Pekerja asing bolot kerja?

Oh! Krai Utara

Share

Pekerja asing bolot kerja?

PETALING JAYA 6 Jun - Warga asing 'merompak' ribuan peluang pekerjaan daripada pekerja tempatan di Pelabuhan Klang, kata Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Naib Presidennya, A. Balasubramaniam berkata, ia adalah malang kerana rompakan ini digalakkan dan dibantu oleh kontraktor tempatan serta mendapat restu penuh daripada Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PBPK).

Beliau berkata, kini lebih 2,500 pekerja asing dari Myanmar, Nepal, India dan Bangladesh diambil bekerja seperti pemunggah barangan, pemandu dan pekerja am di pelabuhan itu.

"Kesatuan Pekerja-Pekerja Pembekal Sampingan Pelabuhan (UNEPASS), salah satu gabungan MTUC telah membawa perkara ini ke perhatian PBPK, tetapi tidak mendapat tindak-balas," katanya yang juga Setiausaha UNEPASS. - BERNAMA

"apakah tindakan yang bakal diambil oleh pihak kerajaan untuk menyelesaikan isu ini, atau ia akan menjadi salah satu isu yang paling HOT di Pilihanraya Kecil Manik Urai?"

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...