Edisi Pahang: Gara-Gara Menyiarkan Berita Yang Lebih Neutral, Adil Dan Telus Maka Akhbar Sinar Harian Ditempelak Oleh Puak-Puak UMNO Karat !!

Oh! Krai Utara

Share

KUANTAN [3.00 pm] - Nampaknya kerajaan UMNO dan Barjsan Nasionak di Pahang kini semakin takut untuk berpijak di bumi yang nyata. Terbaru mereka menempelak laporan yang dibuat oleh akhbar Sinar Harian edisi Pahang yang kononnya kini lebih "berat sebelah" kepada parti pembangkang. Walhal, mereka sendiri sedar bahawa akhbar Sinar Harian memang mengamalkan konsep "Adil dan Telus" serta bersikap "Neutral" dalam melaporkan tentang isu-isu semasa yang membabitkan rakyat. Anehnya, pemimpin UMNO Pahang nampak bahawa Sinar Harian kini seolah-olah telah menjadi sebahagian akhbar "Pakatan Rakyat", sedangkan ia adalah sebaliknya. Antara lain satu laporan yang dibuat oleh Setiausaha Politik Menter Besar Pahang dalam blognya http://dongtalk.blogspot.com yang berbunyi "Gambar2 yang dipamirkan di atas adalah Sinar Hairan Edisi Pahang. Apa tujuan mereka saudara-saudari buatlah penilaian sendiri. Adakah mereka play safe atau makan keliling? Adakah mereka mahu pembangkang bertapak dan akhirnya berkuasa di Pahang. Apakah yang mereka mahu? Mahu dimanjakan, dibelai mesra atau apa? Terpulanglah...mereka menjual pantang kita tidak membeli!". Bukankah ini menunjukkan yang beliau memomok-momokkan isu kegusaran pihak kerajaan negeri terhadap pengaruh akhbar Sinar Harian. Malah terdapat satu komen yang dihantar oleh pembaca blog berkenaan yang menyebut "Kami bermesuarat sesama bloggers pagi tadi. Antara rumusannya adalah Sinar Harian kepunyaan Karangkraf bertujuan melariskan jualannya. Sumber memberitahu, jualannya agak merosot apabila menyiarkan berita-berita mengenai UMNO dan jualannya laris ketika memomokkan isu-isu sensasi Parti Pembangkang. Mereka hendak cari makan Tok". Dengan kenyataan itu ia jelas membuktikan kepada kita bahawa pihak berkenaan terlalu takut akan kebangkitan suara rakyat dan kekuatan Sinar Harian sebagai penyampai maklumat serta sumber berita yang adil dan telus. Amat malang sekali bila pemikiran "manusia seperti ini" diangkat sebagai pemimpin. Mereka fikir rakyat mahu terus disogokkan dengan berita-berita palsu dan jauh menyeleweng seperti yang disiarkan oleh akhbar arus perdana yang lain seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian agaknya?. Ketelusan dan keadilan yang ditunjukkan oleh Sinar Harian sepatutnya diikuti oleh akhbar-akhbar lain. Ini tidak, mereka sengaja mahu mencari jalan untuk menjatuhkan Sinar Harian. Bahkan bukti jelas menunjukkan yang Sinar Harian mendapat lonjakan pembaca yang tinggi kerana menyiarkan berita yang lebih adil dan telus buat tatapan seluruh rakyat sebenarnya.-pahangdaily

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...