khususnya dan seluruh negeri ini amnya. 

Ini kerana katanya, Musa selaku wakil kaum India menerusi pelantikannya sebagai Ahli Majlis MPKB telah banyak berjasa kepada kaum itu bukan sahaja di Kota Bharu tetapi juga masyarakat India di daerah lain di negeri ini. 

“Beliau (Musa) pada bila-bila masa sanggup turun padang untuk menyelesaikan masalah berkaitan kaum India terutama di kawasan Kota Bharu,” kata Jaya Murugan yang turut ditemani tiga anggota Kelab Penyokong Pas Kuala Krai. 

Sementara itu, Jaya Murugan berkata, anggota ke-lab juga amat berterima kasih dan menghargai Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyokong dan mengesahkan pelantikan Musa sebagai Ahli Majlis MPKB dan wakil masya-rakat India. 

“Kami akan sentiasa menyokong kepimpinan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tetapi pada masa sama berharap kejadian menimpa Musa tidak berulang pada masa depan dan meminta kepimpinan atasan memberi perhatian serius ke atas apa yang berlaku kepada wakil kaum kami,” katanya.-SH

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...