inkues Kematian Teoh Beng Hock: Pegawai penyiasat SPRM banganng ke apa ni?

Oh! Krai Utara

Share Pegawai penyiasat SPRM tidak buat catatan semasa soal siasat Teoh

SHAH ALAM: Prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini dikejutkan dengan kenyataan seorang pegawai penyiasat polis yang menyatakan tiada sebarang catatan dibuat oleh pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ketika menyoal siasat Teoh.

Insp Mohd Zulaimi Zubir, 29, dari cawangan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam berkata perkara itu disedari selepas melakukan pemeriksaan ke atas 10 muka surat buku catatan harian rasmi milik pegawai SPRM Mohd Anuar Ismail yang dirampas 18 Julai lalu.

Peguam yang mewakili kerajaan Malaysia, Tan Hock Chuan mengesahkan Mohd Anuar bertanggungjawab menyoal siasat Teoh.

"Hasil pemeriksaan saya dapati dalam buku bertarikh 8 Julai 2009 tercatat 'rumah/putrajaya/pejabat/tol RM' sahaja. Pada 15 dan 16 Julai tiada sebarang catatan dibuat," katanya.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam, di sini selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Kepada soalan Tan iaitu dari 1 Julai hingga 18 Julai lalu, adakah hanya terdapat satu catatan sahaja yang beliau nampak, Mohd Zulaimi berkata: "Ya."

Sebelum itu Mohd Zulaimi berkata beliau hanya merampas buku harian milik Mohd Anuar dan buku yang lain dirampas oleh pegawai polis lain.

Dalam prosiding, buku asal itu tidak ditandakan eksibit memandangkan ia masih diguna pakai dan hanya salinan dikemukakan tetapi ia telah disahkan oleh Timbalan Pengarah SPRM.

Mohd Zulaimi turut memberitahu beliau juga telah merampas cakera keras rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Plaza Masalam dan diarah menyiasat pergerakan Teoh, pegawai SPRM dan individu lain di plaza itu yang dipaparkan dalam rakaman CCTV itu.

Mohd Zulaimi, saksi ke11 berkata sebelum rampasan beliau telah melihat pergerakan di dalam rakaman CCTV itu dan mendapati terdapat pergerakan Teoh yang memasuki ruang lobi di tingkat 4 pada pukul 6.08 petang.

"Keesokan hari (selepas kejadian), saya diarahkan untuk mengenal pasti pukul berapa si mati masuk, pergerakan pegawai SPRM dan individu lain dalam banguanan dari jam 00:00 15 Julai hingga 7 pagi esoknya," katanya.

Beliau berkata rakaman CCTV itu kemudiannya diserahkan kepada jabatan forensik 18 Julai lalu untuk siasatan lanjut tetapi terdapat beberapa kesukaran untuk mengesan pergerakan kerana masalah teknikal.

Pergerakan Teoh hanya dilihat menerusi salinan yang dibuat melalui 'pen drive' tetapi ia tidak boleh dicetak dan Mohd Zulaimi berkata menerusi bantuan bahagian sekuriti di bahagian Plaza Masalam, sebanyak 47 imej orang keluar masuk pada 16 Julai dapat dikesan.

Katanya, rakaman itu dilihat pada 19 Julai lalu di pejabat keselamatan Plaza Masalam dan bukannya di jabatan forensik Bukit Aman.Terdahulu Mohd Zulaimi memberitahu hasil siasatannya, tiada CCTV diletakkan di tempat Teoh ditemui mati dan kebanyakan kamera berada di tempat letak kereta, pintu utama dan jalan masuk ke pasaraya.

Menceritakan penglibatan beliau dalam siasatan kes itu, Mohd Zulaimi berkata beliau berada di tempat kejadian pada pukul 2.20 petang dan ketika itu mayat mendiang telahpun ditutup dengan plastik hitam.

"Selepas itu saya telah membuka plastik tersebut dan melihat keadaan mayat dan saya mendapati ia mayat seorang lelaki berbangsa Cina dalam keadaan tertiarap sebelah kanan dan terdapat kesan darah kering di bahagian mulut dan hidung.

"Mayat itu telah ditinggalkan di situ dan tidak lama kemudian saya lihat beberapa pegawai dipercayai dari SPRM turun ke tempat kejadian dan saya menemui mereka. Mereka mengesahkan si mati itu adalah salah seorang saksi mereka," katanya.

Mohd Zulaimi berkata pada pukul 3.10 petang hari yang sama, beliau dan beberapa anggota telah pergi ke pejabat SPRM untuk mengenal pasti butiran si mati dan beliau kemudiannya diarahkan mengesan rekod Teoh menerusi nombor kad pengenalannya.

Katanya hasil siasatan tiada sebarang rekod jenayah dicatatkan menerusi nama Teoh.

Prosiding yang didengar di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas hanya berhenti rehat kirakira pukul 1.35 tengah hari selepas peguam keluarga Teoh dan peguam yang mewakili kerajaan Selangor menonton beberapa pergerakan Teoh dalam rakaman CCTV itu. BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...