YB Manek Urai : Nilai murni kekal perpaduan

Oh! Krai Utara

Share

KUALA KRAI - Semangat ‘kebaikan mengatasi kejahatan’ pada perayaan Deepavali semalam patut diraikan bukan sahaja oleh masyarakat India tetapi juga rakyat berbilang kaum lain di negara ini dalam usaha mengekalkan perpaduan dan keamanan yang dinikmati selama ini.

Bendahari Pas Kawasan Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah berkata, perpaduan akan berkekalan jika semua lapisan masyarakat berbilang kaum di negara ini mengamalkan kebaikan dan nilai murni seperti bekerjasama, bantu-membantu dan bertolak ansur.

Menurutnya, nikmat keamanan yang dirasai selama ini juga akan tergugat jika rakyat tanpa mengira agama atau bangsa tidak bersama menolak kejahatan dan gejala tidak baik seperti cubaan menyentuh isu perkauman, sifat dengki dan permusuhan.

”Kita akan hidup aman dan bersatu padu jika semua rakyat berbuat baik dan menolak perkara jahat seperti ajaran yang dibawa oleh semua kepercayaan agama dan anutan dalam dunia ini.

”Alhamdulillah, hasil corak pentabdiran Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan ulama yang menjaga kebajikan semua rakyat tanpa mengira bangsa atau agama, masyarakat India termasuk di Kuala Krai dapat hidup aman bersama rakan mereka dari kaum lain,” katanya.

:Mohd Fauzi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Manek Urai berkata demikian kepada Sinar Harian dalam perutusannya sempena perayaan Deepavali yang disambut masyarakat India, semalam.

:Katanya, beliau secara peribadi mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada penduduk India di daerah ini terutama dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Guchil dan Manek Urai yang selama ini banyak memberikan kerjasama dan sokongan kepadanya.

:”Teruskan kerjasama dan sokongan ini supaya segala usaha Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan ulama bagi menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira agama, kaum, minoriti atau majoriti dapat dilaksanakan dan memberi manfaat kepada semua,” kata Mohd Fauzi.- sinar harian

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...