Calon PAS berkempen di kubu BN

Oh! Krai Utara

Share Calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah hari ini melebarkan kempennya ke kubu BN di Manjor bagi menarik sokongan pengundi di situ. Dalam pilihanraya umum lalu, PAS menang di lapan daripada sembilan daerah mengundi di Manek Urai. NONESembilan daerah mengundi di Manek Urai ialah Temalir, Sungai Perial, Manek Urai Lama, Manek Urai Baru, Sungai Sok, Chuchoh Puteri, Lata Rek, Manjor dan Laloh. PAS bagaimanapun kalah di daerah mengundi Manjor dengan 31 undi. BN juga kalah tipis di daerah mengundi Temalir dan Manek Urai Baru. Pilihanraya kecil DUN Manek Urai diadakan ekoran kematian penyandangnya dari PAS, Ismail Yaacob. Dalam pilihanraya umum lalu, Ismail menang denga majoriti 1,352 undi. Ismail mendapat 5,746 undi manakala calon BN, Zulkepli Omar mendapat 4,394 undi. Dalam lawatan tengah hari tadi, Mohd Fauzi - yang lebih dikenali sebagai Abe Uji - mengambil peluang berbual dan beramah mesra dengan penduduk Kampung Budi. www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...