Lelaki Toyol ditangkap polis
Oh! Krai Utara
KENINGAU: Seorang lelaki Suluk berumur 23 tahun disyaki pengedar dadah dan pencuri motorsikal yang terkenal dengan panggilan Toyol ditahan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di sini kira-kira jam 3.00 petang pada 25 Julai lepas di kawasan Kampung Sungai Pampang dekat sini.
Ketua Polis Daerah Keningau DSP Zahari Mohamed berkata, hasil tangkapan itu polis berjaya merampas 10 peket palstik disyaki dadah jenis methamphetamine atau lebih dikenali syabu berat kasar 0.40 gram yang siap diedarkan kepada pengguna.
Berikutan penangkapan lelaki itu katanya, polis juga telah berjaya menyelasaikan satu kes kecurian motorsikal yang berlaku di daerah Tambunan yang dilaporkan pada 4 Julai lepas.
Zahari berkata, dipercayai ‘pusher’ dadah ini juga terlibat secara langsung dalam kegiatan mencuri motorsikal di daerah Keningau kerana semasa polis menghampir, suspek meninggalkan motorsikal yang telah ditukar pendaftaran dengan nombor palsu WDP 126.
“Suspek akan disiasat melalui Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya bersama Seksyen 379 (a) kerana disyaki mencuri motorsikal” katanya kepada media di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di sini kelmarin.
Zahari memberi tahu sebelum ini suspek pernah ditahan kerana terlibat dengan kegiatan mencuri kenderaan dan pecah rumah di sekitar daerah ini.
Suspek juga katanya, mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah sebagai warga Negara Malaysia.
Kiriman: MARUTIN ANSIUNG
sabahdaily
0 ulasan:
Catat Ulasan