Anaknya Azean Irdawaty, Benjy Ditahan Reman Sehingga 25 Mac Ini

Oh! Krai Utara

Share
Jumaat Mac 19, 2010:SIASATAN polis terhadap pelakon Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin yang disyaki memproses dan mengedar dadah jenis syabu dan kokain di sebuah kondomiminium mewah di Kepong masih belum selesai.

Menurut Timbalan Pengarah Risikan Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, DCP Datuk Othman Harun, anak lelaki tunggal seniwati terkenal Azean Irdawaty itu akan ditahan reman selama seminggu lagi setelah ditahan pada 12 Mac lalu.
“Benjy akan ditahan reman sehingga 25 Mac ini setelah perintah reman itu dikeluarkan oleh Pendaftar Kanan Mahkamah Rendah Bakri Ali Omar,” kata beliau ringkas kepada mStar Online semalam.
Pelakon berusia awal 30-an itu ditahan pada 12 Mac lepas bersama rakan wanitanya berusia lingkungan 20an dalam satu serbuan di tempat letak kereta sebuah kondominium di Segambut. Semasa ditahan, polis juga menemui 850 gram kokain bernilai RM650,000 dan 140 gram syabu bernilai RM2,000 di kondominium tersebut.
Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. (mStar Online)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...