530 orang dibebaskan, 59 masih ditahan

Oh! Krai Utara

Share KUALA LUMPUR: Seramai 530 daripada 589 orang yang ditahan semalam kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan perhimpunan haram mansuhkan ISA di ibu negara dibebaskan hari ini. Antara baki 59 orang yang masih ditahan ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) R.Sivarasa. Mereka kini ditempatkan di Balai Polis Bukit Jalil untuk menunggu sama ada akan dikenakan perintah reman atau dibebaskan. Suasana di balai polis itu sedikit kecoh apabila ibu kepada seorang yang ditahan merayu di perkarangan balai itu untuk bertemu dengan anak lelaki dan menantunya yang ditahan dalam insiden semalam. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman dalam sistem pesanan ringkasnya (SMs) kepada media hari ini berkata mereka dibebaskan selepas keterangan mereka selesai diambil. Katanya kesemua yang ditahan semalam disiasat mengikut Seksyen 43 Kanun Acara Jenayah dan Seksyen 27 (5) Akta Polis. Syahredzam Johan, antara peguam dari Majlis Peguam yang bertindak mewakili mereka yang ditahan, ketika ketika ditemui di balai itu berkata proses menanti pembebasan atau dikenakan tahanan reman mengambil masa kerana ia melibatkan proses dokumentasi yang rumit selain melibatkan jumlah yang ramai ditahan. Mereka yang ditahan di beberapa lokasi sekitar ibu negara semalam termasuk 44 remaja di bawah umur 18 tahun. Beberapa kawasan utama di ibu kota menjadi kelam kabut semalam apabila lebih 10,000 penyokong Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) meneruskan perhimpunan dan perarakan haram itu untuk menyerahkan memorandum kepada kepada Yang diPertuan Agong bagi pemansuhan akta itu. Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Khalid menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang mendakwa penasihat Undangundang Majlis Gabungan Badan Bukan Kerajaan Pembela Negara (Magaran) Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berjaya menyerahkan memorandum kekalkan ISA di Istana Negara petang semalam. Menurut Abdul Bari, Mohd Khairul Azam gagal menyerahkan memorandum terbabit kerana tiada pegawai istana yang layak menerima memorandum berkenaan. Mstar

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...