Tengku Razaleigh sahkan kuasa Perdana Menteri dalam Petronas

Oh! Krai Utara

Share SEMUANYA WA PUNYA

Tengku Razaleigh Hamzah mengesahkan kuasa Perdana Menteri yang begitu luas seperti yang terkandung dalam Peraturan Tubuh Petronas (Articles of Association). Tengku Razaleigh juga seolah-olah menyokong kuasa yang luas itu diberi kepada Perdana Menteri. Beliau menggunakan alasan bahawa Petronas adalah untuk rakyat, jadi Perdana Menteri yang ditugaskan menjaga rakyat wajar memegang kuasa yang tidak terhad itu untuk kepentingan rakyat. Masalahnya, kepentingan pemimpin tidak samesti nya sama dengan kepentingan rakyat; dan ada pemimpin yang berpendapat kepentingan pemimpin itu samalah dengan kepentingan rakyat. Dengan kuasa luas itu, ia membolehkan Najib Tun Razak untuk menggunakan kuasa penuhnya bagi melantik Omar Ong ke dalam Lembaga Pengarah Petronas, dan kalau perlu, memecat sesiapa sahaja yang dia tidak berkenan. Ia juga bererti arahan PM mesti di ikuti. Petronas memang untuk rakyat dan Perdana Menteri ditugaskan dan diamanahkan untuk menjaga rakyat. Tapi kita tahu tak semua pemimpin bersifat amanah dan tidak semua mementingkan rakyat. Hari ini hampir separuh perbelanjaan kerajaan dibiayai oleh Petronas. Dengan lain perkataan kalau Petronas muflis atau disalahgunakan, maka muflislah Malaysia. (Moral: Terbeliak biji mata tengok duit bertambun.... Atau tengah berpikiaq macamana nak alihkan duit tu tanpa disedari orang lain)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...