Istana Dr Khir Toyo bernilai RM24 juta ?
Oh! Krai Utara
SHAH ALAM, 6 Julai : Adun DAP dari Sekincan, Ng See Lim, mendedahkan hari ini, istana umpama resort di Jalan Suasa 7/1L dekat sini adalah milik bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.
Beliau mendedahkan, istana Khir itu dibina diatas tanah seluas lebih 50,000 kaki persegi atau 1.17 ekar.
Beliau mempunyai dokumen dari Jabatan Tanah Negeri yang menunjukkan Khir membeli lot seluas 31,794 kaki persegi dengan harga RM2.9 juta manakala lot satu lagi bersais 20,427 kaki persegi dengan harga RM900,000.
Dia juga mendakwa, istana dalam pagar tinggi itu dibina dengan kos melebihi RM20 juta.
"Saya ingin mendapat penjelasan Dr Khir, yang mana adalah seorang doktor gigi sebelum menjadi MB selama lapan tahun, dari mana beliau dapat wang sebanyak sekurang-kurangnya RM24 juta itu," kata Ng See Lim dalam kenyataannya.
Sumber : Siasahdaily.
"Perangai buat rumah besar-besar ni memang dah jadi stail pimpinan amno BN, kalau kat manek urai yang nak berperang 14 haribulan ni pom camtu jugak, si juki tu, bekas adun amno jadik je YB buat laa umah besor, memang perangai puak diaa dah.Yang pemimpin kecik baut umah sejuta dua yang besar cam khing Toyol buat laaa besar sikit tapi cakapppp 3,4 jutaa just. takpa laaa rakyat pon bukan sekolah atap dahhh lani, kita pakat-pakat kiraaa laaa.aku ingat pengundi manek urai boleh tolong ajar orang macam amno BN ni, bagi kuang hajau sikit kat dia orang."
0 ulasan:
Catat Ulasan