Share
Semalam Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan melalui Ketuanya, YB Abdul Latiff Abdul Rahman menyifatkan Mohd Afandi sebagai buta sejarah dan melampau berikutan kenyataan Afandi yang menyatakan perpaduan PAS Umno seperti persaudaraan Aus dan Khazraj.
Menurutnya, persaudaraan diantara kaum Aus dan Khazraj serta Muhajirin dan Ansar diatas dasar untuk sama-sama mendokong penubuhan negara islam madinah.
Tetapi, sebagaimana yang di sedari UMUM bahawa parti Umno adalah gerakan yang sama sekali menentang hasrat untuk melaksanakan islam.
Beliau juga membidas dengan bertanya adakahAfandi yang berkelulusan agama sedar bahawa perbezaan besar antara persaudaraan Muhajirin dan Ansar pada zaman Rasulullah Saw dengan persekongkolan bersama Umno ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Biro Agama Pergerakan Umno Malaysia itu yang menyelar kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyatakan golongan yang ingin bersekutu dengan Umno sebagai Boneka Umno.
0 ulasan:
Catat Ulasan