Menjelang pilihan raya: Pemimpin Umno tiba-tiba bertukar watak

Oh! Krai Utara

Share KUALA KRAI, 3 Jun (Hrkh) - Biasanya orang yang berlakon drama atau filem digelar sebagai artis. Tetapi jarang pula orang melihat pemimpin politik juga pandai berlakon. Bukannya sekadar Joseph Estrada atau Ronald Reagen yang pandai berlakon, tetapi di Malaysia juga pelakon-pelakon politik akan muncul setiap kali menjelang pilihan raya diadakan.

Kalau ketika kempen pilihan raya kecil Pengkalan Pasir pada 2005, Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional ketika itu, Dato' Seri Najib Razak memakai kain sarung menemui penduduk.

Dan kali ini menjelang pilihan raya kecil Dun Manek Urai lakonan serupa diulang kembali.

Pelakonnya sekarang iaitu Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan dipaparkan gambar sedang menoreh getah milik seorang penduduk di Bukit Budu.

Pengerusi Perhubugan KeADILan Kelantan, Haji Abdul Aziz Kadir berkata, menjelang pilihan raya kecil di Manek Urai sekarang, ramai pemimpin tampil dengan lakonan tersendiri.

"Mengapa sekarang tiba-tiba mahu berlakon menoreh getah dan tidur di rumah penyokong Umno di beberapa kampung di Manek Urai. Sedangkan sebelum ini penduduk miskin dibiarkan.

"Kalau hendak berlakon di zaman belum ada media baru mungkin orang boleh terima. tetapi sekarang rakyat di kampung sudah pandai SMS dan tengok internet," katanya di sini.

Sebuah akhbar hari ini memaparkan gambar Ketua Penerangan Umno sedang menoreh getah di milik kebun milik seorang penduduk, Ibrahim Omar di Kampung Budu, Lata Rek.

Abdul Aziz yang juga anggota parlimen Ketereh berkata, lakonan bermusim sering kali dipamerkan pemimpin Umno tidak mudah mempengaruhi rakyat.

Ketua Penerangan PAS Kuala Krai, Arifabillah Ibrahim berkata, pemimpin Umno terkenal dengan gimik politik yang bersifat sementara setiap kali berlangsung pilihan raya.

Katanya, pemimpin Umno sanggup menukar imej ketika berada di kampung dengan memakai kain sarung berjumpa penduduk di kedai-kedai kopi.

Sedangkan katanya, ketika rakyat hendak menemui mereka di Kuala Lumpur begitu sukar sekali sehingga terpaksa membuat temu janji berkali-kali.

Sementara itu PAS akan menganjurkan ceramah di Kampung Peria malam ini dijangka dihadiri Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota parlimen Kota Bharu, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan anggota Majlis Tertinggi KeADILan, N Gobalakrishnan. - mj _

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...