Kerajaan Negeri bantu 23 mangsa ribut Bukit Bunga
Oh! Krai Utara
Penyelia DUN Bukit Bunga, Sufely Razak berkata, daripada jumlah itu mangsa yang terli-bat mene-rima bantuan berjumlah antara RM500 sehingga RM1,000.
Menurutnya, jumlah bantuan tersebut diberi mengikut kadar kerosakan rumah mangsa yang terlibat.
“Bantuan tersebut adalah keprihatinan Kerajaan Negeri bagi meringankan beban mangsa.
“Kerajaan negeri mene-rusi pimpinan Menteri Be-sar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sentiasa cakna terhadap rakyatnya tanpa mengira fahaman politik.
“Apa yang penting ialah semua rakyatnya dibantu seadanya untuk menjalani kehidupan selesa,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa ribut, dekat sini, semalam.
Hadir bersama ke majlis ialah Bendahari Pas Kawa-san, Isman Yusoff dan kepimpinan DUN Bukit Bu-nga.
Sufely berkata, sumbangan ini di segerakan kepada mangsa supaya rumah yang rosak dapat dibaikpulih segera dalam masa terdekat.
0 ulasan:
Catat Ulasan