Badan Perhubungan PAS Kelantan menerbit risalah khas yang dikenali ‘Manek Urai Kito’ untuk PRK Manek Urai

Oh! Krai Utara

Share Badan Perhubungan PAS Kelantan menerbit risalah khas yang dikenali ‘Manek Urai Kito’ bagi menyampaikan maklumat kepada pengundi di Dun Manek Urai sempena pilihan raya kecil. Ketua Editornya, Haji Rosidi Ismail berkata, risalah terbabit akan diterbit setiap hari sehingga sehari sebelum hari pengundian. "Terbitan pertama pada 20 Jun lalu dan akan diikuti 28 Jun, 4 Julai dan hari penamaan calon (6 Julai) sehingga 13 Julai. "Pada tarikh-tarikh tersebut orang ramai di Manek Urai boleh mendapat risalah tersebut setiap pagi. Ia akan diedarkan di setiap peti undi dan tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai," katanya di sini. Oleh itu beliau berharap Manek Urai Kito menjadi bahan untuk menangkis segala tohmahan pihak lawan dan menjelaskan mesej PAS dan Pakatan Rakyat kepada pengundi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...