Fuh! Naik Pesawat, Implan Payudara Wanita ini Meletup

Oh! Krai Utara

Share

Kaerana melakukan perjalanan naik pesawat, implan payudara wanita ini meledak. Implan payudaranya meletus akibat tak mampu menahan perbedaan tekanan di pesawat. Irena D mungkin menyesal pernah melakukan operasi implan payudara. Bukan hanya lantaran harus membayar mahal, tapi operasi perbesaran hingga ukuran F itu justru membuatnya kehilangan payudara dan jatuh sakit. Seperti dikutip dari The Register, wanita dari Rusia itu terpaksa   menjalani perawatan intensif setelah melakukan penerbangan dari Moskow ke California. Implan payudaranya meletus akibat tak mampu menahan perbedaan tekanan di pesawat, selama penerbangan.Wanita 45 tahun itu menderita sakit luar biasa ketika transit di  Los Angeles Airpport . Keadaannya parah saat turun dari sebuah pesawat Aeroflot Boeing 767-300 yang mengangkutnya. Setelah pemeriksaan intensif, doktor mengatakan bahawa sakit itu akibat letusan implan. Meski demikian, seorang ahli bedah mengatakan, "Kemungkinan besar wanita itu sudah memiliki masalah dengan payudaranya sebelumnya, dan implan meletus kerana perbedaan tekanan di pesawat."Atas musibah itu, Irene harus menghabiskan liburannya di rumah sakit. Ia terpaksa menjalani pembedahan buang payudara demi menghentikan peradangan meluas. Ia pun menerima ancaman kesehatan serius jika nekat melakukan perbesaran payudara lagi. LinkKes implan meletus juga pernah menimpa seorang wanita Inggeris, Lindsey Easeman. Tahun lalu, wanita 27 tahun ini menjalani pengangkatan payudara setelah implan di payudara bahagian kanan meletus sehingga meradang dan membentuk benjolan, tepat setahun pascaoperasi.Musibah yang menimpa Lindsey terjadi akibat penggunaan implan payudara berbahan Poly Implant Prothese (PIP). Bahan gel berbahaya yang diproduksi perusahaan asal Peranchis ini sudah lama ditentang pakar perubatan kerana boleh memicu  radang  serius di area payudara.  otakberita

Read More - Fuh! Naik Pesawat, Implan Payudara Wanita ini Meletup

Nak jadi nabi? Sila ke sekolah 'Cain and Abel School for Prophet' di israel

Oh! Krai Utara

Share

Di Negeri Zionis itu ada sekolah yang lulusannya bakal mendapat gelar 'nabi'.Sekolah bernama 'Cain and Abel School for Prophet' itu menarik biaya 200 shekel   bagi siapa saja yang berniat memiliki gelar nabi. Gilanya, untuk mendapatkan gelar Nabi, para pelajarnya hanya perlu mengikuti 40 kelas singkat.Sekolah tersebut memberikan sijil kepada siapapun yang dinyatakan lulus. Peraturan di sekolah itu juga tidak ketat.Siswa-siswa di sekolah tersebut boleh masuk kelas hanya mengenakan kaos oblong, memakai gadget selama pelajaran, hingga ada yang membawa gitar masuk ke dalam kelas. Bahkan ada siswa yang tak segan keluar kelas untuk sekadar merokok.Di sekolah ini, para siswa belajar tentang erti mimpi, klasifikasi malaikat, dan misteri roh kudus. Mereka belajar bagaimana membedakan perasaan batin seseorang dari perilaku eksternal dan penampilan.Satu-satunya guru sekolah itu Shmuel Hapartzy percaya, Messias telah datang dan usia penebusan sudah dekat. Ertinya, sekolah itu disiapkan untuk menyambut nabi baru.Anehnya, Hapartzy mengaku tidak menjamin belajar di sekolah tersebut boleh membuat murid-muridnya boleh langsung berinteraksi dengan Tuhan.Hapartzy menjelaskan kurikulum yang dipakai di sekolah tersebut adalah mengikuti sifat-sifat seorang nabi. Sehingga, jika murid-muridnya sudah boleh menguasai kurikulum yang diajarkan, mereka boleh mendapatkan ijazah bergelar nabi."Di masa lalu ada nabi. Tetapi sekarang, di zaman modern, Ketuhanan ada pada semua orang. Kita hanya perlu membuka mata kita untuk itu," kata Hapartzy, seperti dinukil dari AP.Sekolah itu berada di sebuah pusat keagamaan di tempat kumuh di selatan Tel Aviv. Pusat keagamaan itu dikenal tempat yang menampung moral jalanan dibanding mempelajari soal agama. Pusat keagamaan itu mendapat sumbangan dari biaya masuk para murid-murid sekolah nabi.

Read More - Nak jadi nabi? Sila ke sekolah 'Cain and Abel School for Prophet' di israel

Oh! Tertangkap Sedang Meraba Isteri Orang dalam Pesawat

Oh! Krai Utara

Share

Seorang peniaga yang sedang bercuti dihukum kerana tertangkap basah sedang meraba-raba seorang wanita yang tidur di kerusipesawat – meski disebelahnya ada suaminya.Srinivasa Erramilli (45) dari Aurora, dinyatakan bersalah oleh hakim federal atas tuntutan pelecehan kejahatan seksual yang terjadi selama penerbangan Airlanes dari Las Vegas ke Chicago. Erramilli yang juga seorang konsultan software, saat itu sedang duduk di kerusi tengah, diapit antara wanita dan suaminya. Mereka adalah pasangan yang kembali dari Las Vegas untuk merayakan ulang tahun pernikahan mereka, korban bersaksi dalam sidang tiga hari di Chicago.Saat itu korban tetap sabar dan terjaga ketika Erramilli menyentuhnya sebanyak tiga kali. Dan saat ia melakukannya kembali, saya pun berteriak kepadanya “babi” dan “cabul”, katanya kepada hakim. Penumpang lain juga bersaksi bahwa mereka mendengar wanita itu menjerit, “lepaskan aku!”Hakim mendengar kesaksian jika Erramilli sebelumnya pernah dinyatakan bersalah pada 2002, dan dijatuhi hukuman percobaan setelah memegang payudara seorang wanita dalam penerbangan ke Detroit. Pada tahun 2000, ia juga pernah dihukum 2 tahun percobaan untuk insiden serupa.Kini, pria cabul itu dijatuhi hukuman 2 tahun penjara dan denda maksimal sebesar $250.000 oleh hakim Distrik AS, Joan Humprey Lefkow. (**)Sumber : yourjewishnews.com, uniknya.com,

Read More - Oh! Tertangkap Sedang Meraba Isteri Orang dalam Pesawat

PANAS! Hamid Taik Cicak dan UMNO TULI, risau,resah UMNO tumbang! UMNO KUALA KRAI AKAN MUSNAH!

Oh! Krai Utara

Share

Kelmarin dulu (empat hari lepas), hujan petang dan lepas semayang fardhu asar gua start keta kancil adik gua ke kedai kampung sebelah, malas nak tunggang motor kapcai buruk gua yang banyak berjasa kat gua tu. Malas nak main hujan, walaupun hujan bukannya lebat mana, dan kedai tu pun tak sampai pun setengah kilo, saje taknak! Kemudiannya, setakat minyak kancil bukan banyak makan duit.

Kat kedai, minum air peket secawan, kena rokok gudang garam sebatang dah okey, puas! Gua tak berbincang lama macam biasa, takde gu lawan borak, yang ada cuma dua, tiga orang warga emas yang biasa lepak kedai untuk sesi petang...tak berapa ngam ngan gua, sekadar layan sepatah dua, dan gua minta izin balik rumah.

Letak keta bawah garaj, gua jalan ke rumah dalam dua tiga langkah gua menapak, tiba tiba gua terperasan ada beberapa patah kata yang mengejutkan gua, seumur gua inilah pertama kali gua dengar! Macam tak percaya, teruja,gua terhenti langkah cuba gua amati apa biji butir yang di bualkan oleh gang UMNO TULI di kedai kopi depan rumah gua!

Terkejut! Rupanya depa dok membincangkan akan apa akan jadi jika UMNO kalah dalam PRU 13 akan datang, terdengar seorang darinya, mengeluh "umh,kalu kito kaloh gak...jadi pembankang doh la kito" dengan wajah berkerut, muka tak ceria. Yang lain nampaknya setuju dengan kata kata beliau, gua tersenyum! Bila perasan gua sedang dok perati perbincangan mereka, tiba2 saja nada percakapan mereka turun, dan gua terus masuk rumah. Dalam rumah gua terus intai siapa siapa mereka untuk kenalpasti ahli mesyuarat kedai kopi itu.

Termenung gua memikir hal itu, mana ada pernah di dengar kerunsingan sebegitu dari daerah kampung gua yang majoriti UMNO! UMNO TULI! maklum bukan takat kampung gua ni yang kebal serangan pakatan, bahkan UPU ini adalah kubu tak terkalahkan milik Umno sejak PRU pertama! Lebih kuat dari tempat2 lain di semenanjung! Gila, maknanya mereka bukan main2 dalam menuturkan kerunsingan mereka, walau sekadar meluahkan di kedai kopi depan rumah gua yang hidup segan mampus tak mau! Maknanya mereka telah mendapat maklumat yang menggentarkan jiwa! Jiwa umno yang akan pupus! Musnah dan hancur dalam PRU akan datang! Sedangkan gua amat arif akan penduduk di sini yang bukan saja malas membaca akhbar pembangkang, paper mereka pun jauh panggang dari api!

Malas membaca, mereka memang manusia tak bermaklumat! Yang mereka tahu tengok berita tv, dengar kata2 pimpinan mereka! Mudah diperbodohkan. Tapi cuba fikir, bagaimana orang yang tidak membaca, tidak bermaklumat dan UMNO TULI tiba tiba cuak akan kelangsungan umno sebagai pemerintah? Maknanya mereka sudah mendapat gambaran serangan pakatan serta perubahan rakyat telah berlaku di pelosok negara! Mereka bimbang! Mereka rasa rapuh!

Pada pendapat gua, ini bererti projek2 yang di jalankan oleh pakatan telah hampir ke seluruh rakyat, ada kesan, berkesan! Impak dari letusan kecil dan besar hasil dari ceramah! Penerangan, kebangkitan yang di tunjukkan lewat himpunan Pas Ganti Umno, Himpunan Kebangkitan Rakyat telah menghunjamkan keris pakatan keseluruh alam malaysia, insya allah.

Gua berasa yakin jika semakin berterusan himpunan kebangkitan di demokan dimana mana! Dan segala isu rakyat di bicarakan! Kita rempuh segala hadangan mereka, kemenangan semakin pasti! Kemenangan itu telah di tunjukkan dengan orang kampung gua yang paling payah merasa risau asakan pakatan...dan paling bangang dalam maklumat politik, tiba tiba sedang rusuh hati,UMNO AKAN TUMBANG!

Read More - PANAS! Hamid Taik Cicak dan UMNO TULI, risau,resah UMNO tumbang! UMNO KUALA KRAI AKAN MUSNAH!

POLIS: Tiada rusuhan kaum di Sungai Petani,Budak India dan Melayu hanya gaduh nak lumba motor je...

Oh! Krai Utara

Share

Polis: Jangan dengar khabar angin, tiada rusuhan kaum di Sg Petani

SINARHARIAN
SUNGAI PETANI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang bertindak menyebar khabar angin kononnya Kuala Muda dikenakan perintah berkurung akibat rusuhan kaum sepertimana yang disebar menerusi laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS).Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab menafikan perkara tersebut dan menegaskan, polis akan menjalankan siasatan terhadap pihak yang  menyebarkannya kerana tindakan itu satu kesalahan.“Sehingga kini, hasil siasatan dan risikan polis mendapati insiden awal pagi 16 Disember di Flat Paya Nahu, Sungai Petani itu tiada kaitan dengan (dakwaan) kebencian kaum Melayu ke atas kaum India dan begitu juga sebaliknya,” katanya.Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media di ibu pejabat Polis Kuala Muda malam tadi. “Kalau dilihat melalui siasatan, ia berpunca daripada kes nak lumba motor, masing-masing nak tunjuk hebat. Bila tak puas hati panggil kawan-kawan dan tercetuskan kejadian itu. “Saya juga telah berjumpa dengan ketua kaum Melayu dan India pada hari sama jam 3 petang dan merayu mereka memberi penerangan jelas kepada masyarakat supaya jangan bertindak balas, jangan menyebar berita palsu dan jangan menghasut melakukan pergaduhan lebih besar,” katanya. Menurutnya, kesemua ketua kaum memahami dan berjanji akan memaklumkan kepada anak buah agar tidak bertindak di luar batas undang-undang. Berhubung insiden itu, katanya, 13 suspek telah ditahan reman dan lima yang tercedera telah menerima rawatan di hospital di mana empat daripadanya sudah dibenarkan pulang. Bagaimanapun, katanya, beberapa insiden yang berlaku selepas itu tiada kaitan dengan insiden pertama dan berlaku secara kebetulan. “Kita merujuk kepada khabar angin ada pergaduhan di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, kes bakar masjid, rusuhan kaum, darurat dan semuanya dikatakan berpunca daripada kes pertama adalah fitnah semata-mata.“Polis akan terus memantau dan menghantar lebih ramai anggota selain mengadakan sekatan jalan raya bertujuan meredakan keadaan bukannya disebabkan ada rusuhan,” katanya.Berhubung seorang pegawai polis yang dibelasah katanya, pegawai berkenaan sedang bercuti kerana ingin berkahwin, berkunjung ke sebuah kedai.“Berdasarkan siasatan, berlaku salah faham antara pegawai tersebut dengan seorang lelaki India yang mencetuskan pergaduhan.“Tetapi, ia tiada kaitan dengan isu perkauman dan berlaku secara kebetulan bukannya disebabkan insiden pertama,” katanya. Beliau bagaimanapun meminta penduduk Kuala Muda khususnya Sungai Petani bertenang dan jangan mempercayai berita palsu yang tersebar melalui Facebook, Twitter atau SMS kerana bimbang ada pihak akan terpengaruh yang mendorong kepada perkara tidak sihat. Menurutnya, polis sendiri menerima banyak panggilan telefon berikutan tersebarnya khabar angin mengatakan berlaku rusuhan antara kaum Melayu dan India di daerah Kuala Muda.Sehingga kini (sehingga sidang media dilakukan), Kuala Muda masih dalam keadaan aman dan tenteram dan tiada sebarang kematian dilaporkan berhubung isu berkenaan

Read More - POLIS: Tiada rusuhan kaum di Sungai Petani,Budak India dan Melayu hanya gaduh nak lumba motor je...

Musa hassan: politik samseng boleh jerumuskan negara dalam rusuhan ala 13 mei.

Oh! Krai Utara

Share

SHAH ALAM - Situasi politik pada masa ini mewujudkan generasi yang bertindak ala samseng kerana disebabkan wujudnya politik kebencian yang dipupuk sesetengah ahli politik.Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, jika pemimpin tidak mampu mengawal tindak-tanduk penyokong masing-masing, tidak mustahil peristiwa 13 Mei akan berulang.“Ini kerana hate politics atau politik kebencian telah mewujudkan generasi bertindak ala samseng. Saya rasa orang politik kita perlu menentukan penyokong mereka dikawal kerana kadangkala apabila mereka tidak mengawal penyokong mereka, ini yang berlaku,” katanya, semalam.Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Harian yang membincangkan tajuk Politik Samseng: Di Mana Maruah Kita yang diadakan di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, di sini.Selain Musa, wacana turut mengundang Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan; Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh dan Jawatankuasa Pas Pusat, Muhamed Hanipa Maidin.Wacana itu dikendalikan oleh Profesor Datuk Mohamed Abu Bakar dari Universiti Malaya.Musa berkata, kerajaan yang membiarkan keganasan politik berleluasa juga tidak akan bertahan lama kerana mereka juga akan berisiko digulingkan melalui cara sama.“Kalau kerajaan menggalakkan keganasan politik, saya merasakan kerajaan itu tak lama akan menjadi kerajaan kerana ia juga akan dijatuhkan melalui keganasan."Jika pemimpin tidak mengawal ahli, inilah yang berlaku seperti di negara Arab, banyak keganasan berlaku. Pemimpin jangan sesekali menggalakkan keganasan politik serta pergaduhan,” katanya.Beliau berkata, dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, politik keganasan dan demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan kerajaan tidak sepatutnya berlaku."Budaya seperti reformasi tidak sesuai dilakukan, sekiranya mahu menjatuhkan kerajaan. Jika mahu laksana demokrasi, perlulah mengikut saluran yang betul. Pihak polis bertanggungjawab mencegah. Jangan anggap polis musuh tapi sebagai kawan.“Kalau dulu, hanya empat orang detektif boleh mengawal satu ceramah dan tak adalah sampai pening kepala macam sekarang ini,” katanya.Berdasarkan pemerhatian, katanya, senario politik hari ini jauh berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini khususnya pada hari mengundi.“Ahli politik perlu bersikap gentleman. Kita tengok dahulu pilihan raya macam pesta, semua keluar bersama-sama. Pembangkang dan parti kerajaan sama-sama berjalan, tak ada masalah. Sekarang tak boleh,” katanya.Beliau seterusnya menggesa agar proses membina negara dijadikan keutamaan oleh penyokong dan ahli politik, selain daripada berkempen untuk parti masing-masing.“Selepas habis pilihan raya, kita patut duduk sama-sama tanpa mengira parti, bina negara ini sama-sama,” katanya.Menurutnya, pembangkang perlu ada dalam sebuah negara demokrasi demi melihat kesejahteraan terus terjamin, namun pembangkang perlu berkualiti dan mengetahui peranan mereka.“Saya lihat, politik negara ini tidak pernah habis dengan menyalahkan pihak lain tanpa memikirkan pembangunan negara. Adalah lebih baik duduk semeja dan bincang pembangunan negara," katanya.

Read More - Musa hassan: politik samseng boleh jerumuskan negara dalam rusuhan ala 13 mei.

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...