Laungan penyelamat

Oh! Krai Utara

Share LUBOK JONG – Laungan seorang kanak-kanak berumur tiga tahun berjaya menyelamatkan semua ahli keluarganya dalam satu kebakaran lewat petang semalam. 

Muhammad Aiman Hakim Aizat, 3, menjerit ketakutan apabila melihat api yang marak di kawasan ruang tamu rumahnya. 

Ibunya, Normi Syakila Mat Zin, 22, berkata, sebelum kejadian, dia bersama ibu mertua dan neneknya sedang makan tengah hari di kedai milik ibu mertuanya di hadapan rumah. 

“Saya terkejut apabila mendengar suara anak saya menjerit ada api dalam rumah dan dalam keadaan ketakutan. 

“Saya terus berlari ke arah rumah yang terletak di belakang kedai makan dan mendapati hampir keseluruhan ruang tamu sudah hangus terbakar,” katanya. 

Normi berkata, ketika kejadian, anaknya itu masuk ke dalam rumah kerana mahu mengambil ikan plastik yang dibelinya kelmarin. 

Menurutnya, keluarganya tidak sempat menyelamatkan sebarang barangan dalam rumah kerana api merebak dengan cepat. 

Katanya, anggaran kerugian lebih kurang RM50,000 termasuk barang kemas, telefon bimbit, peralatan rumah dan rumah. 

Aiman ketika ditemui berkata, rumahnya sudah terbakar dan masih lagi dalam keadaan terkejut dengan kejadian tersebut. 

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Pasir Mas, Mohd Adenan Said berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 2.43 petang. 

Menurutnya, ketika sampai di tempat kejadian, keseluruhan bangunan rumah sudah terbakar dan mengambil masa 10 minit untuk mengawal kebakaran. 

“Kita berjaya mengawal kebakaran dari merebak ke dua buah rumah yang berdekatan dengan tempat kejadian,” katanya. 

Adenan menasihatkan orang ramai untuk tidak menghampiri kawasan kejadian kerana dikhuatiri bekalan elektrik masih lagi aktif di sana dan boleh membahayakan mereka.- Sinar Harian

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...