Ceramah Jatidiri Peserta Ladang Rakyat Mengkebang

Oh! Krai Utara

Share

Dalam memeberi kesedaran kepada peserta ladang rakyat terhadap agamanya, Kerajaan Negeri telah mewajibkan para peserta untuk menghadiri program ceramah yang dikenali sebagai Program Kumpulan Peneguhan Jatidiri Peserta Ladang Rakyat Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan secara berkala.

Baru-baru ini program tersebut diadakan seperti biasa di madrasah Kg. Baru, Sungai Durian. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh mantan ketua pemuda PAS Kuala Krai, Ustaz Zamzuri Md Ladzim.

“Ajarlah anak kamu ketika berumur & tahun, dan jika tidak pukullah mereka, jika mereka meninggalkan solat”, pesan beliau memetik sabda nabi.

Beliau turut mengulas, sesetengah dari kita sekarang amat lalai dan sengaja mengabaikan pesanan ini kerana kononya, merasa sayang kepada anak. Bahkan jalan tersebut adalah jalan yang silap dan membawa kesilapan yang besar sekali terhadap umat.

“Kita harus sedar akan kepentingan ini, maka patutlah kita mengambil langkah, selalu bertanya khabar anak-anak kita samada mereka sudah solat atau tidak”, kita boleh menelefon anak-anak jika mereka tinggal berjauhan dari kita ujarnya.

Dalam saranan beliau ada memperkatakan tentang hukum-hukum meninggalkan solat dan balasan diakhirat nanti bagi mereka yang menagih perbuatan tersebut.

Turut dipetik dari isi ucapan ustaz ialah, kerajaan negeri kelantan telah dengan segala upayanya berusaha bagi menyedarkan rakyat islam di negeri ini dengan mengadakan bulan solat serta menubuhkan unit dakwah dan halaqat dengan tujuan yang tidak lain iaitu memupuk semangat memberati akan tuntutan agama tersebut.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...