Gempa di Sumatera, gegaran dirasai di Semenanjung Malaysia
Oh! Krai Utara
JAKARTA: Satu gempa bumi kuat di dasar laut melanda barat Indonesia kira-kira pukul 2.38 petang tadi waktu tempatan (3.38 petang waktu Malaysia), mengakibatkan empat cedera ketika sedang cuba menyelamatkan diri.
Laporan AP menyebut, agensi geofizik dan metereologi Indonesia memaklumkan tiada sebarang amaran tsunami dikeluarkan.
Kajian Geologi Amerika Syarikat memaklumkan gempa bumi itu adalah pada magnitud 6.7 selepas memberi magnitud awal 7.0.
Gempa bumi tersebut berpusat pada kedalaman 28 batu (45 km) di dasar Lautan Hindi, kira-kira 70 batu (110 km) di barat-baratdaya bandar Padang di pulau Sumatera.
Empat orang cedera ketika mereka sedang cuba menyelamatkan diri dan sebuah rumah turut musnah di Padang, kata seorang pegawai kerajaan tempatan, Ade Edward. lagi disini
0 ulasan:
Catat Ulasan