MENGKEBANG - Beberapa anak kampung yang selama ini belajar di kawasan pendalaman merasa amat bertuah dan melahirkan kesyukuran kerana berjaya mendapat tempat di institut pengajian tinggi awam (IPTA).
Salah seorang bapa yang ditemui, Sidek Ahmad Saat 64, menyatakan beliau berasa amat bersyukur apabila anak bongsunya Siti Maisarah,18 berjaya mendapat tawaran dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
” Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang terlibat mendidik anak saya sehingga dia berjaya mendapat peluang ke menara gading”
“saya juga mengucapkan terima kasih kepada wakil rakyat kami di atas sumbangan yang telah dihulurkan, bagi meringankan beban yang ditanggung bagi proses kemasukan ke IPT”
Dalam perkembangan tersebut, YB Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman telah menyempurnakan satu upacara menyampaikan sumbangan kewangan kepada kira-kira 17 oarang pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke IPT yang diadakan di Sekolah Menengah Ugama (Arab) As Saadah.
Sebelum itu beliau turut mengimamkan solat bagi menyatakan kesyukuran terhadap kejayaan para pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT dari DUN yang diwakilinya.
“Ini adalah pusingan pertama majlis sumbangan sebegini diadakan pada tahun ini, majlis-majlis yang lain akan diadakan lagi mengikut jadual, insyaalah” kata YB sewaktu ditanya mengenai acara tersebut.-pd
0 ulasan:
Catat Ulasan