Share
BANGI [12.42 pm] - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Zaid Ibrahim (foto) hari ini menyertai PKR dan menyatakan hasratnya untuk membantu parti itu mengukuhkan Pakatan Rakyat.
“Saya yakin dengan perjuangan PKR untuk membela semua kaum dan saya akan berusaha untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat,” Zaid memberitahu sidang akhbar bersama Ketua Umum Keadilan
Anwar Ibrahim tadi.
[Penyertaan Zaid Ibrahim bukan sahaja akan memperkukuhkan Pakatan Rakyat di Kelantan, namun ia juga bakal menyemarakkan perjuangan pakatan secara keseluruhannya. Memang sejak beliau meletakkan jawatan sebagai menteri UMNO dulu, orang ramai sudah menjangkakan yang beliau akan bersama Pakatan Rakyat. Tambahan pula kelibat Zaid dilihat berada di Kongres Nasional PKR di Shah Alam tahun lalu. Apapun, kami mengucapkan syabas dan tahniah kepada Zaid Ibrahim. Tambahan pula firma guamannya adalah yang paling besar dan terkenal di Malaysia. Ini bermakna, ramai para peguam sudah pasti akan mengikut jejak langkah beliau selepas ini. Berita ini merupakan tamparan hebat buat BN!!].-http://pahangdaily.blogspot.com/
0 ulasan:
Catat Ulasan