Tiada poster Hadi selepas reda isu k'jaan perpaduan - Malaysiakini

Oh! Krai Utara

Share Poster presiden PAS tetap tidak dinaikkan dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai walaupun isu kerajaan perpaduan telah reda dalam parti itu susulan keputusan terbarunya dan Pakatan Rakyat semalam. Ketiadaan poster Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak kena-mengena dengan isu politik nasional, kata Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan, Nasir Daud kepada Malaysiakini hari ini. Setakat ini, tambahnya, PAS Kelantan masih tetap menggunakan strategi "lokalisasi" dengan menaikkan posteri Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga menteri besar. Abdul Hadi bagaimanapun akan terlibat dalam sebahagian strategi kempen PAS untuk mempertahankan kerusi negeri itu. Beliau, yang juga ahli parlimen Marang, dijangka hadir sekurang-kurangnya di dua program - pengumuman calon PAS Jumaat ini dan hari penamaan calon, 6 Julai.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...