Isu PRK Permatang Pasir: Anwar Ibrahim Pengkhianat Melayu!

Oh! Krai Utara

Share DSAI PENGKHIANAT MELAYU???? Sejak seminggu lepas isu DSAI sebagai pengkhianat Melayu semakin hebat diperkatakan oleh UBN terutamanya TPM Muhyiddin Yassin yang cuba membodek bosnya Tok Najib setelah agak terpinggir dari kabinet Najib apabila cuma memegang portfolio Kementerian Pelajaran. Semata-mata untuk mengambil hati bosnya iaitu PM maka Muhyiddin cuba untuk menjadi hero Melayu dengan menonjolkan DSAI sebagai pengkhianat Melayu. Padahal beliau tidak sedar secara tidak langsung beliau ibarat meludah ke langit dan membuka mata rakyat untuk menilai 50 tahun pemerintahan UBN di bumi 1Malaysia. Apakah pengkhianatan yang telah dibuat oleh DSAI? Kenapa Muhyiddin hanya berani mendakwa DSAI sebagai pengkhianat tetapi gagal menunjukkan bukti pengkhianatan yang dilakukan oleh DSAI? Kalau setakat nak mendakwa dan menuduh anak-anak kecil yang masih belum akil baligh lebih pandai sikit dari Muhyiddin dah tentu mereka percaya tetapi kalau hanya cuba mengalih perhatian rakyat dan menipu rakyat maknanya Muhyiddin telah membuat kesilapan yang paling besar. Kesilapan paling besar beliau apabila rakyat khususnya Melayu akan berfikir apakah pengkhianatan yang dibuat oleh DSAI tetapi pengkhianatan yang dibuat oleh UBN kepada orang Melayu tidak terhitung rasanya. Bermula dengan kemerdekaan T.Melayu, UBN telah mengkhianati Melayu apabila menerima perlembagaan penjajah dengan menolak perlembagaan rakyat. Siapa pula yang telah menggerakkan demontrasi raja-raja Melayu dan menghina raja-raja Melayu untuk memansuhkan imuniti raja-raja? Siapa yang telah menjual kepentingan KPJ Healthcare yang merupakan pemilik kepada Pantai Medical termasuk dengan Gleaneagles Hospital? Siapa yang telah menggubal akta pengambilan tanah yang menyebabkan rakyat terpaksa menjual tanah kepada kerajaan kerana tujuan pembangunan dan akhirnya yang tergadai tanah hak milik Melayu? Siapa yang telah menjual air dengan harga sebanyak 3 sen kepada Singapura? Siapa yang menggadai tanah melayu di Johor kepada Singapura kemudian diberikan nama WPI? Beribu ekar tanah rizab Melayu yang telah diambil alih tetapi belum diganti, berpunca dari siapa? Bernas pengeluar beras nasional kemudiannya 33% ekuiti saham dimiliki oleh syarikat di Hong Kong berpunca dari Siapa? Berbilion duit hak milik rakyat di gunakan untuk bail out syarikat kroni UBN dan bayaran komisen untuk pelbagai sektor dilakukan oleh siapa? Semuanya dilakukan oleh UMNO yang kononnya parti pembela Melayu padahal itu la satu2nya parti yang melingkup dan merosakkan orang Melayu pada hari ini. Berpunca dari UMNO lah umat Melayu hari ini menjadi hamba di tanah air sendiri. DEB yang gagal kerana dasar kronisme UMNO dan sebagainya merupakan satu pengkhianatan paling besar yang dilakukan oleh UMNO. Percubaan UMNO untuk menutup pekung dengan meletakkan kesalahan kepada DSAI satu tindakan yang paling bodoh dan meluaskan lagi keranda UBN pada PRU 13 nanti kerana UMNO PARTI PENGKHIANAT MELAYU YANG SEBENAR Oleh~ gerainascorner.blogspot.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...