inkues Kematian Teoh Beng Hock: Pakatan Rakyat akan di daftarkan, Umur Umno semakin pendek!

Oh! Krai Utara

Share Bengkel putuskan daftar Pakatan Rakyat Menurut laporan harakah daily : Hampir 100 para pemimpin utama Pakatan Rakyat iaitu dari PAS, PKR dan DAP berhimpun di Tropicana Golf Club pagi ini mencapai kata sepakat untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah pertubuhan tidak lama lagi. Keputusan ini dicapai selepas menerima cadangan dari pimpinan Pakatan yang telah membincangkan perkara itu sebelum ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Harakahdaily.

Menurut Anwar, mesyuarat Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat akan datang akan memperincikan perkara ini dan seterusnya mendaftar Pakatan Rakyat kepada Pendaftar Pertubuhan.

Menurut Anwar, beberapa persoalan teknikal seperti jumlah parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat perlu tujuh parti akan diperincikan kemudian. lagi di harakah

faham dari laporan diatas, maka apa yang aku rasa melalui firasatku ialah saluran pernafasan UMNO BN semakin mengecil, tarikan udara nya semakin perlahan lantas menjadi semput. Ini kerana dengan pelbagai olah mereka mencerca dan melemparkan segala macam fitnah, tetapi akhirnya pimpinan PR semakin bersatu sehingga terhasilnya sesuatu yang sangat mereka takut iaitu janji setia untuk menamakan diri mereka (PR) di bawah satu panji.

Dengan termeterai kata yang seia tersebut, PR sudah lahir sebagai gergasi baru arena politik malaysia, dan taringnya akan mengkerkah kepala kepala UMNO bersama Barisan Laskarnya yang Hamlau itu.

Aku berpesan kepada aku dan kamu yang belum menyokong PR, segeralah berpaling tadah Tok Rok doh gergasi Tua (BN) itu sekarang.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...