Kes MB Perak, Mahkamah Tinggi Jadi Tumpuan

Oh! Krai Utara

Share KUALA LUMPUR [2.30 pm] - Rakyat Malaysia diseluruh negara kini ternanti-nanti satu detik paling bersejarah dalam politik tanahair yang akan meredakan seikit kemelut di negeri Perak. Sebentar lagi Hakim Mahkamah Tinggi Kual Lumpur akan membacakan keputusan siapakah Menteri Besar Perak yang sah. Suasana di kawasan perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta kin penuh sesak dengan orang ramai yang tidak sabar-sabar lagi untuk mendengar keputusan tersebut. Sementara itu Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin (foto) dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tiba di kawasan pekarangan mahkamah sekitar jam 2.15 petang tadi. Sebelum itu peguam kedua-dua belah pihak didapati telah tiba. Keadaan masih masih lagi tenang dan kelihatan beberapa buah trak FRU mula memasuki kawasan pekarangan mahkamah. [Rakyat sebenarnya sekaan-akan boleh menjangkakan apakah keputusan yang akan berlaku sebentar lagi. Namun, segalanya terletak kepada kebijaksanaan Tuan Hakim. Jika beliau memang telus dan tidak bias kepada mana-mana pihak dan memegang prisnip undang-undang itu sendiri maka sesuatu yang luar biasa akan berlaku. Namun jika Hakim ditekan ikut "pintu belakang" bagi membuat keputusan ini, maka sudah pasti kita sebenarnya boleh menjangka apakah keputusan yang bakal dibacakan].

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...