Sebelum 30 September ini : undurlah Samy!!! ,
Oh! Krai Utara
Gabungan 12 pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelbagai lapisan masyarakat India mendesak Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, melakukan pembaharuan pucuk pimpinan parti bagi mengembalikan kewibawaannya di kalangan komponen Barisan Nasional (BN).
Wakil gabungan terbabit, Datuk Vyran T Raj, berkata berdasarkan maklum balas masyarakat India dari seluruh negara, majoriti percaya perubahan dalam MIC hanya boleh berlaku selepas Samy Vellu dan pemimpin seangkatan dengannya berundur.
“Selaras dengan hasrat mereka, gabungan ini mengemukakan senarai 23 calon pilihan kami bagi kerusi Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) pada pemilihan parti Sabtu ini dan yakin mendapat sokongan lebih separuh daripada 1,464 perwakilan.
“Senarai kami ini mengandungi calon pilihan Samy Vellu dan calon Timbalan Presiden, Datuk S Subramaniam, malah ada beberapa calon bebas, yang dibuat berdasarkan prestasi dan keupayaan berkhidmat kepada masyarakat.
“Kita juga mahu Samy Vellu memperincikan pelan peralihan kuasa dan mendesak beliau melepaskan jawatannya sebelum 30 September ini tanpa sebarang dolak dalih,” katanya pada sidang media, di sini semalam.
Beliau, yang disertai dua lagi pemimpin masyarakat iaitu OHMS Thiagarajan dan KR Murugan, berkata sudah sampai masanya kepemimpinan MIC ditentukan hampir dua juta penduduk India negara ini dan tidak lagi dibiarkan kepada budi bicara 1,464 perwakilan saja.
Selain Samy Vellu, kata Vyran, lima Pengerusi MIC negeri veteran termasuk Datuk V Saravanan di Kedah; Datuk G Rajoo (Perak); Datuk R Raghavan (Melaka) dan Datuk Dr K Rajapathy (Pulau Pinang), yang disenaraikan sebagai calon pilihan presiden, turut didesak berundur. -BH
0 ulasan:
Catat Ulasan