Home
>
Nasional
> Eksklusif: Pakatan Rakyat Kembali Jadi Kerajaan Di Perak, Mahkamah Tinggi Isytiharkan Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin Menteri Besar Yang Sah !!
Share
Pahang Daily Online Merakamkan Ucapan Syabas Dan Tahniah Atas Kemenangan YAB Dato' Seri Ir.Nizar Jamaluddin Sebagai Menteri Besar Perak Yang Sah. Semoga Ia Akan Membawa Perubahan Baru Kepada Seluruh Rakyat Di Negeri Perak Khasnya Dan Malaysia Amnya. Tahniah Juga Buat Hakim Yang Jujur, Ikhlas Dan Profesional - Editor
KUALA LUMPUR [4.30 pm] - Mahkamah Tinggi di sini mengisytiharkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (foto) sebagai Menteri Besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Abdul Aziz Abd Rahim, di sini, sebentar tadi. Nizar sebelum ini mengemukakan semakan kehakiman untuk mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah. Bagaimanapun, keputusan itu masih belum muktamad kerana pihak yang kalah boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan. Mohammad Nizar memfailkan semakan kehakiman itu pada 13 Februari lalu, memohon perintah injunksi bagi menghalang Zambry, yang dilantik Menteri Besar pada 6 Februari lalu, atau ejennya daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar. Mohammad Nizar juga memohon perintah supaya Zambry memberikan tunjuk sebab bagaimana dan mengikut dasar atau kuasa apa beliau berhak memegang jawatan itu. Beliau turut memohon perisytiharan mahkamah, Zambry bukanlah Menteri Besar Perak dan tidak berhak menjawat jawatan itu. Selain itu, Mohammad Nizar juga memohon mendapatkan takrif mengenai Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) sama ada jawatan Menteri Besar boleh dikosongkan. Pada 6 Februari lalu, Zambry mengambil alih pucuk pimpinan negeri Perak selepas Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan 31 Adun berbanding 28 Adun bagi Pakatan Rakyat (PR). Sokongan kepada BN bertambah selepas Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) keluar parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas serta menyokong BN. Mahkamah juga memutuskan Menteri Besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh. Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.
[Kebenaran tertegak jua akhirnya, bila masih ada hakim-hakim yang jujur dan amanah dalam menjalankan tugasnya. Maka berakhirlah episod "kurang ajar MB Samseng" Zambry Kadir. Bahkan beliau juga diarahkan meletakkan jawatan bersama kesemua exco-exconya. Inilah bukti jelas bahawa, memang UMNO dan BN telah melakukan kesilapan apabila merampas negeri Perak. Rakyat semakin benci melihat apa yang berlaku. Jika rakyat biasa boleh membicarakan kes ini dari sudut perundangan, maka apatah lagi golongan cerdik pandai dan yang arif dalam bidang perundangan. Sesuatu yang amat memalukan Zambry Kadir sebenarny dalam kes ini. Bahkan lebih malu lagi ialah PM Najib sendiri].
BERIKAN PANDANGAN ANDA KEPADA KEPUTUSAN KES INI
11 Mei 2009 pada 7:38 PTG
betul..Kemenangan akhirnya berpihak pada pihak yang benar. terkencinglah tiga orang bebas tu sebab tak tau apa nasib mereka selepas ini selepas dun dibubarkan. Syukur Alhamdullilah