Banyak pandangan dan tafsiran bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang saya tidak setuju dan tidak berkenan langsung, walaupun ada yang saya setuju seperti pandangannya tentang orang berpuasa yang tak nak gosok gigi.
Saya tak minat sikit pun Mohd Asri. Saya juga tidak pernah ulas sepatah pun tentang pandangan dan tafsiran beliau sebab banyak sangat yang saya tak setuju dan saya tak berkenan. Saya peduli apa dia pernah jadi mufti dan saya pula sang jahil. Tak setuju, tak setuju la.
Tetapi, saya lebih tidak setuju tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menangkapnya malam tadi (gambar pengarahnya, Datuk Mohamed Khusrin Munawi di sebelah - sila klik untuk besarkan). Saya tak nak la kata bangang. Kalau bangang, tak payah kata bangang pun memang bangang.
Hujah lawan hujah la - seperti yang dilakukan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) seperti yang dilaporkan dalam berita di bawah. Bukan hujah lawan tangkap, bodoh oi!
Dengan tidak mahu mengaitkan penangkapan Mohd Asri kerana saya malas nak buat spekulasi, kepada saya, urusan agama di negeri-negeri berada di bawah sayap pengaruh Umno. Raja-raja Melayu sering mengingatkan, urusan agama di bawah bidang kuasa mereka. Mereka pula bersetia dengan Umno. Equation mudah sudah ada lebih kurang. Hampa fikir sendiri la.
Berkaitan:
Latar belakang penangkapan Dr Asri (Satu Umat 2/11/09)
Dr Asri diseret ke mahkamah (Malaysiakini 2/11/09)
Will former Perlis mufti be charged? (Malaysiakini 2/11/09)
JAIS targets ex-Perlis mufti for unauthorised lecture (Malaysian Insider 2/11/09)
Jais tahan Dr Asri (Utusan Malaysia 2/11/09)
Bekas Mufti Perlis anggap diri disabotaj JAIS (mStar Online 2/11/09)
Peguam syarie sedia temui bekas mufti

PGSM ada bukti dakwaan terhadap Dr Asri"Kami sedia berdepan Dr Asri"
Berita Harian (2/10/09): Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) bersedia bersemuka dengan Dr Mohd Asri Zainal Abidin bagi mengemukakan bukti dakwaan mereka terhadap bekas mufti Perlis itu dalam memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong membantah tawaran jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) kepada beliau.
Bagaimanapun, Presiden PGSM, Mohamad Isa Abd Ralip, berkata persatuan itu bersama 15 badan bukan kerajaan (NGO) Islam mahu pertemuan itu diadakan secara tertutup kerana ia membabitkan isu dalaman dan tidak wajar dibahaskan atau disensasikan secara terbuka.
"Kita (PGSM dan 15 NGO Islam) sedia bersemuka dengan beliau dan mengemukakan bukti segala dakwaan yang dibuat terhadap Mohd Asri, mengapa beliau itu tidak layak memegang jawatan Yang Dipertua Yadim," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Mohd Asri yang mahu PGSM mengemukakan bukti beliau mencerca Imam Ghazali dan Imam Nawawi serta menolak hadis Imam Bukhari melalui ucapan atau tulisannya, iaitu antara alasan bantahan mereka terhadapnya.
Ia berikutan memorandum yang dihantar persatuan itu dan NGO terbabit kepada Yang di-Pertuan Agong pada 12 Oktober lalu membantah cadangan melantik Mohd Asri sebagai Yang Dipertua Yadim.
Mohd Asri mendakwa kandungan memorandum itu satu fitnah dan pembohongan kerana beliau dituduh tidak mengiktiraf iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah, mencerca solat hajat dan menolak hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari.
Memorandum itu turut mendakwa Mohd Asri mencerca ulama besar seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali.
Mohamad Isa berkata, dalam memorandum itu, PGSM dan NGO Islam menganggap pendekatan Mohd Asri hanya menimbulkan keraguan dan polemik merugikan kepada umat Islam seperti dalam isu pencegahan khalwat, isu penggunaan kalimah Allah dan amalan cabang dalam Islam dikatakan bidaah di kalangan umat Islam.
Sementara itu, beliau berkata, PGSM dan NGO Islam mengakui kesilapan mereka sehingga menyebabkan kandungan memorandum itu 'bocor' di dalam laman web PGSM sejak Khamis lalu.
"Namun saya mengakui kandungan memorandum itu memohon Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan supaya tidak melantik Mohd Asri menjadi Yang Dipertua Yadim," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya hairan dengan keputusan Mohd Asri yang 'menolak' lebih awal tawaran pelantikan jawatan sebagai Yang Dipertua Yadim kerana kerajaan belum membuat pengumuman rasmi mengenainya.
"Kami kesal dengan Mohd Asri memperbesarkan dan mencari publisiti terhadap perkara yang menjadi hak dan budi bicara mutlak Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan. Ini adalah isu dalaman yang sepatutnya diselesaikan secara perbincangan tertutup dan berhikmah," katanya.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom ketika dihubungi berkata, ia tidak sepatutnya menjadi isu kerana tiada pelantikan baru atau pengganti bagi mengisi jawatan itu dibuat oleh kerajaan.
Difahamkan, tempoh jawatan Yang Dipertua Yadim sekarang, Datuk Nakhaei Ahmad sudah dilanjutkan sehingga 2012.
Sinar Harian (2/11/09): "Kami bersedia pada bila-bila masa bersemuka secara peribadi dan berbincang dengan Dr Asri tetapi berpendapat isu ini tidak wajar dibahaskan serta disensasikan secara terbuka," demikian kata dua yang diberikan Presiden Peguam Syarie Malaysia (PPSM), Mohamad Isa Abd Ralip yang juga jurucakap bagi 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain berhubung tuntutan bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin yang mahukan bukti beliau menghina Imam Ghazali, Imam Nawawi dan menolak amalan Furu' (solat hajat, bacaan Yasin, talkin).
Mohamad Isa berkata, isu terbabit tidak perlu dijawab secara terbuka kerana Dr Asri sebelum ini sudah banyak kali mengeluarkan kenyataan meragukan dan bimbang jika perdebatan ini berterusan akan menyebabkan masyarakat keliru.
"Dr Asri banyak menimbulkan keraguan dan polemik yang merugikan seperti isu pencegahan khalwat, penggunaan kalimah Allah dan isu amalan furu' yang dikatakan bidaah dalam kalangan umat Islam.
"Kami tidak mahu terus mengikut rentak yang dimainkan Dr Asri kerana menerusi perbahasan itu nanti bukan sahaja soal hukum-hakam agama akan timbul tetapi juga keaiban dia (Dr Asri) akan tersebar jadi perkara ini tidak elok untuk tatapan umum," katanya di sini, semalam.
Mohamad Isa yang diminta mengulas tindakan Persatuan Peguam Syarie Malaysia sendiri menyiarkan memorandum yang disifatkan sebagai edaran dalaman menerusi laman webnya bagaimanapun mengakui perkara terbabit adalah kesilapan teknikal dan bukannya niat untuk memperbesarkan isu.
"Kami mengakui bahawa memorandum yang bertujuan sebagai edaran dalaman terlepas ke pengetahuan umum menerusi laman web kami tetapi kami telah menariknya pada jam enam petang hari yang sama Dr Asri menyebarkan salinan memorandum kepada pihak media," katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan