Episod Tunding Menunding Pun Bermula! Penolong pengarah Jakim salahkan Utusan

Oh! Krai Utara

Share Penolong pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin al-Ghari mendakwa wartawan akhbar Utusan Malaysia membuat kesimpulan yang salah terhadap kenyataannya berhubung status ijazah bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Katanya, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang mendakwa bahawa Dr Mohd Asri mempunyai kelayakan palsu dalam bidang syariah dari Universiti Jordan.

Jelasnya, beliau hanya memberi kesimpulan bahawa Dr Mohd Asri bukan seorang ahli hukum dan tidak layak dilantik ke jawatan mufti.

Dr Mohd Asri hari ini dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Zamihan berdasarkan kenyataannya yang dilaporkan dalam Utusan semalam.

"Kalau dia nak saman, samanlah Utusan, bukan saman saya," kata Zamihan ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. lagi di malaysia kini

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...