Perak: Drama Sidang DUN bermula
Oh! Krai Utara
Semalam Speaker DUN Perak V Sivakumar masih berharap persidangan DUN Perak yang dijadualkan bermula pada 7 Mei 2009 ditangguhkan.
Jika persidangan diteruskan, mungkin inilah persidangan yang paling hangat dalam sejarah Malaysia. Seluruh rakyat Malaysia sedang menunggu 7 Mei 2009.
Apakah akan berlaku dalam persidangan itu? Setiap orang membuat ramalan atau spekulasi masing-masing.
Pelbagai idea atau pandangan disalurkan melalui media massa termasuk blog-blog.Semuanya merupakan analisa masing-masing.
Belum tentu sealiran dengan apa yang difikirkan oleh Speaker. Tetapi, yang menjadi hakikat sehingga ke detik ini ialah Speaker masih menaruh harapan bahawa Persidangan Dewan Negeri akan ditangguhkan untuk kebaikan seluruh Rakyat Negeri Perak.
8.00 am - Jalan menuju k DUN Perak dihalangi oleh banyak sekatan jalanraya, ia dimaklumkan telah dilakukan sejak malam semalam
- Ramai yang hadir pada program Solat hajat yang diadakan di Manjoi pagi ini, namun masjid Manjoi telah dikunci. Solat hajat telah diadakan di markaz PAS berdekatan
8.17 - Lapan kenderaan FRU diletakkan dihadapan DUN Perak, seramai 20 orang berbaju hitam berada disitu, mereka beredar apabila dihambat oleh FRU
8.30 - Sidang DUN djadualkan berlangsung pada jam 10.00 pagi.
8.35 - Polis terus menghambat mereka yang datang, mereka menjerit ‘tangkap, tangkap”. Beberapa orang telah ditahan polis termasuk Koo Puay Tiong, ADUN dari Melaka
8.40 - Seorang saksi mata telah memberitahu MP Ampang Zuraida Kamaruidn juga telah ditahan polis.
- Sekelompok ramai mengiringi ADUN Pakatan Rakyat menuju ke dalam DUN, kemudian mereka bersurai apabila dihambat polis. ADUN Pakatan Rakyat telah masuk kedalam bangunan DUN
8.50 - Seramai 7 orang lagi dilaporkan telah ditahan polis termasuk seorang wanita yang memakai topi hitam. Polis tidak menggunakan budi bicara langsung. Sesiapa yang dilihat berhampiran dan memakai baju hitam akan dikejar dan ditahan
9.00 - Wanita yang bertopi hitam adalah Janice Lee, Adun Teratai, Selangor. Lihat gambarnya disebelah, semasa beliau ditahan polis
9.05 - Bangunan Perak darul Ridzuan umpama sebuah penjara. Kndraan FRU besar dan kecil di letakkan melintangi pintu masuk ke bangunan pentadbiran kerajaan Perak itu
9.08 - ADUN Sungai Pinang, Koay Teng Guan disahkan antara yang ditahan polis. Turut berada dihadapan bangunan DUN Perak ketika kelompok tadi ditahan adalah MP Bukit Mertajam
9.10 - Seramai lebih kurang 40 orang masih berkumpul diseberang jalan berhadapan bangun DUN Perak. Menghadap mereka serama 20 orang polis yang berdiri diatas pembahagi jalan.
9.15 - Polis bergerak kearah mereka, sambil mengeluarkan amaran suapaya mereka bersurai. Antara yang berhimpun adalah peguam blogger Haris Ibrahim.
9.18 - Lima lagi ditahan polis termasuk blogger Zorro. MP Kula dan Limkit Siang tidak dibenarkan masuk ke bangunan DUN Perak
9.20 - Merka yang ditahan sedang dibawa ke balai polis Sungai Senang, pihak polis kini beralih untuk melancarkan serangan ke restoran nasi kandar yang bertentangan dengan bangunan DUN Perak
9.25 - Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai Seberang Oon Neoh Aun, yang berada bersama blogger Zorro turut ditahan, bersama lima orang yang lain.
9.30 - Sumber dari DAP memberitahu sehingga kini lebih kurang 20 orang telah ditahan oleh pihak polis Namun ia mungkin tidak termasuk tindakan tindakan terbaru phak polis dilokasi sekarang. Lim Kita Siang dinafikan terus untuk masuk ke dalam bangunan DUN.
9.31 - Lagi tangkapan dilakukan - seorang lelaki pertengahan umur telah digari dan dibawa pergi oleh polis
9.36 - Lebih kurang 50 orang polis masih memerhatikan restoran nasi kandar berdepan dengan bangunan DUN Perak. Lau Dak Kee seorang bekas MP DAP dan seorang bekas tahanan ISA ditahan polis.
9.45am - Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, yang juga ahli parlimen Kubang Kerian, ditahan polis di belakang bangunan utama pentadbiran Perak - yang menempatkan DUN.
0 ulasan:
Catat Ulasan