Mewujudkan ADA dari TIADA, BN Serang, PR Terperangkap | 巫统发动“无中生有”攻势 民联陷种族宗教圈套乱阵脚

Oh! Krai Utara

Share

Sumber: merdekareview.com Penulis: Ling Hong Siang Tajuk: Mewujudkan ADA dari TIADA, BN Serang, PR Terperangkap Isu-isu seperti replika Najib, sikap Jeff Ooi yang enggan mohon maaf dan sebagainya dijangka bakal mengundang pertikaian yang tidak berakhir. Seandainya Utusan Malaysia dibaca hanya pada tajuknya, seperti "Negara dalam bahaya-Azlan", "DAP hina institusi raja Perak", "Pengkhianat Melayu perlu ditentang-Muhyiddin" dan sebagainya, kita akan memahami bahawa UMNO-BN telah mengheret persaingan politik ke alam media. Cuma, apakah PR akan terus terperangkap, atau sengaja diperangkap? 明 显的,纳吉在黑风洞的肖像、黄泉安拒绝道歉的强硬态度等,将在未来的日子里,延伸没完没了的争议。倘若翻阅今日的《马来西亚前锋报》,类似“阿兹兰:国家 在危险之中”(Negara dalam bahaya-Azlan)、“行动党侮辱霹雳皇室”(DAP hina institusi raja Perak)、“慕尤丁:需反抗马来叛徒”(Pengkhianat Melayu perlu ditentang-Muhyiddin)等标题,我们该知道,巫统—国阵已将政治角力扯入媒体的战场中。 只是,民联会继续深陷其中,抑或“蓄意”中计? Mewujudkan ADA dari TIADA, BN Serang, PR Terperangkap Mewujudkan "ada" daripada "tiada" bukan taktik baru dalam mainan politik UMNO-Barisan Nasional. Tiba-tiba satu Malaysia diselubungi suasana yang tegang (sekurang-kurangnya dalam media) tanpa sebab. Sentimen perkauman dan agama diapi-apikan. Amaran diberi, dan mungkin disusuli dengan tangkapan. Penangkapan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada September 2008 meniru adegan yang sama. Exco Senior kerajaan negeri Selangor, Teresa Kok ketika itu ditahan atas tuduhan melarang azan dilaungkan di masjid, namun tiada bukti ditemui sehingga beliau dibebaskan seminggu kemudian. Ramai akan bersetuju bahawa penangkapan wartawan Sin Chew Daily dan Raja Petra Kamaruddin pada ketika itu berhubung-kait dengan rampasan kuasa "916" yang diuar-uarkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim selepas tsunami politik 8 Mac 2008. Penangkapan tersebut dilihat sebagai usaha UMNO-BN untuk menggagalkan projek "916". Melihat kepada senario politik baru-baru ini, apakah jalan cerita yang lapuk ini akan berjaya dimain semula? Selepas perhimpunan Mansuhkan ISA Bukan kali pertama Anwar Ibrahim dilabel sebagai pengkhianat oleh pemimpin UMNO. Malah, bukan kali pertama Anwar menggunakan perkataan "zalim" untuk mengkritik pimpinan dan dasar UMNO. Jadi, persoalannya, mengapa Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menuduh "Anwar pengkhianat", dan dijilat semula perkataan tersebut oleh lidah UMNO, Utusan Malaysia pada keesokan hari selepas perhimpunan? Lebih penting lagi, isu "Anwar pengkhianat" ini diperbesarkan selepas perhimpunan Mansuhkan ISA, setelah puluhan ribu orang turun ke jalan raya untuk menuntut agar akta draconian ini terus dimansuhkan, dan bukannya ditangguhkan atas nama "mengkaji". Penyatuan semula penyokong PR kerana aspirasi yang dikongsi bersama ini, bertukar menjadi ketidakpuasan yang dirasai bersama, selepas dibedil gas pemedih mata. Tragedi kematian Teoh Beng Hock, kekerasan polis, siasatan SPRM yang dilihat mempunyai motif politik, telah menggandingkan semula parti komponen PR, untuk menghadapi ancaman musuh politik bersama, UMNO-BN. Ia menyuntik semangat baru kepada PR selepas dihampakan dengan kemenangan tipis di Manek Urai, perselisihan PAS-DAP atas isu pusat penyembelihan khinzir di Kedah, perbalahan DAP-PKR di Pulau Pinang dan kecelaruan di kerajaan Selangor. Bertitik tolak dari perkembangan terbaru ini, PR seharusnya menyusun semula langkah dan strategi baru untuk menghadapi "kebangkitan" BN, terutamanya apabila populariti Najib melonjak dari jurang, setelah menampilkan dirinya sebagai pemimpin Melayu yang "adil dan mesra" kepada semua kaum. Namun demikian, PR jelas gagal menguasai keadaan ketika berdepan dengan "langkah bijak" Najib. Politik media Di sebalik konsep "1Malaysia", Najib membenarkan timbalannya, menteri kabinet dan medianya yang ditunjangi Utusan Malaysia, memainkan isu perkauman dan agama. Isu kerajaan perpaduan BN-PAS, kematian Teoh Beng Hock (yang disusuli pertikaian terhadap SPRM), perhimpunan Mansuhkan ISA dan sebagainya di-perkaumkan. Antaranya:- 1. Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Zainul Arifin dalam tulisannya yang disiarkan di Berita Harian pada 19 Julai 2009, mempersoalkan "Kenapa Menteri Besar Selangor, seorang Melayu, meragui kebolehan orang sebangsanya bertindak dengan tulus dan adil?" 2. Utusan Malaysia menyiarkan tulisan Noor Azam yang bertajuk "Melayu jangan jadi bacul", pada 4 Ogos 2009. Tulisannya dipetik seperti berikut, "Saksikan apa yang telah berlaku di Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Hak Istimewa Melayu dan Dasar Ekonomi Baru pun tidak akan ada lagi. Strategi yang mereka pergunakan sekarang sudah nyata berjaya. Terus menyemarakkan isu rasis untuk menimbulkan 'kemarahan dan kebencian' rakyat kepada apa juga kuasa yang ada kepada orang Melayu, termasuk kuasa mahkamah, polis dan tentera. Dan kuasa Raja-Raja Melayu." 3. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar ketika mengulas perhimpunan Mansuhan ISA berkata, "Waktu kita tangkap ahli KMM dan JI yang memang melibatkan orang Melayu, tiada gerakan untuk mansuhkan ISA kerana kita orang Melayu memahami keadaannya. Isu yang hangat sekarang ialah pertubuhan haram Hindraf...siapa Hindraf ini? Kenapa sekarang orang Melayu nak dijadikan alat oleh orang lain yang nyata mahu ambil kesempatan demi kepentingan politik?" (Utusan Malaysia, 3 Ogos 2009) 4. Utusan Malaysia menyiarkan teks ucapan Raja Dr.Nazrin Syah, dengan tajuk "7 Wasiat raja Melayu" di muka depan pada 7 Ogos 2009. Pada keesokannya, Naib Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berkata, "Ramai yang sudah terlupa mengenai wasiat (Raja Melayu) ini dan hanya dijadikan bahan sejarah, tetapi Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah telah menjadikannya satu amaran, yang bukan sahaja untuk orang Melayu, tetapi bukan Melayu." 5. Setelah menyiarkan tuduhan TPM Muhyiddin Yassin terhadap Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat pada 3 Ogos 2009, Utusan Malaysia memaparkan berkali-kali gambar penyokong UMNO yang mengangkat banner tertulis "Anwar Pengkhianat" di muka depan akhbar tersebut. PR terperangkap? Semalam, PM Najib mengarahkan agar "mereka yang hina Islam dan membangkitkan ketegangan kaum" disiasat. Persoalannya, siapa yang mewujudkan suasana ketegangan kaum? Walau bagaimanapun, PR dilihat terperangkap ketika berdepan dengan "serangan" BN yang bertalu-talu ini. PAS Selangor sendiri mengalihkan pandangan dari ISA kepada isu penjualan arak pada saat-saat genting ini, memberi kesempatan BN untuk bernafas, malah terus memerangkap PR dalam soal agama ini. Juga tidak dinafikan bahawa DAP yang kurang sensitif dengan senario sedemikian, mewujudkan lebih banyak pertikaian daripada penyelesaian. Misalnya, Ketua Staf pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Jeff Ooi telah mengheret pertubuhan JIM ke dalam perbalahannya dengan Ahli MPPP, Hj. Mohd. Razali, mencetuskan perselisihan yang sememangnya boleh dielakkan. Malah, kenyataan Ketua Pemuda DAP Anthony Loke Siew Fook yang membidas pandangan Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, apabila dipetik dan kemudiannya disiarkan di blog, dituduh "menghina Islam" oleh ahli parlimen PKR Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin. Sekali lagi, ia memberi ruang kepada BN untuk masuk jarum. Isu-isu seperti replika Najib, sikap Jeff Ooi yang enggan mohon maaf dan sebagainya dijangka bakal mengundang pertikaian yang tidak berakhir. Seandainya Utusan Malaysia dibaca hanya pada tajuknya, seperti "Negara dalam bahaya-Azlan", "DAP hina institusi raja Perak", "Pengkhianat Melayu perlu ditentang-Muhyiddin" dan sebagainya, kita akan memahami bahawa UMNO-BN telah mengheret persaingan politik ke alam media. Cuma, apakah PR akan terus terperangkap, atau sengaja diperangkap? http://merdekareview.com/bm/news.php?n=10262 巫统发动“无中生有”攻势 民联陷种族宗教圈套乱阵脚 “无中生有”、借制造“假想敌”以攻击政敌,已非新颖的政治伎俩。由巫统主导的国阵,尤其屡试不爽。突然之间,一个马来西亚“莫名其妙”地陷入紧张状况(媒体营造的气氛),种族气焰高涨、宗教情绪激动。政客于是放话,逮捕行动随时开启。 2008年9月的《内安法令》逮捕行动,不过是另一次淋漓尽致的演绎。警方当时以“阻止回教堂播放祈祷”指控逮捕并扣留雪兰莪州资深行政议员郭素沁,直至获释当天,都没有找到所谓的证据。 当时“落网”的包括《星洲日报》高级记者陈云清,以及著名博客拉惹柏特拉(Raja Petra Kamaruddin)。普遍视此为国阵欲挫“916变天”大计之举。对照当下突如其来、无中生有的指责,巫统似乎又技痒,开始蠢蠢欲动了。 在“反内安法集会”之后 巫 统领袖并非第一次标签在野党领袖安华依布拉欣为“民族叛徒”,而安华也非首次引用“残暴”(zalim)字眼,批评巫统的领袖与政策。问题在于,何以副首 相慕尤丁(Muhyiddin Yassin)选择在集会后猛烈批评安华为“民族叛徒”,而《马来西亚前锋报》(Utusan Malaysia)也十分配合地在翌日将之放大为该报的头条? 更重要的是,“安华是叛徒”此课题越演越烈——在万人上街施压废除《1960年内安法令》之后。这个民联共同的理想,在经历催泪弹与化学水炮洗礼之后,变成民联共同的愤怒。 赵 明福的离奇死亡、警察的滥权暴力、反贪污委员会具有政治动机的调查等,重新凝聚了民联成员党,把枪口一致指向共同的敌人­——巫统主导的国阵。在经过吉兰 丹玛力勿莱(Manek Urai)补选险胜、吉打州回教党与民主行动党就宰猪场的争议、槟州民主行动党与人民公正党的争执,以及雪兰莪州的纷争以后,上述课题已为民联注入新的动 力,重新凝聚、出发。 上述局势的演变给民联开创契机,以应对国阵崛起的新局,尤其在纳吉频频以“全民首相”讨好形象示人、受欢迎程度从低谷中扶摇直上以后。然而,民联显然无法掌握此良机,让“技高一筹”的纳吉捷足先登。 媒体政治 纳吉隐身“一个马来西亚”之后,默许其副揆、内阁部长以及媒体,炒作种族与宗教课题。以《马来西亚前锋报》为首的媒体,“国阵—回教党联合政府”、“因赵明福之死而备受质疑的反贪委员会”,乃至“废除内安法令万人集会”等课题,无一不被“种族化”。 一、新海峡时报集团执行总编辑再努阿里芬(Zainul Arifin Mohamed Isa)于7月19日在《每日新闻》(Berita Harian)专栏发表文章,如是质疑道:“何以雪州大臣,身为一名马来人,怀疑自己族群的同胞有诚实与公正执行任务的能力?” 二、 《马来西亚前锋报》于8 月4日发表诺阿占(Noor Azam)题为《马来人别懦弱》(Melayu jangan jadi bacul)的文章,其中摘要为:“试看发生在槟城、霹雳与雪兰莪的事吧。马来人特权与新经济政策将不存在了。明显的,他们现有的策略已经奏效。不断激化 种族课题,引发人民对马来人所享有的权力之愤怒与憎恨,包括司法权、军警,还有皇权。” 三、巫统雪州联委会署理主席诺奥玛(Noh Omar)评述废除《内安法令》集会时,如是说道:“当我们逮捕马来西亚圣战组织(Kumpulan Mujahidin Malaysia ,KMM)以及回教祈祷团(Jemaah Islamiyah,简称JI)成员时,虽牵涉马来人,却没人发起废除《内安法令》运动,因为我们马来人理解当时的处境。当下的热门课题是兴权会 (Hindraf)...谁是兴权会?为什么马来人愿意被别人利用,而这些人明显是为了政治利益?”(《马来西亚前锋报》,8月3日) 四、 《马来西亚前锋报》刊登霹雳州皇储纳兹林(Raja Nazrin)讲词,并以“马来统治者七大宣言”(7 wasiat raja Melayu)为8月7日的封面头条。次日,巫统副主席阿末扎希(Ahmad Zahid Hamidi)发表以下言论:“许多人遗忘了马来统治者的七大宣言,而将之视为历史文件。但霹雳州皇储纳兹林将之视为一项警告,不只是针对马来人,也针对 非马来人。” 五、自8月3日刊登慕尤丁指责安华为“叛徒”以后,《马来西亚前锋报》多次在封面刊登巫统支持者高举布条,指“安华是叛徒”的图片。 民联中圈套? 昨日,首相纳吉指示调查“那些侮辱回教,并制造种族紧张气氛”的人。问题在于,是谁挑起族群之间的紧张关系? 无论如何,在国阵的连环攻势下,民联开始自乱阵脚。在此关键时刻,回教党雪州领袖却把焦点从对民联有利的《内安法令》议题,转移至注定让民联闹分歧的售酒问题,让国阵趁机喘气,继而把民联逼入宗教课题的死角。 而民主行动党对此局势也显得不够敏感,制造问题更甚于解决问题。例如,槟州首长幕僚长黄泉安将马来西亚改革理事会(JIM)扯入自己与槟岛市议员莫哈末拉查里(Mohd Razali)的争执,制造了原本可以避免的“侮辱回教”争议。 更 甚的是,民主行动党社青团团长陆兆福促马来西亚华人穆斯林协会副主席郑全行道歉的文告,在转载至部落格后,网民留言引起的争议,竟遭人民公正党居林-万拉 峇鲁(Kulim-Bandar Baharu)国会议员朱基菲里诺丁(Zulkifli Noordin)大做文章,让国阵见缝插针。 明 显的,纳吉在黑风洞的肖像、黄泉安拒绝道歉的强硬态度等,将在未来的日子里,延伸没完没了的争议。倘若翻阅今日的《马来西亚前锋报》,类似“阿兹兰:国家 在危险之中”(Negara dalam bahaya-Azlan)、“行动党侮辱霹雳皇室”(DAP hina institusi raja Perak)、“慕尤丁:需反抗马来叛徒”(Pengkhianat Melayu perlu ditentang-Muhyiddin)等标题,我们该知道,巫统—国阵已将政治角力扯入媒体的战场中。 只是,民联会继续深陷其中,抑或“蓄意”中计? http://www.merdekareview.com/news/n/10492.html

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...