Fadzil Noor :Pilu Mengingatimu

Oh! Krai Utara

Share

Esoknya ustaz masih belum sedarkan diri. Orang semakin ramai datan ke ICU untuk menziarahi ustaz, tetapi hampa apabila peraturan tidak membenarkan mereka masuk. Ada yang datang dari jauh – Kelantan, Kedah, Johor . Ada yang datang dengan bas robongan.

Antara yang paling awal bunga kepada Ustaz ialah , DYMM Sultan kedah. Ketika itu saya sedang menunggu di luar wad ICU. Saya menerima bagi pihak keluarga dan parti , dari penghantar bunga. Pada jambangan bunga tersebvut, terselit sekeping kad yang tertera kata – kata : BETA DAN SULTANAH MENDOAAKAN, AGAR YB DATUK SEGERA SEMBUH,”.

Ustaz terus tidak sedarkan diri beberapa hari selepas itu. Ada sedikit tanda – tanda positif seperti beliau mula mengerakkan jari dan membuka mata seketika apabila dipanggil. Ada tanda- tanda positif ,tetapi terlalu perlahan.

Semakin hari dan setia p masa tanpa mengira masa waktu lawatan , semakin ramai yang datang untuk menziarah dan memberi sokongan moral.Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri,Menteri – Menteri dan Ahli Parlimen turut menziarah. Jambangan bunga pun semakin banyak diterima dari pelbagai pihak termasuk kedutaan asing.

Saya,Dr Hatta, Dr Wahab dan beberapa rakan menunggu dan membantu mengendalikan pelawat dan keluarga hampir setiap hari , sehingga jam 2 atau 3 pagi. Pelbagai pihak termasuk media massa cuba mendapatkan maklumat terkini. Pelbagai rumours disebarkan tentang ustaz .kami yang sentiasa berada di HUKM enggan mengulas, kerana untuk mengetahui keadaan Ustaz selayaknya diperolihi daripada HUKM.

Kami memantau keadaan Ustaz dari semasa ke semasa,selagi beliau belum sedar,keadaannya amat membimbangkan.Tetapi tidaklah wajar kami melahirkan kebimbangan ini kepada sesiapa yang datang .

Rakyat terus datang tanpa henti. Apalah yang boleh dilakukan melainkan berdoa dan menunaikan solat hajat agar Ustaz segera sembuh. Itulah permintaan pemimpin – pemimpin PAS, supaya semua markaz PAS mengadakan majil seumpama itu.

Menjelang 7 petang, 22hb Jun 2002, saya menerima mesej daripada Dr Hatta supaya ke HUKM segera, umtuk menyambut Ustaz hadi. Setiba di HUKM, Ustaz hadi dilaporkan baru keluar untuk menunaikan solat dan dijangka akan kembali kemudia. Para doctor memanggil anak – anak Ustaz untuk diberi taklimat. Ustaz Nasaruddin mat Isa(Setiausaha Agung) sudah tiba di sana dan menghubungi semua AJK Harian PAS untuk berhimpun.

Ustaz dalam keadaan sangat kritikal.

Kami berhimpun . Ustaz hadi tiba dan membaca ayat Quran dan doa di sisi ustaz. Yang luar diminta menunaikan solat bhajat dan membaca surah Yassin.

Semakin ramai yang datang , kebimbangan berteusan sehingga 1.30 pagi, apabila di laporkan keadaan Ustaz ada sedikit perubahan,tetapi masih stabil.

Kami beransur pulang menjelang jam 3 pagi. Namun kebimbangan dijangkakan berterusan jua. Mnejlang subuh ,saya menerima panggilan telefon mengatakan keadaan Ustaz kembali kritikal. Malah sangat kritikal.

Tiada kata boleh digambarkan apabila pemimpin dan penyokong PAS yang berada di HUKM pagi itu mula berlinang air mata. Sedih dan sayu tidak tergambar.

10.30 pagi, pemimpin PAS yang berada di sisi katil Ustaz keluar dari wad ICU berkata dengan penuh kesedihan; “Kita Kehilangannya,”.

Kesedihan menyelebungi seluruh keluarga , ahli – ahli PAS dan rakyat yang menyokong perjuangan Ustaz Fadzil . Berita pemergian Ustaz ke rahmatullah begitu cepat etrsebar, dan dilaporkan media sejurus selepas itu. Berduyun – duyun manusia berhimpun di perkarangan HUKM.

Petikan di atas diambil daripada buku 'FADZIL NOOR DALAM KENANGAN:PILU MENGIGATIMU

Buku ini merakamkan detik detik terakhir Al-marhum Dato Fadzil Noor. Al - marhum Ustaz Fadzil Mohd Noor merupakan seorang tokoh dan pemimpin yang hebat. Perjalanan terakhir beliau ke alam Baqa disambut dengan kesedihan jutaan manusia di seluruh negara , malah turut dirasai kesedihannya adalah pemimpin - pemimpin gerakan Islam sedunia yang menyampaikan ucapan takziah melalui Ustaz Hadi. Pengaruh beliau amat besar . Pengorbanannya kepada perjuangan Islam amat bermakna. Beliau meninggalkan sebuah warisan perjuangan yang penuh dengan susur galur dan sukar ditempuhi. Seperti kata Ustaz Hadi pada malam tersebut, sebelum al-marhum dikebumikan, 'Almarhum Ustaz Fadzil telah membuktikan kepada kita bahawa beliau telah mengakhiri hayatnya dalam perjuangan Islam. Nasib kita belum tentu lagi," Kepada keluarga al- marhum Ustaz , terutama Kak Jah, Huda dan suami , Ammar dan isteri, Muna dan Sabkhi, Faiz dan isteri,Salwa, Fawwas dan Anas, walaupun perginya Ustaz tanpa meninggalkan harta yang banyak , namun warisan ilmu, amal dan perjuangan al-marhum merupakan sesuatu yang tidak ternilai dan akan dikenangan ke akhir hayat:Al-Fatihah (Buku ini disusun oleh Zabidi Bin Morad dan diterbitkan oleh Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu,Kedah. )

Berminat :

Bayaran bolehlah dibuat melalu pos dengan mengunakan Wang Pos atau Cek di atas nama "ZABIDI BIN MORAD ". RM6.00 Untuk Sebuah Hantarkan Pesanan Anda Melalui Pos Kepada : Zabidi Bin Morad No 51, Jalan Madrasah, Kampung Raja, Mukim Jeram 06000, Jitra Kedah. Email: zabidi_morad@hotmail.com http://www.iklan-buku.blogspot.com/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...