Hasan Ali langgar disiplin demi langgar disiplin - AdukaTaruna

Oh! Krai Utara

Share

Hasan Ali langgar disiplin demi langgar disiplin.

Oleh : AdukaTaruna

Masa gua kekecik dulu, gua terlupa buat satu tugasan sekolah. Bahasa Inggeris bhai... Cikgu plak Lim nak mampos punya garang. Rambut berminyak sikat tepi, kemeja cerah ada garisan halus memanjang, seluar slack poket L macam poket seluar jeans tuh bawah seluar jenis boot cut.

Gila garang orang tua tu siot. Gua plak darjah 5. Ah mampos... So, time jadual cikgu Lim ajar kelas gua, gua round satu sekolah, masuk kelas ke kelas, panggil bebudak takraw, meeting kat kantin. Gua budak takraw. Hahaha. Ponteng ma. Kat kantin, hanya sebut pasal hari latihan jer, then macam2 agenda la muncul. Siap nak berkelah kat Ulu Bendul lagi.

Itu dulu. Masa gua darjah 5. Skang ni konsep yang sama gak. Langgar disiplin demi langgar disiplin. Hasan Ali dah langgar disiplin. So, demi menyelamatkan diri, dia langgar satu lagi disiplin. Memang Hasan Ali pakar perjumpaan sulit la.

Ketika menanti keputusan JK Disiplin, sepatutnya jika PAS mengamalkan apa yang diludah2 atas pentas ceramah, Hasan Ali perlu menggantung jawatan sehingga JK Disiplin mengesahkan Hasan Ali tidak bersalah. Kalau PAS amalkan apa yang diludah2 di pentas ceramah, di kuliah2 agama lah. Tapi percayalah. PAS adalah parti ulama retorik bangsat. Allah nak tunjuk ni bhai..

JK tengah buat siasatan dan tindakan, Hasan Ali dah buat road show. Yang paling tak tahan tu, tuan rumah dipaksa menyediakan tempat untuk road show salah laku Hasan Ali. Hahaha. PAS adalah parti kedua mangkuk selepas UMNO. Dalam tajuk pengurusan organisasi.

Masa gua mula2 di TKO atau mula2 berkawan dengan ahli2 PAS, mereka sangat menyakini parti mereka cemerlang bhai.. gua releks jer dulu. Simpan kuku. Hujung tahun 2006, gua start bedah tempurung kepala ahli PAS melalui artikel mempertikaikan Hadi. Time tu usen tak nak kawan dengan gua. Haha.

2007, gua bedah kepala otak ahli Melayu PAS dengan daulat dan kesaktian word ulama, Kepimpinan Ulama, etc. Bab2 ulama la. Terus kena ban di TKO, kena ugut bunuh pun ada. Mansur dari Sabah mati2 tuduh gua SB. Ntah mana hilang mamat tu, tp gua yakin, dia still follow blog gua nih.

La ni, member gua si Dayat terus potong line internet dan guna peruntukan itu untuk pasang astro. Hahaha. Dia cakap biar dia baca suratkhabar Harakah jer. Perbincangan internet menyebabkan kepala dia bengkak dan keliru.

"Apa pun gua setuju lu jatuhkan Hadi. Yang lain-lain gua kena tapis dulu. Semoga berjayalah perjuangan korang nak langgar Hadi."

Kesemua tu gua tak cakap yang lebih baik lu orang ikut pemimpin PAS lu orang. Cuma bab2 sampingan macam konsep agama yang gua faham, baru gua tulis dan rakam lebih baik lu ikut ulama dari ikut gua. Cuma gua lontarkan apa yang gua faham sahaja dalam blog gua sendiri.

Skang mari kita terus lihat road show Hasan Ali. So, korang kena stanby rakaman la. Nak harapkan Albanjari punya group, janji kepada pembaca nak dedahkan selepas Mesyuarat Khas, tapi dedahkan kat Tuan Ibrahim semata. Apa punya janji la. Itu topik janji kepada pembaca.

Gua tak pasti ada kaedah ulama yang janji boleh dibatalkan apabila bertembung dengan kemudharatan. Tapi tafsiran kemudharatan ulama Melayu selalu silap. Yang mana besar dan yang mana kecil. Skang ni, pada gua, rakaman sulit tersebut menimbulkan fitnah gelap dan curiga yang lebih dasyat apabila disulitkan.









Di atas tu road show Hasan Ali. Harap2 ada la yang jadi perisik rakyat untuk dedahkan kepada pengundi awam. PAS kan for all. Tak pernah pulak PAS lancarkan kempen undi PAS hanya untuk ahli PAS. Haha.

Sambung cerita bedah-membedah.

Kita sambung balik citer pembedahan kepala Melayu PAS. Sebaik sahaja artikel pertama gua mendedahkan point2 kelemahan Hadi (gua tak tau mana pergi artikel tu. Yang pasti dalam arkib TKO), usen terus minta gua pergi usrah.

Gua releks jer la. Senyum jer, follow jer. Kebenaran itu sebenarnya berada dalam hujah. Islam adalah kebenaran, maka Islam berada dalam hujah. Sains adalah kebenaran, maka sains berada dalam hujah dan berada dalam Islam. Ini sunnah yang Allah tetapkan; yakni :

Kebenaran itu adalah hujah.

Esok, tahun 3030, harap ada generasi depan qoute kata-kata gua. "Kebenaran adalah hujah - AdukaTaruna." Ngeee...

Contoh. Pihak A dulu meyakini pasang dan surutnya air disebabkan ketam gergasi dan lubang besar. Maka dengan hujah, tegaklah kebenaran pasang surat air kerana ketam yang keluar dan masuk dalam lubang besar itu; pada ketika itu, sebelum kedatangan Islam dan sebelum kedatangan hujah lain.

Kemudiannya, kedatangan Islam yang menceritakan peredaran malam, siang, bulan menyebabkan lahirnya cendekiawan yang mengkaji manuskrip itu. Maka, akhirnya bertembunglah kebenaran pihak A dengan kebenaran pihak B. Soal pasang surut air.

Jadi, kembali kepada sunnah yang Allah tetapkan, kebenaran adalah hujah. Maka, hujah peredaran bulan adalah lebih tegak dan dia mengambil tepat sebagai kebenaran setakat ini. Sehinggalah nanti bertembung dengan hujah yang lebih spesifik kelak.

So, kesimpulannya. Kebenaran adalah hujah. Maka, usrah yang diperkenalkan usen kepada gua adalah salah satu elemen hujah (sedikit sahaja elemen hujah-fikrah kerana lebih banyak elemen membentuk ahklak) untuk kebenaran di fasa mereka (ahli PAS). Fasa gua akan sampai nanti. Dan fasa pembatal gua akan tiba juga nanti jauh lebih depan. Tumbang tak tumbang tak tentu lagi.

Hari ini.

Hari ini suara Kepimpinan Ulama adalah sesat dan silap bukan lagi kecil. Suara Hadi adalah lemah bukan lagi terpinggir. Kerana apa? Kebenaran itu adalah hujah. Benar tidak boleh tumbang dengan hujah. Benar akan meresapi otak walau hati akan cuba menolaknya.

Hasan Ali cuba menegakkan benar dengan hujah melalui road shownya. Di luar disiplin jemaah dan ludah2 PAS dalam kuliah dan ceramah, silakan. Tapi hujah mana yang tegak, maka itulah yang benar.

Sama2lah kita lihat. Gua sudahi tulisan dengan akhlak yang tak baik, diluar tajuk hujah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...