Surat Untuk Sheikh Besar PAS
Oh! Krai Utara
Kepada:-
Yang Termulia,
Syeikh Besar Hj Hadi Awang,
Presiden PAS,
Ibu Pejabat PAS Pusat,
Jalan Raja Laut,
Kuala Lumpur.
Assalamualaikum Tuan Sheikh Besar,
Semalam bila ana tengok kat Malaysiakini, salah satu beritanya adalah seperti berikut:-
Hadi: PAS masih sedia temui Umno
Jul 7, 09 2:24pm
Walaupun ada cadangan untuk berdebat oleh Nik Abdul Aziz dan wacana ilmiah oleh Dewan Pemuda PAS, sehingga hari ini belum ada pertemuan antara pemimpin Umno dan PAS diadakan ke arah itu.
Lepas baca, ana dah tangkap; Tuan Sheikh Besar masih lagi ingin pertahankan pendirian berkaitan Kerajaan Perpaduan (UG). Tuan Sheikh Besar masih lagi sayang kat seteru politik PAS iaitu UMNO. Nampak sangat Tuan Sheikh Besar ini telah termakan hasutan pemimpin UMNO dan boneka-boneka UMNO dalam PAS yang mengatakan "UMNO yang lemah akan menyebabkan kuasa politik orang Melayu juga lemah dan terhakis".
Apa ni Tuan Syeikh Besar...... pada masa ini Sheikh sepatutnya mengambil satu tindakan yang boleh menguatkan lagi PAS, menarik lebih ramai penyokong, meyakinkan pengundi bahawa PAS memang berupaya menggantikan UMNO, malah lebih baik lagi daripada UMNO apabila berkuasa kelak. Yakinkan orang Melayu bahawa kepentingan Melayu terbela (tapi bukan meniru kaedah UMNO dalam menjaga kepentingan Melayu). Itu semua yang Sheikh wajib fikirkan. Lupakan UMNO. Biar UMNO mampus. Ajak semua orang untuk kebumikan UMNO dan Syeikh boleh mengetuai upacara mentalkin UMNO. Masa dah hampir tiba. Jangan buang masa yang berharga ini, Tuan Syeikh Besar.
Tuan Syeikh Besar....... tak payahlah melayan lagi isu ini samada perbincangan terbuka/tertutup, debat ataupun yang Sheikh Muda Tantawi nak buat iaitu Wacana Ilmu ka apa ka... Tutup cerita. Kalau Syeikh rasa lidah Syeikh tak boleh dikawal, kerat saja lidah tu.
Syeikh Besar....... lihatlah Penasihat DAP Lim Kit Siang, dia tidak pernah menyentuh untuk ber'apa-apa'pun dengan MCA dan Gerakan. Dia yakin dia boleh mengalahkan MCA dan Gerakan. Kalau orang keturunan Cina nak bersatu, bersatu dalam DAP lah. Dia istiqomah. Tapi Tuan Syeikh Besar ana lihat tak begitu dalam hal ini. Ana malu, Syeikh Besar parti yang ana sertai pulak yang tidak istiqomah. Adakah Tuan Syeikh Besar khilaf dalam mentafsir kitab-kitab yang Tuan Sheikh Besar rujuk.
Akhir sekali, ana rasa ana tak perlu memohon maaf pada Tuan Sheikh, walaupun surat ana ini menyakitkan hati Tuan Syeikh Besar. Bagi ana Tuan Syeikh Besar TIDAK MENJALANKAN TUGAS Tuan Syeikh sebagai Syeikh Besar Parti PAS yang sepatutnya. Kalau di zaman Khalifah Ar-Rasyidin ana dah tunjuk pedang yang ana asah sampai meghelit kat hidung Tuan Syeikh Besar.
Sekian. Wassalam.
Yang benar,
Lee Copper Ahli PAS No 367xxx Member Since April 1994
0 ulasan:
Catat Ulasan