PRK Permatang Pasir : Bulan Ramadan tidak akan melemahkan jentera PAS dan Pakatan Rakyat

Oh! Krai Utara

Share Kemenangan awal PAS di Permatang Pasir KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Hrkh) - Permatang Pasir milik PAS! Kehadiran bulan Ramadan bakal memberikan kemenangan kepada PAS dalam mempertahankan Dun Permatang Pasir kelak. Bulan Ramadan tidak akan melemahkan jentera PAS dan Pakatan Rakyat sebaliknya akan memberikan kekuatan dan kemenangan. "Ramadan adalah bulan jihad dan bulan kemenangan yang telah menyaksikan pelbagai peristiwa besar di sepanjang sejarah dan tamadun Islam khasnya perang atau Ghazwatul Badr al-Kubra yang berlangsung pada 17 Ramadhan tahun kedua hijrah,"kata Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini. Tambahnya, saf para pejuang Islam akan lebih kemas, bergaya dan perkasa terutama dalam menghadapi pilihan raya kecil kelak. "Bulan Ramadhan akan mendisiplinkan mereka dengan akhlak mulia , semangat kemanusiaan yang tinggi berpaksikan fitrah yang suci dan kesabaran yang mantap melepasi ujian yang dipraktis. "Disiplin menjadikan saf para pejuang Islam akan kelihatan lebih kukuh dan mantap serta sukar untuk digugat,"jelasnya. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan pilihan raya kecil Dun Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos, awal Ramadan, dan penamaan calon pula 17 Ogos. Pengerusi SPR, Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya memutuskan untuk mengadakan pilihan raya kecil itu dalam bulan puasa kerana, "ia merupakan masa yang palng sesuai sekali untuk menyelesaikan secepat yang boleh kerana umat sedang berpuasa". "Waktu itu juga merupakan masa cuti sekolah," katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya pagi tadi. Pilihanraya kecil kelapan ini diadakan ekoran kematian Dato' Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu. Permatang Pasir adalah satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...