Sultan Kelantan Masih jalani rawatan di Singapura
Oh! Krai Utara
Al Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang mengalami masalah sakit jantung, masih dirawat di hospital Mount Elizabeth.
Semalam pegawai pentadbiran pejabat Sultan Kelantan, Nik Mahmud Nik Jaafar yang mewakili Datuk Pengelola Istana Kelantan memohon semua rakyat agar bersama-sama mendoakan kesihatan baginda.
Berkaitan isu perkahwinan Tengku Temenggung dan Cik Puan Temenggung Manohara Odelia Pinot serta laporan polis yang dibuat 11 jun lepas, Nik Mahmud berkata, perkara tersebut tidak wajar sama sekali dikaitkan dengan baginda sultan.
Beliau juga ada menyatakan bahawa, pemangku Raja, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra atau Pejabat sultan Kelantan tidak pernah melantik mana-mana pihak bagi mewakili mereka untuk menjadi jurucakap kepada media.
belaiu juga mengharapkan agar semua pihak tidak mengeluarkan kenyataan yang mengeruhkan keadaan supaya isu tersebut dapat di selesaikan dengan adil-kraiutara
0 ulasan:
Catat Ulasan