Share
YB Bukit Gantang: "Bubar DUN!"
Speaker : "YB Bukit Gantang sila keluar dari Dewan yang mulia ini, sila keluar YB, sila keluar"
YB Bubar DUN: "Bubar DUN!"
Speaker :"YB yang pakai lilit kepala Bubar DUN sila keluar, Bentara sila iringi ahli YB keluar"
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diarah keluar Dewan Rakyat tidak sampai lima minit selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Arahan itu dikeluarkan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia ekoran tindakan Nizar melaungkan slogan "bubar Dewan Undangan Negeri" sebaik sahaja menurunkan tandatangan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.
Sebelum itu, Nizar mengenakan lilitan di kepalanya sejurus mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat Bukit Gantang.
Tindakannya mencetuskan kekecohan apabila Speaker mengeluarkan arahan itu dan turut disokong oleh ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional.
ImageNizar terpaksa menanggalkan lilitannya sebelum kembali ke tempat duduk beliau di blok "F".
Bagaimanapun Nizar terus diminta keluar Dewan Rakyat ketika beberapa wakil rakyat pembangkang turut mengenakan lilitan tersebut.
Turut diarah keluar ialah beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat yang memakai lilitan itu antaranya,Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dan Dato' Ngeh Koo Ham (Beruas) serta N. Gobalakrishnan (Padang Serai).
Sementara itu, Pengawal Keselamatan turut mengarahkan tetamu yang hadir supaya menanggalkan lilitan yang tertulis, 'BUBAR DUN'.
0 ulasan:
Catat Ulasan