Ahli Parlimen Kulim Bandar Bahru, Zulkifli Nordin mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Jeff Ooi tuduh JIM 'ekstremis agama'

Oh! Krai Utara

Share Jeff Ooi biadap tuduh JIM 'ekstremis agama' KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Hrkh) - Atas kebiadapannya menuduh Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebagai 'ekstremis agama', Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi, digesa menarik balik kenyataannya itu dan memohon maaf secara terbuka kepada bandan berkenaan termasuk Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang daripada PKR Mohd. Razali Abdullah.

Ini berikutan kenyataan yang dibuat oleh Jeff Ooi, merangkap Ketua Staf Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan di dalam akhbar the Star Ahad lalu di mukasurat N12.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Bahru, Zulkifli Nordin mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan, tohmahan dan dakwaan yang disifatkan terlalu dangkal kerana keangkuhan yang melampau.

"Jemaah Islah Malaysia adalah sebuah badan NGO berteraskan Islam yang menjadi badan naungan beribu-ribu pelajar Muslim Malaysia terutamanya yang belajar diluar negeri.

"JIM tidak ada kena mengena dengan Kumpulan JI yang difitnah dan ditohmah sebagai sebuah badan teroris oleh Barat dan yang sewaktu dengannya," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Kata Zulkifli kebanyakan pelajar Muslim Malaysia yang belajar di luarnegeri akan menjadi ahli kepada beberapa gerakan dan NGO Islam samada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Jemaah Tabligh Malaysia ataupun Kelab Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan lain-lain.

Katanya lagi Jeff Ooi menuduh seseorang Muslim sebagai ekstremis kerana "bercita-cita untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang menerimapakai undang-undang syariah sepenuhnya" adalah satu pertuduhan yang biadap dan melampau.

Setiap muslim yang beriman katanya, samada di Malaysia atau di mana juga didunia ini, sudah pasti akan mempunyai cita-cita seperti itu namun cara dan mekanisma untuk mencapainya sahaja yang berbeza.

"Sebenarnya sikap yang ditunjukkan oleh YB Ooi dalam mengeluarkan kenyataan tersebut menyerlahkan sikap beliau sendiri sebagai seorang ekstremis," katanya.

Dalam pada itu, Presiden JIM, Jamaluddin Abdullah dipetik sebagai berkata bahawa Ooi sudah jauh tersasar dan melampau sehingga menuduh badan itu sebuah organisasi yang extremis di samping mengheret JIM dalam isu perbalahan antara ahli parlimen itu dan Razali Abdullah.

"Kami ingin jelaskan bahawa syariah adalah sistem bermatlamatkan keharmonian dan keamanan kepada dunia dan manusia.

"Dan cita-cita suci kami ini seiring dengan apa yang ingin dicapai oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan NGO Islam yang lain,"katanya sambil menggesa Ooi menarik balik kenyataan tersebut.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...