Tuk Guru Rasmi Perletakan Batu Asas Pembinaan Asrama Pondok
Oh! Krai Utara
Di bucu masjid, berhampiran opis pondok kelihatan kelibat YB ustaz abdul latiff dan Musyriff Pondok Sg Durian, Dr Abdul Basit turun tangan memperkemas gerak kerja. Sesekali kelihatan mereka berkecek kira dengan petugas majlis sambutan, dan kekadang memperkata sesuatu kepada anak pondok, barangkali memberi arahan mengenai perkara yang belum beres.
Saya sengaja melihat dari jauh, tak mahu gelibat sangat.
Sementara menunggu kehadiran Tok Guru, kelihatan dua beradik tokoh sungai durian gemar sekali memberi senyuman kepada tetamu sambil sesekali melayan mereka yang tiba, bertanya khabar.
Di ruang belakang pondok lelaki, sibuk sekali jo gulai menyediakan masakan yang akan dijamu kepada tetamu yang hadir. Merah meram muka pakcik yang menyediakan gulai kawah, panas bahang api barangkali.
Meninjau dekat kantin, jo tanak kelihatan merenik air peluh dek bertunggu nasi masak. Saya, kecur juga air mulut dok hidu bau makanan.
Aku kira jam hampir 1100 pagi, Tok Guru Menteri Besar tiba dengan di iringi oleh isteri, Ustaz Muhammad Mustafa (Adun Demit), YB Abe Uji (Adun MU) dan beberapa orang lagi. Kehadiran mereka di sambut oleh Ustaz Abd Latiff dan saudaranya Ustaz Dr Abdul Basit dan para guru pondok serta Yang Berbahagia Tuan Guru Haji Ismail Sulaiman.
Tok Guru diiringi kelaman pondok lelaki tempat acara akan berlangsung.
sekat tu jelah ulasan saya tengok sedikit gambar yang saya rakam kat bawah ajelah, terima kasih dan wassalam.
Muslimat sedang khusyuk dok dengar ucapan.
Abe Uji menderma untuk tabung pembinaan.
YB Kemuning turut serta menderma,
Ustaz Ibrahim Mahmmod turut menyumbang
mengiringi Tok Guru ke perletakan batu asas,
Hadirin sedang mendengar ucapan Dr Abdul Basit
Derma ikhlas di alu-alukan untuk membangunkan projek agama ini:
Projek Pembinaan Asrama Pelajar Lelaki:
Bangunan 3 Tingkat, Jumlah Keluasan: 11,133 Kaki.
Anggaran Belanja diperlukan: Satu Juta Ringgit.
Sumbagan Tuan/Puan Amat dialu-alukan.
Nama Akaun: Madrasah Muhammadiah
Nombor Akaun: BIMB: 03-072-01-011983-9.
laman rasmi pondok sungai durian, sila tekan saya!
0 ulasan:
Catat Ulasan