YDP PAS Kuala Krai sampaikan sumbangan kronik.

Oh! Krai Utara

Share

SUNGAI DURIAN - Dalam memenuhi tanggungjawab yang telah diamanahkan rakyat negeri ini bagi menjaga kepentingan mereka dalam semua aspek, Kerajaan Negeri Kelantan telah mewujudkan satu dana khas yang dikenali dengan Tabung Bantuan Kesihatan Rakyat (Penyakit Kronik).

Tabung tesrsebut merupakan salah satu pelaksanaan yang dijalankan bagi menyahut cabaran menjadi sebuah negeri berkebajikan sebagaimana yang dislogankan dalam piliharaya yang lalu.

Semalam satu majlis yang ringkas telah diadakan di Pusat Khidmat Rakyat DUN Mengkebang bagi menyampaikan sumbangan tersebut kepada para penerima.

Menurut salah seorang warga emas yang menerima sumbangan tersebut, Teo Guan Beng, 76, sumbangan tersebut yang diterimanya dapat digunakan untuk menampung kos perbelanjaan ubat-ubatan yang diambilnya sekarang.

Dia memberitahu, dalam usia yang setuanya dan menjadi penghidap sakit buah pianggang kronik, dia tidak lagi mampu bekerja sendiri dan hanya mengharap belas ihsan anaknya.

En. Teo juga menyatakan kesyukuran kepada kerajaan negeri kerana amat bermurah hati menjaga kepentingan rakyat tanpa mengira agama dan kaum.

" saya mengucapkan terima kasih kepada YB Ustaz dan juga Kerajaan Negeri yang sudi menghulurkan sumbangan ini untuk kami dan tidak meminggirkan kami walaupun berlainan bangsa dan agama"

Guan Beng adalah salah seorang penerima sumbangan tabung tersebut yang disampaikan oleh Yang Di Pertua PAS Kuala Krai, merangkap ADUN Mengkebang Ustaz Haji Abdul Latiff Haji abdul Rahman.-pd

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...