Pemuda MIC buat laporan polis terhadap Ibrahim Ali

Oh! Krai Utara

Share

Pemuda MIC buat laporan polis terhadap Ibrahim Ali

Pemuda MIC hari ini membuat laporan polis terhadap Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berhubung kenyataannya dalam akhbar Utusan Malaysia yang didakwa berbentuk hasutan dan fitnah terhadap Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu.

Laporan itu dibuat oleh Ketua Biro Sosial dan Kebajikan Pemuda MIC, S.Subramaniam di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada 3 petang tadi.

Subramaniam berkata Pemuda MIC mahu Ibrahim memohon maaf kepada Samy Vellu.

"Kita juga meminta Utusan Malaysia agar lebih bertanggungjawab dan melihat semula artikel yang disiarkan serta memberhentikan penulisan artikel yang menyentuh isu perkauman ini," katanya. BERNAMA

Muktamar Pemuda PAS diwarnai MU dan Baju Hitam

Ini mungkin secara kebetulan! Tapi kedua-dua istilah MU dan Baju Hitam menjadi tarikan Muktamar Dewan Pemuda PAS yang berlangsung di sini.

Jika MU sebelum ini sinonim dengan pasukan Liga Perdana Inggeris Manchester United, tetapi ia digunakan untuk singkatan nama kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai.

Justeru, Manek Urai disingkatkan sebagai MU.

"MU selalu disebut untuk pasukan Manchester United tetapi MU hari ini digunakan Manek Urai," kata beliau ketika melancarkan kutipan derma menjelang pilihan raya kecil kerusi Manek Urai.

Pilihan raya kecil akan diadakan pertengahan bulan depan. Kerusi yang terletak di Kelantan itu dipegang oleh PAS.- mstar

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...