Oh! Politik:.60 000 Hadiri Perhimpunan Melayu Bangkit, UMNO kembali utuh...kata che det

Oh! Krai Utara

Share Aku sangka sampai 6000 orang rupanya 600 orang aje, yg banyaknyer krusi. Tahniah Che Det
Hanya 600 hadir di Perhimpunan Melayu Bangkit
Posted by admin at 6/14/2010 05:15:00 PM . June 14, 2010 .
KUALA TERENGGANU, 14 Jun: Hanya kira-kira 600 peserta menyertai perhimpunan Melayu Bangkit di Stadium Tertutup Kuala Terengganu pagi ini.
Perhimpunan yang sepatutnya diadakan 13 Mei lalu diadakan hari ini dengan tetamu khasnya adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.
Menurut pengerusi penganjur program, Razali Idris, terdapat 40 NGO yang bergabung di majlis ini.
Perhimpunan yang sepatutnya berlangsung pada 13 Mei, iaitu hari berlakunya tragedi rusuhan perkauman, ditentang oleh pelbagai pihak selepas ia didedahkan oleh Pas dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.
Dalam sidang itu, Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali kesal dengan perhimpunan yang bakal menaikkan semangat perkauman sempit itu.
Ekoran itu pelbagai pihak membantahnya termasuk rakan-rakan kongsi UMNO dalam Barisan Nasional iaitu MCA, MIC dan Gerakan.
Ekoran itu, pihak penganjurnya telah menangguhkan perhimpunan itu ke hari ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...