Memang dah patut kau sokong UMNO! Kini Kamu Terkena Ulahnya!

Oh! Krai Utara

Share
Akhbar Sinar Harian Hari ini melaporkan "Rumah PPRT tidak sempurna " dan NST "Ibu tunggal tidak puas kualiti PPRT".


ikuti luahan hati mereka yang menjadi mangsa kepada kerakusan UMNO memperbodohkan rakyat yang masih sayang gila kat mereka. 


Aku fikir dah kena dah ngan mereka ni, kita bilang mereka tak mau percaya sekarang hambikkk kau.Dah kena atas batang hidung barulah kau tau, bagi pimpinan UMNo nilai mereka yang merempat ni sekadar untuk memenangkan mereka dalam pilihanraya je.


apa-apa ajelah dengan dema tuh! semoga dema akan undi BN lagi PRu akan datang, korang nak UMNO lagi? berikut aku cedok sikit alkisahnya mereka tu !


Sinar Harian


MELAWI - Seorang pemilik Program Pembinaan Rakyat Termiskin (PPRT) di sini, memohon perhatian pihak bertanggungjawab bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi sejak empat tahun lalu. 

Pemilik berkenaan, Wan Ab Malik Wan Mohamad, 59, yang berdepan masalah untuk mendiami rumah yang dibina di bawah skim PPRT itu apabila didakwa tidak sesuai untuk dijadikan tempat kediaman. 

Dakwanya, daripada struktur binaan rumah berkenaan, agak mengelirukan apabila ia dikatakan untuk kediaman, sedangkan tidak mempunyai bilik air serta ruang dapur yang selalunya disediakan. 

“Rumah ini hanya ada satu bilik sahaja, tanpa bilik air dan ruang dapur yang biasanya mempunyai singki sesuai dengan fungsi sesebuah dapur. 

“Saya juga tidak pasti, adakah begini keadaan sebuah rumah yang dibina dengan kos RM10,000 seperti diberitahu kepada saya, sedangkan rumah pemilik PPRT lain lebih lengkap dan selesa untuk diduduki,“ katanya. 



sumber - http://www.sinarharian.com.my/kelantan/content/story6117056.asp


NST


Ibu tunggal tidak puas kualiti PPRT

Ibu Tunggal dari Kampung Batu 62, Halogelat, Beaufort antara seorang penerima bantuan Rumah PPRT tidak berpuas hati terhadap kualiti pembinaan rumah PPRT.
“Kami ukan tidak mahu menghargai sumbangan kerajaan tetapi setelah sabar menanti selama hampir 5 tahun dan melihat kepada sturktur binaan rumah ini …. saya agak kecewa, ” ulasnya sedih.
Pengadu mendakwa rumah PPRT berkenaan menggunakan bahan binaan yang tidak tahan lama dan pembuatan rumah juga tidak mengikut prosedur yang sepatutnya.
“Saya belum lagi berpindah ke rumah itu, tetapi ia sudah mula rosak. Saya pernah mengemukakan aduan ke pejabat daerah dan pihak mereka berjanji akan menghantar seorang juruteknik untuk meninjau struktur pembinaan rumah itu tetapi sehingga ke hari ini juruteknik yang dijanjikan belum lagi turun padang.”
Beliau turut memberitahu atap yang digunakan dalam pembinaan rumah PPRT itu sepatutnya atap keras namun melihat kepada atap rumah yang dibina itu hanya menggunakan zink yang lembut, nipis dan mudah rosak.
“Dinding dan lantai rumah ini sepatutnya menggunakan papan tetapi mereka hanya menggunakan papan lapis yang nipis dan sekarang papan lapis berkenaan sudah merekah manakala catnya pun sudah terkupas,” adunya.
Tambah beliau lagi “simen dibina di sekeliling setiap tiang rumah, seolah-olah tiang itu “berkasut” atau “kancing” yang bertujuan untuk mengelakkan rumah terturun ke dalam tanah tetapi apabila dikorek di dalam tanah, didapati tiang itu sebenarnya tidak ada kasut. Apalah makna atau fungsinya simen yang dibina di sekeliling tiang itu?, ” katanya.
Ibu tunggal ini juga mendakwa bahawa gelagar rumah untuk lantai rumah juga tidak cukup panjang dan dipasang blok kayu penahan sahaja, pengadu bimbang rumah berkenaan tidak mampu menampung muatan jika terdapat ramai orang di dalam rumah berkenaan.
Beliau memohon supaya pihak bertanggungjawab tampil memberikan penjelasan berkaitan piawaian pembinaan rumah PPRT dan peruntukkan yang ditawarkan bagi sebuah rumah PPRT.
ActionLine cuba menghubungi pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi mendapatkan penjelasan berkenaan aduan diterima tetapi pihak kementerian memaklumkan pegawai yang bertanggungjawab sedang bercuti dan diminta menghubungi semula pada 30 November.
Kelmarin ActionLine menghubungi semula pihak kementerian tetapi hampa apabila difahamkan pegawai berkenaan sedang bertugas di luar kawasan.
Diharap pihak bertanggungjawap akan menghubungi ActionLine bagi memberi ulasan berhubung aduan berkenaan. -NST








0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...