1 Malaysia! :: Lelaki OKU pecah kereta.

Oh! Krai Utara

Share Lelaki OKU ditahan kes pecah kereta Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditahan polis selepas memecahkan dua kereta dan mencuri pemain audio kenderaan berkenaan di kawasan tempat letak kereta sebuah perumahan di Pulau Tikus awal pagi semalam. Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata lelaki berkerusi roda berusia 27 tahun itu berjaya ditahan kira-kira pukul 3 pagi. "Lelaki cacat di bahagian kaki itu dipercayai memecahkan cermin kereta jenis Kelisa dan Wira dengan seketul batu sebelum bertindak mencuri pemain audio kenderaan berkenaan. "Tindakan lelaki berasal dari Tanjung Bungah dilihat oleh orang awam yang kemudiannya memaklumkan kepada pihak polis," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang hari ini. Katanya polis yang sampai ditempat kejadian berjaya menahan lelaki yang menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersama beberapa barang yang dicurinya. "Ketika polis sampai, lelaki berkenaan berada di luar kereta bersama beberapa barang yang dicurinya antaranya pemain audio, sejumlah wang tunai dan pemutar skru," katanya. Tun Hisan berkata lelaki yang belum berkahwin itu juga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah dan curi. Katanya lelaki berkenaan kini direman sehingga esok dan kes itu disiasat menurut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. "Polis sedang menyiasat sama ada lelaki berkenaan di bantu oleh pihak lain kerana dengan berkerusi roda bagaimana dia boleh berada ditempat kejadian sedangkan jarak antara rumahnya dengan kawasan itu agak jauh," katanya. Beliau berterima kasih kepada orang awam yang memaklumkan kejadian berkenaan dan berharap usaha seperti itu berterusan supaya kegiatan jenayah dapat dibendung. BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...