Papagomo si bapak rasis di tangkap polis

Oh! Krai Utara

Share

Polis tahan penulis blog pro-Umno Papagomo Penulis blog kontroversi pro-Umno Papagomo hari ini ditahan polis.Beliau ditahan bersama seorang lagi individu yang dikenali sebagai "King Jason".Perkara itu dimaklumkan oleh pihak polis melalui pesanan Twitter hari ini. Sebab penahannya setakt ini belum diketahui.Bagaimanapun, sebelum ini dilaporkan terdapat laporan polis dibuat terhadapnya dan seorang pembaca Shahrizad Mohd Diah atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berhubung isu Melayu dan Cina.Free Malaysia Today melaporkan, laporan itu dibuat oleh Jamilah Baharuddin di balai polis Simpang Tiga dan kemudiannya di Sungai Maong di Kuching. -mk

GREENBOC

Read More - Papagomo si bapak rasis di tangkap polis

BN mansuh akujanji makan free,

Oh! Krai Utara

Share

BN batal janji makan percuma

Tawaran makanan percuma dua kali sehari dan perlindungan insurans peribadi bernilai sehingga RM27,500 bagi tempoh lima tahun terbatal berikutan kekalahan BN bagi kerusi DUN Kota Laksamana pada pilihan raya umum ke-13. Calon BN kawasan itu Datuk Chiw Tiang Chai, yang menawarkan janji berkenaan dalam aku janjinya, berkata penduduk di DUN itu boleh berjumpa dengan wakil rakyat baharu mereka bagi mendapatkan bantuan."Apa yang saya janji ialah makan percuma, insurans percuma. Semua itu batal sebab saya tak menang, dia (pengundi) dah pilih calon yang dia nak, jumpalah wakil rakyat baharu," katanya kepada pemberita di Melaka.Chiw yang juga Pengerusi PPP Melaka tewas kepada calon DAP Lai Keun Ban dengan majoriti 3,462 undi manakala Lai mendapat 11,969 undi.Beliau berkata kekalahan itu memperlihatkan bahawa kebanyakan pengundi Cina di DUN berkenaan tidak berlaku adil kepada kerajaan BN yang banyak membantu mereka selama ini.Chiw juga sedih dengan kekalahan Pengerusi BN negeri Datuk Seri Mohd Ali Rustam kepada Pengerusi PKR Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin di Parlimen Bukit Katil dengan majoriti 5,447 undi.- Bernama

Read More - BN mansuh akujanji makan free,

Fuhhhhh...akhirnya macai umno ini bertaubat! Terjah!

Oh! Krai Utara

Share Read More - Fuhhhhh...akhirnya macai umno ini bertaubat! Terjah!

UMNO semakin parah, lagi pemimpin umno masuk PAS

Oh! Krai Utara

Share

Kempen hari keempat 23 April - Gempar Haji Ahmad bin Osman mengisytiharkan kemasukannya dalam PAS di hadapan Timbalan Presiden PAS Haji Muhammad Sabu dan disaksikan lebih seribu hadirin di Taman Cempaka pada 23 April yang lalu.Haji Ahmad merupakan pengasas bagi UMNO cawangan Taman Cempaka dan juga bekas ketua cawangan tersebut mengisytihar kemasukan dalam PAS setelah mendapati parti yang selama ini diperjuangkannya tidak lagi mengajak kepada kebaikan hanya lebih kepada kepentingan individu.Gambar 1 - Kad Keahlian Haji Ahmad bin Osman.Gambar 2 - Ceramah sulung Haji Ahmad di pentas Pakatan Rakyat.Gambar 3 - Haji Muhammad Sabu bersama calon PAS N47 Suhaizan Kaiat dan calon DAP N46 Cheo Yee How menyaksikan detik bersejarah tersebut.Gambar 4 - Hadirin yang rata-ratanya penduduk tempatan hadir seramai lebih seribu orang bagi menyaksikan gerak kempen yang diadakan

Read More - UMNO semakin parah, lagi pemimpin umno masuk PAS

PANAS! UMNO selangor pecah belah sehingga 60 cawangan hancur!

Oh! Krai Utara

Share

Maklumat belum sah. Umno Selangor terus menghadapi masalah dan jalan untuk merampas Selangor jadi semakin sukar sekiranya berita ini benar. Katanya terdapat 60 cawangan di seluruh Selangor bersiap sedia untuk dibubarkan dan ahlinya akan menyertai Pakatan Rakyat.Tindakan itu dibuat kerana cawangan Umno berkenaan tidak suka dengan Mohd Zain Abdullah, calon UBN Sepang. Tidak dijelaskan kenapa Mohd Zain menjadi punca kemarahan?Perkara ini diceritakan oleh seorang wartawan akhbar arus perdana 'khulub' kepada saya semasa ditemui di lokasi ceramah Merampas Putrajaya di Presint 19 malam tadi.Menurut wartawan itu ada orang tertentu menghubunginya untuk membuat pendedahan perkara itu di media arus perdana kelmarin tetapi ia tidak dapat dilakukan kerana ada sedikit masalah. "Media arus perdana tidak mungkin akan menyiarkannya," ujarnya.Beliau tidak menyebut siapakah yang menjadi dalang di sebalik protes besar-besaran itu. Apakah kesediaan 60 buah cawanagn itu ekoran penyertaan Muhammad Mohd Taib ke dalam PAS? Muhammad antara pemimpin Umno Selangor yang berpengaruh.Tambah wartawan itu sekiranya media arus perdana enggan menyiarkan kemungkina berita pembuburan 60 cawangan itu Umno itu akan dibuat menerusi blog atau Facebook. [wm.kl. 8:53 am 28/04/13]Posted by mso

Read More - PANAS! UMNO selangor pecah belah sehingga 60 cawangan hancur!

Oh Artis! : Kebaranian Azhar Sulaiman - Rela di panah petir jika mustafa ali dan anuar di fitnah

Oh! Krai Utara

Share Read More - Oh Artis! : Kebaranian Azhar Sulaiman - Rela di panah petir jika mustafa ali dan anuar di fitnah

Empat Warden penjara bunting angkara seorang banduan

Oh! Krai Utara

Share

Baltimore -   Empat wanita yang menjadi wader di penjara di Baltimore, Amerika Syarikat dihamili oleh lelaki yang sama: seorang tahanan! Dua dari keempat wanita itu bahkan memiliki tatoo nama tahanan itu di tubuh mereka.Hal ini terungkap dalam penyiasatan pihak keselamatan setempat atas aksi penyelundupan dadah ke penjara Baltimore City Jail tersebut. Keempat wader tersebut termasuk di antara 25 orang yang menghadapi dakwaan-dakwaan federal.Di antara 25 orang tersebut termasuk 13 wanita yang bekerja sebagai penjaga penjara. Demikian diberitakan CBS Baltimore seperti dilansir CBS News,Jumaat (26/4/2013).Pendakwa AS, Rod Rosenstein mengatakan, ke-25 terdakwa tersebut ikut serta dalam mengelola aktiviti-aktiviti Black Guerilla Family -- geng penjara dan jalanan -- dari balik jeriji besi di Baltimore City.Sebanyak 13 wanita petugas penjara, 7 tahanan dan lima orang lainnya didakwa atas pemerasan, pencucian wang dan kepemilikan dengan niat untuk mendistribusikan. Ke-13 wader tersebut telah diskorsing dan bahkan terancam dipecat segera.Disebutkan bahawa para wader itu membantu anggota-anggota geng Black Guerilla Family (BGF) menyelundupkan telepon genggam, ganja, ubat-ubatan dan rokok ke penjara tersebut. Barang-barang itu kemudian dijual ke para tahanan lain hingga menghasilkan wang ribuan dolar AS."Situasi ini memungkinkan para anggota BGF terus mengelola bisnes kriminal mereka di dalam penjara dan di jalanan Baltimore," cetus Steve Vogt, pejabat FBI.Dalam berkas dakwaan disebutkan, pemimpin BGF, Tavon White yang seorang tahanan, mendapatkan wang US$ 16,000 dalam satu bulan dari barang selundupan tersebut. White juga pernah memberikan hadiah-hadiah untuk tiga dari empat wader yang dihamilinya. Ketiga wader bernama Jennifer Owens, Katera Stevenson dan Chania Brooks tersebut telah menerima sebuah cincin berlian dan kereta mewah.Anggota keselamatan setempat saat ini masih terus melakukan penyiasatan mendalam atas kes memalukan ini.  detikNews

Read More - Empat Warden penjara bunting angkara seorang banduan

Umno cuba fitnah orang pas turunkan banner - provokasi

Oh! Krai Utara

Share

Sebuah lidah memang amat sukar untuk dijaga, pujangga dari berbagai laras aliran pemikiran biasa menyatakan kesilapan organ itu amat menakutkan. Terbukti, lidah yang lembut itu boleh saja melukakan perjalanan kehidupan manusia. Kesilapannya banyak merosakkan tamadun, dan tidak kurang pula kebaikan yang terhasil darinya.

Dalam keadaan paluan gendang perang sudah dibunyikan ini, tambah pula panglima perang sudah di namakan ia amat menuntut kita menjaga lidah dari menghambur kata kata kurang enak. Sementara musuh politik di ingatkan, hal yang demikian wajib di tegur, di pesan kepada jentera perang masing masing supaya ahli parti menjaga kesopanan lidah. Kondisi sekarang, keadaannya tegang. Sebarang  kesilapan lidah amat sukar untuk di kendurkan, diperbaik.

Mengapa hal ini gua singgung, jelasnya telah sampai ke telinga gua khabar yg kurang senang untuk di dengari dari pihak musuh yg kurang pandai menjaga organ lembut itu, bahayanya kesilapan menjaga alat suara yg lembut itu boleh menyebabkan anda di anggap lembu!

Mengapa lembu? Ya memang lembu. Ada pihak dari parti lawan mendendangkan berita bahawa " orang pas menurunkan banner parti mereka di sebuah kampung dalam dun mengkebang, k.krai". Gua, terkejut. Berputar dalam otak gua siapa sebenar yg punya angkara. Ini kes panas, boleh membuat huru hara, paling komang pun tuduh menuduh sehingga masam muka. Tapi gua yakin anak didik tuk guru tiada upaya melakukan kerja bodoh sampai setara itu. Mereka cerdik! Walau gua segera sedia maklum, orang pas di situ walaupun kurang jumlahnya, tetapi bersikap orang gedebe!.

Terus mencari bukti, gua bertanya abang kawasan abang kawasan yang kental pasnya, benar dakwaan itu wujud! Dan orang pas bertindak bijak. Bijaknya mereka tak mudah melenting, mereka mencari punca. Mereka siasat!. Akhirnya melalui saksi di ketahui pihak yg menurunkan banner itu ialah pihak berkuasa tempatan yg di gerakkan oleh ejen suruhanjaya pilihan raya atas alasan provokasi. Banner tersebut berunsur provokasi. Selesai.

Akhirnya selesai solat maghrib, bersaksikan gua sendiri ketua cawangan pas telah menyelesaikan isu tersebut dengan cara memberi penjelasan kepada wakil umno cawangan. Inilah beda yg ketara antara  mereka dgn pas, mereka selalu tidak menjaga lisan mereka, tetapi kita perlu bertindak sebaliknya, sebagaimana kita faham - telah jelas yg hak dan yg batil.

Read More - Umno cuba fitnah orang pas turunkan banner - provokasi

MANIFESTO, PR TIRU BN: umno sebijik macam yahudi

Oh! Krai Utara

Share

Dah lama wa mau menulis hal ini, tapi macam tadak kesempatan saja. Maklum, kita dalam situasi perang, kita seluruh malayasia berada dalam kondisi red alert, bukan lagi zon hijau. Kena sedia pos, naik banner, pasang flags, dan banyak lagi urusan parti, baek yang terang atau yang terpaksa buat secara sembunyi. Tahun ni banyak amanah kena pikul, i'allah wa akan buat yg terbaik untuk pakatan rakyat sehingga kita betul d jadikan rakyat, bukannya kita ni kuli batak!.

Sikit masa lalu ada akhbar yg siarkan umno menyatakan pembangkang, merujuk pada pakatan rakyat meniru manifesto barisan nasional. Wa sikit tak terasa heran dgn kenyataan sedemikian yang pada pandangan kita semua macam macam ada. Ada yg sinis, ada yang senyum sinis, ada yg ketawa, ada yg rasa bodoh....dan ada yg rasa megah, dan siap ulas dengan kaki "tulah cakap memang bn ni bijak!"....dan kita dah tau dia memang bodoh sombong serta kelas takde fesbook, kalau ade pon jenis cerdik xleh nak tumpang!

Macam telah kita tau " sesungghnya yang haq dan yg batil itu telah jelas".  Jelas sekali umno ni terpesong, dan suka pulak memesongkan orang. Umno bukan tak tau yg buat keluar manifesto tu pakatan dulu, dia keluar kemudian. Tapi, tup tup dia yg boleh cakap kita tiru dia....pelik betul?.

Sungguh, benda cam ni bukan pelik kerana quran telah mengisahkan suatu perstiwa. Di zaman nabi dulu, bila saja orang yahudi mendapat tahu muhammad membawa dan mendakwa risalah, islam yg di ajarkan itu adalah ajaran yang sealiran dengan ajaran nabi ibrahim maka datang dakwaan mereka bahawa muhammad patut ikut yahudi! Kerana ibrahim itu yahudi.

Bagaimanapun dakwaan yahudi segera di sanggah nasrani, nasrani menempelak yahudi dan menyatakan ibrahim adalah nasrani, tidak yahudi serta muhammad patut bersama nasrani!. Setelah itu bising satu madinah dengan segenap kedai kopi, kaki lima atas mesjid dengan perdebatan ibrahim itu nasranikah atau yahudi. 

Maka tuhan yg maha pemurah telah menyampaikan wahyu dalam al quran, allah menegur kedua dua nasrani dan yahudi yang sedang mutar ligat berhujjah ibrahim adalah hak masing2.

Dapat kita fahami, allah berkata wahai yahudi dan nasrani, sungguh kamu yahudi dan nasrani suka berbalah ada brnda yang kamu tak faham, tak tahu. Patutnya, berhujjah, berdebat pada benda yang kamu faham, barulah lojik hujjah kamu. Sedangkan kamu patut tahu, ibrahim itu telah mati beratus tahun barulah tiba israel, bapa kaum yahudi. Maa atas lojik mana yahudi mengaku demikian, seperti juga nasrani, isa ibnu maryam lahir kemudian maka tidak tepatlah ibrahim itu agamanya nasrani! Maka kamu telah belawak besar!

Umno pun patut tahu, manifesto mereka telah datang kemudian maka atas alasan yang mana sekalipun tidak patut meteka mendakwa pakatan rakyat telah meniru mereka! Seperti budak budak tidak cukup akallah kalau mereka tetap dengan hujjah itu, dan budak tidak cukup akal mana boleh di angkat jadi boss untuk jadi penghulu...tambah lagi penghulu negara.

Teruknya, umno tidak sedar perangai mereka itu macam yahudi!

Read More - MANIFESTO, PR TIRU BN: umno sebijik macam yahudi

Bekas imam maut excident langgar babi sebaik pulang dari ceramah bn

Oh! Krai Utara

Share Read More - Bekas imam maut excident langgar babi sebaik pulang dari ceramah bn

OH! G2: 5 calon BN cuba tipu najib razak

Oh! Krai Utara

Share

Pendedahan terbaru yang diterima mengejutkan.Pengarah Strategi Pilihanraya DAP, Dr Ong Kian Ming mendedahkan lima calon parlimen dan DUN Barisan Nasional (BN) dikesan menggunakan ijazah palsu bagi tujuan mempengaruhi Pengerusi BN, Najib Altantuya untuk bertanding.Ternyata program transformasi Najib Altantuya yang mencanangkan calon yang dipilih adalah berdasarkan kemampuan individu termasuk mempunyai kelulusan akademik yang tinggi cuma sandiwara semata-mata.Kian Ming mendedahkan kelima-lima nama calon BN yang diletakkan untuk bertanding di kerusi parlimen dan DUN untuk BN Selangor dalam satu kenyataan media sebentar tadi.Kelima-lima mereka yang dimaksudkan adalah;1) P 103 Puchong - A Kohilan Pillay (Gerakan)2) P 110 Klang - Teh Kim Poo (MCA)3) N 33 Taman Medan - Ab Wahab Ibrahim (Umno)4) N 47 Pandamaran - Ching Eu Boon (MCA)5) N 25 Kajang - Lee Ban Seng (MCA)Menurut Kian Ming, kelima-lima mereka ini tidak mempunyai ijazah yang sah yang dikeluarkan dari universiti yang diiktiraf oleh kerajaan.A Kohilan Pillay yang akan bertanding menentang calon Pakatan Rakyat, Gobind Singh Deo rupanya menerima ijazah sarjana (Master) dalam bidang Commercial and Industrial Economy (sic) dari Pacific Western University di Amerika Syarikat yang disenaraikan sebagai universiti dianggap kilang ijazah palsu (mill degree).Bagi Teh Kim Poo pula, walaupun menjawat jawatan sebagai pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), rupanya sijil kedoktoran (PhD) dalam bidang pentadbiran perniagaan dari New Port University juga di Amerika Syarikat juga diragui status kesahihannya.Ini kerana menurut bekas ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, pada 2006, universiti berkenaan juga merupakan universiti yang mengeluarkan kilang ijazah palsu seperti yang disiarkan di dalam akhbar The Star pada 2009.Universiti ini jugalah yang mengeluarkan PhD yang diragui kepada BEKAS menteri besar Pelis, Md Isa Sabu pada 2007.Sementara calon BN bagi kerusi DUN Taman Medan, Ab Wahab Ibrahim, yang mendakwa mendapat PhD dalam bidang perkhidmatan awam dari Universiti Antarabangsa Ireland juga diragui kesahihannya.Stesen penyiaran British BBC melaporkan universiti itu mengeluarkan ijazah palsu kerana melanggar peraturan operasi universiti pada 2008.Tidak ketinggalan juga, penggerak syarikat jualan langsung CNI iaitu Ching Eu Boon juga terpalit dengan penipuan ini.Kian Ming dalam siasatannya mendakwa ijazah PhD dalam bidang rangkaian perniagaan (network marketing) dari Universiti Antarabangsa St George dari Amerika Syarikat juga dikesan mengeluarkan kilang ijazah palsu.Bagi calon BN Kajang, Kian Ming mendakwa Lee Ban Seng yang mendapat ijazah pertama dari Universiti Rutherford (dahulu dikenali dengan nama Senior University International and Stratford International University) juga tergolong dalam kategori yang sama.Jika kesemua mereka yang disenaraikan BN untuk dicalonkan bagi menentang calon Pakatan Rakyat, ini bakal membawa padah terhadap sistem dan kepercayaan wakil rakyat sekaligus imej negara di peringkat antarabangsa seperti Kohilan yang merupakan BEKAS timbalan menteri luar terjejas.Kian Ming juga mencabar kesemua nama yang disenaraikan ini untuk membuktikan bahawa siasatannya tidak benar dan menyeru rakyat supaya menolak calon BN yang menggunakan ijazah palsu semata-mata untuk menjadi terkenal dan mengaut kekayaan untuk diri dan keluarga.JALAN PULANG

Read More - OH! G2: 5 calon BN cuba tipu najib razak

FUCTA! GADIS remaja cacat mental di bunuh selepas gagal di rogol

Oh! Krai Utara

Share

  Seoul - Seorang remaja lelaki di Incheon, Korea Selatan (Korsel) ditangkap polis  setempat kerana membunuh seorang gadis remaja yang memiliki cacat mental. Pembunuhan ini dilakukan setelah remaja berusia 16 tahun ini gagal memperkosamangsa .Menurut polis , seperti dilansir Asia One, Jumat (12/4/2013), korban masih berusia 12 tahun. Pelaku yang masih duduk di bangku sekolah menengah ini, menculik mangsa ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah pada Rabu (10/4) kelmarin.Oleh pelaku, mangsa dibawa ke sebuah bangunan dan kemudian berusaha memperkosanya. Usahaa pemerkosaan gagal. Pelaku kemudian memujuk mangsa bermain di lapangan dekat lokasi kejadian dan berdalih mengajaknya bermain.Namun rupanya, pelaku sudah mempersiapkan sebuah lubang di tanah dengan menggunakan sekop kecil yang dibawanya. Pelaku meminta mangsa untuk berbaring di dalam lubang tersebut dan kemudian mencekiknya hingga mati dengan menutup wajah korban dengan beg.Kepada polis , remaja  tersebut mengaku dia membunuh mangsa kerana mangsa berbicara tidak sopan kepadanya ketika bermain bersama."Pelaku menderita gangguan maniak (bipolar) dan gangguan emosi yang sering membuatnya berperilaku agresif," jelas seorang detektif yang menangani kes ini.Menurut detektif tersebut, keduanya sempat satu kelas dalam pendidikan murid-murid penyandang cacat fisikal dan mental pada tahun-tahun sekolah rendah.Penyiasatan pegawai keselamatan   setempat bermula ketika orangtua mangsa melapor pada Rabu (10/4) malam. Aparat kemudian melakukan penyiasatan dengan menganalisa rakaman CCTV  dekat sekolah mangsa

Read More - FUCTA! GADIS remaja cacat mental di bunuh selepas gagal di rogol

UMNO! Fuckta: UMNO bakal balik awal....jika penyokong jenis ini terus bertambah dalam program mereka

Oh! Krai Utara

Share

UMNO dah makin tenat bai, sehingga hari ini boleh dikatakan hampir setiap program yang di adakan memang mendapat sambutan yang amat galak dari peminat setia mereka! Lu tau x bai, hampir penuh khemah dengan penyokong mereka yg terdiri dari kerusi plastik!

Dan hasil kaji selidik ini akan terus menambah penyokong mereka itu.....

Read More - UMNO! Fuckta: UMNO bakal balik awal....jika penyokong jenis ini terus bertambah dalam program mereka

Orang Asli pun mau lawan BN

Oh! Krai Utara

Share

Malaysiakini Apr 11 2013 

Kumpulan masyarakat Orang Asli, yang dianggap sebagai deposit tetap BN sejak sekian lama, dijangka akan mengetengahkan beberapa orang wakil sebagai calon mereka untuk bertanding dalam pilihan raya umum 5 Mei.Naib presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia Simpan Suda ketika dihubungi Malaysiakini berkata, antara kawasan yang menjadi tumpuan kali ini adalah kawasan parlimen Rompin dan Bera di Pahang serta Tapah di Perak.Menurutnya, antara nama yang disebut-sebut sebagai calon adalah peguam dan aktivis Amani Williams-Hunt @ Bah Tony dan seorang lagi adalah timbalan pengerusi biro Felda dan Orang Asal PKR, Bob Manolan Mohamad.Menurutnya, Bah Tony disebut-sebut sebagai calon parlimen Tapah manakala Bob Manolan, yang juga seorang timbalan ketua cabang PKR, untuk kawasan dalam parlimen Bera.Kedua-dua kawasan parlimen itu dikuasai orang kuat BN dalam pilihan raya 2008 – kerusi Tapah disandang Datuk M Saravanan dari MIC dan Bera oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dari Umno.Simpan yang pernah berkhidmat dua kali sebagai pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli pula berkata beliau sendiri bersedia untuk menjadi calon parlimen Rompin bagi merebut undi dari kira-kira 14,000 pengundi Orang Asli di kawasan itu.Orang kepercayaan pengerusi BN, Datuk Seri Dr Jamaluddin Mohd Jarjis mengekalkan kerusi parlimen Rompin dalam pilihan raya 2008 dengan majoriti lebih 10,500 undi.Mengulas lanjut, Simpan bagaimanapun berkata, calon untuk kawasan parlimen Rompin hanya akan diputuskan dalam pertemuan bersama 28 orang Tok Batin minggu depan – beberapa hari sebelum tarikh penamaan calon 20 April, katanya.Menurutnya, mesyuarat itu juga akan menentukan sama ada wakil masyarakat Orang Asli itu akan menyokong calon Umno atau Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang."(Pada)18 hari bulan esok barulah tahu siapa (calon) ke mana, (sokong) sebelah mana, itu tak tahu lagi," katanya kepada Malaysiakini.Meski sokongan berkenaan masih belum jelas, calon dari kalangan Orang Asli itu dijangka akan menjejaskan majoriti BN sekiranya mereka benar-benar akan bertanding.Ditanya mengenai kecenderungannya sendiri, Simpan juga tidak mahu menyebut perkara itu dengan nyata."Saya ini nak kata (sokong) Umno ke parti mana tak tahu. Tapi (ketua umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim datang ke rumah saya di Port Dickson (di Kampung Sunggala)," katanya sambil tertawa.Kemunculan lebih ramai calon dari masyarakat Orang Asli ini dijangka akan meningkatkan tumpuan mereka untuk membawa isu yang membelenggu komuniti masing-masing – khususnya tuntutan berkaitan hak dan pemilikan tanah.Kumpulan masyarakat Orang Asli setakat ini hanya mendapat seorang wakil di Parlimen – Senator Muhammad Olian Abdullah dari Umno.

Read More - Orang Asli pun mau lawan BN

PR Di ramal menang besar, jika strategi sekarang di teruskan - pengkaji bebas dedah kajian

Oh! Krai Utara

Share

“Mereka kata jika strategi Pakatan seperti yang ada sekarang, kita sekurang-kurangnya akan memenangi 215 kerusi Parlimen,” katanya disambut sorakan gemuruh.Pendedahan itu dibuat depan lebih 5,000 orang dalam ceramah di padang bola di Jalan Jujur, Bandar Tun Razak 10 April lalu.Ada 222 kerusi Parlimen di Malaysia dan kajian itu – jika benar – menunjukkan Pakatan memiliki majoriti dua pertiga, sekaligus membentuk sebuah kerajaan yang kuat.Tanpa menyebut identiti kumpulan yang melakukan kajian berkenaan, Khalid berkata, penyelidikan dibuat melalui tiga peringkat iaitu antaranya Jun dan Disember tahun lalu dan Mac 2013.“Kajian menunjukkan peningkatan. Dan saya rasa ini cabaran kita sekarang bagaimana kita hendak tumpukan supaya kita capai kemenangan yang kita perjuangkan dalam reformasi semasa berbelas-belas tahun.“Saya yakin reformasi ini akan lahir semula dan dilaksanakan seperti cita-cita kita. Jadi, angka-angka itu menunjukkan peluang kita untuk menang, nampak jelas,” katanya.(FZL)Short URL: http://www.keadilandaily.com/

Read More - PR Di ramal menang besar, jika strategi sekarang di teruskan - pengkaji bebas dedah kajian

Tau xpe! Muhyidin ingatkan balacinya kehebatan pakatan rakyat

Oh! Krai Utara

Share

Lawan Pakatan bukan kerja mudah, kata Muhyiddin

Oleh Mohd Farhan DarwisApril 07, 2013KUALA LUMPUR, 7 April – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, jentera BN tidak seharusnya mengamalkan sikap sambil lewa kerana menewaskan Pakatan Rakyat (PR) bukan tugas mudah memandangkan pembangkang itu jelasnya tidak akan mudah menyerah kalah dalam Pilihan Raya 2013 kali ini.“Kita harus bersiap siaga, kerana tidak mudah pembangkang nak serah kalah,” tegas Muhyiddin memberi peringatan kepada ahli BN ketika merasmikan Command Centre BN Parlimen Batu di sini.Menurut Muhyiddin, pekerja parti seharusnya berusaha keras bagi menarik sokongan pengundi selagi kemenangan belum berada di pihak BN.“Jangan tidur sampai hari akhir. Sampai dah menang, tidurlah sepanjang mana nak tidur ... selagi kemenangan belum ada di tangan kita, kita perlu celik, jangan biarkan musuh menyelinap di kawasan kita sehingga boleh mempengaruhi pengundi,” tegas Muhyiddin di hadapan sekitar 500 jentera BN yang hadir.“Turunlah kita ke setiap kawasan, tanya khabar, masalah mereka, kalau mereka respon, bukan mustahil Batu akan kembali kepada BN,” katanya merujuk kepada kerusi Parlimen yang menjadi milik Chua Tian Chang daripada PKR sejak Pilihan Raya 2008.Muhyiddin yang juga penyandang kerusi Parlimen Pagoh sebelum ini turut berkata, pekerja parti dan jentera BN tidak seharusnya memandang remeh semua perkara kerana pengundi jelasnya adalah “raja” dan boleh menentukan kemenangan BN.“Tapi kita tak boleh anggap segalanya mudah, pengundi adalah penentu, pengundi adalah raja, boleh buat apa sahaja ... mereka boleh buat apa sahaja tanpa alasan, tiada pihak boleh paksa mereka pilih siapa,” katanya.Muhyiddin sebelum itu dalam rangka lawatannya ke Parlimen Batu sempat menghadiri majlis minum petang bersama penduduk Kampung Padang Balang, Sentul.Malah, beliau turut mengingatkan parti komponen BN agar sentiasa mengamalkan sikap muafakat sesama mereka bagi mencapai kemenangan untuk BN.“Saya tahu Batu adalah kawasan pembangunan ... kalau setiap komponen parti berazam kita boleh capai harapan kekal menjadi kerajaan ... komponen parti kena bekerja keras,” katanya lagi.SPR akan bermesyuarat pada Rabu bagi menentukan tarikh penamaan calon dan hari mengundi bagi Pilihan Raya 2013.

Read More - Tau xpe! Muhyidin ingatkan balacinya kehebatan pakatan rakyat

Oh! Akhirnya kita akan kehilangan pulau ke tangan si penjajah....adakah ini khianat anuar!

Oh! Krai Utara

Share

APAKAH NEGARA KITA AKAN KEHILANGAN APAKAH NEGARA KITA AKAN KEHILANGAN 2 BUAH PULAU LAGI YANG TERLETAK DI SEMPADAN NEGARA?. APABILA RAMAI RAKYAT MENANGIS DAN MARAH KEGAGALAN MEMPERTAHANKAN PULAU BATU PUTIH , SAYA DIFAHAMKAN "TAKTIK" TELAH DITUKAR. PENJAJAHAN EKONOMI DAN KAWALAN KUASA MELALUI "PERJANJIAN KONTRAK" MULA DILAKSANAKAN UNTUK MENGELAKKAN RAKYAT MARAH DAN "BISING".JIKA PULAU TERLEPAS SEPERTI BATU PUTIH LAGI PASTI RAMAI YANG "PANAS" JADI JIKA CARA "PENJAJAHAN EKONOMI MUTLAK" DI PULAU-PULAU INI DILAKSANAKAN RAKYAT AKAN TERKELIRU DENGAN "SILAP MATA", YANG MANA SEBENARNYA DALAM ERTI KATA LAIN "KITA HILANG JUGA PULAU-PULAU INI".MANA MARUAH KITA SEBAGAI NEGARA BERDAULAT, JIKA KUASA "MEMERINTAH" DIAMBIL OLEH KUASA-KUASA DI DALAM TERMA-TERMA KONTRAK??? KENAPA KITA LEKA DAN TIDAK BIJAK? ADAKAH DI DALAM HIDUP INI MATLAMAT HANYA DUIT PERLABURAN SAHAJA YANG KITA KEJAR? KEDAULATAN NEGARA DAN MARUAH MALAYSIA ADALAH KEUTAMAAN MENGATASI SEGALA FAKTOR-FAKTOR LAIN.YA ALLAH! SELAMATKAN NEGARAKU MALAYSIA.KERISAUAN SAYA BERTAMBAH KUAT APABILA MENGETAHUI BAHAWA GERAN-GERAN PULAU PISANG DAN PULAU NENAS TELAH DISERAH ATAS KAWALAN ATAU NAMA ORANG YANG MEMPUNYAI "TRACK RECORDS" SANGAT JELAS MEMBANGUNKANNYA DENGAN "ORANG ASING" DAN BUKAN MALAYSIA. SAYA AMAT TAKUT MIMPI NGERI SAYA AKAN JADI KENYATAAN DAN BERHARAP PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG MENDAPAT KUASA DI PRU 13, MEMBUAT PEMANTAUAN DAN SIASATAN MENDALAM AGAR TIADA MANA-MANA PIHAK, SECARA" SENGAJA" ATAU "TERSENGAJA" ATAU "BUAT-BUAT TERSILAP" DI DALAM DOKUMEN TERTENTU HINGGA KITA AKAN KEHILANGAN WILAYAH KEDAULATAN KITA LAGI SEPERTI YANG TELAH BERLAKU KEPADA BATU PUTIH.KEPADA KAWAN-KAWAN YANG ADA DI JOHOR CUBA BANTU BUAT CARIAN TANAH BAGI HAK MILIK KEDUA-DUA TANAH INI DI ATAS NAMA SIAPA ATAU KAWALAN SIAPA IANYA DI DAFTARKAN??.SAYA PASTI JAWAPANNYA TENTU MENGEJUTKAN.....INILAH SANDIWARA RAKYATSAYA ANAK JATI JOHOR AKAN PERTAHANKAN WILAYAH JOHOR HINGGA KE TITISAN DARAH YANG TERAKHIR!!! ALLAHUAKHBAR! Oleh Kamal Hisham Jaafar.

Read More - Oh! Akhirnya kita akan kehilangan pulau ke tangan si penjajah....adakah ini khianat anuar!

Blogger pro umno merayu khalid samad masuk umno?

Oh! Krai Utara

Share

  Posted by Addin Deen  

GEORGE TOWN - Nasib blogger mesra UMNO, Minda Intelek Melayu (MIM) atau nama sebenarnya Dr Novandri yang didakwa memfitnah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya akan ditentukan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada pagi ini.Khalid yang juga anggota Lajnah Politik Pas Pusat semasa dihubungi awal pagi tadi mengaku bahawa blogger berkenaan merayu untuk menyelesaikan tulisan berunsur fitnah ke atas peribadinya itu di luar kamar mahkamah."Dia nak minta maaf atau tidak berhubung fitnah ke atas diri saya itu biar dalam mahkamah supaya jadi pengajaran bagi blogger Umno yang lain," ujar beliau menerusi telefon.Khalid diwakili oleh peguam Hanipa Maidin, manakala, Dr Novandri sejak awal bicara kes fitnah itu pada tahun lepas gagal mengemukakan peguam bela sehingga dikritik oleh Hakim sendiri.Bicara akhir kes Dr Novandri didakwa memfitnah Khalid bermula jam 9 pagi ini. ~fb zainulfaqar

Read More - Blogger pro umno merayu khalid samad masuk umno?

Mamat UMNO Nak bogel kalau pas menang! Berani betul

Oh! Krai Utara

Share

Sumber:
http://naimnikmat.blogspot.com/2013/04/mamat-ni-nak-bogel-kalau-pas-menang.html

Read More - Mamat UMNO Nak bogel kalau pas menang! Berani betul

Ku li, tiada dalam senarai calon umno.....? Biar betoi

Oh! Krai Utara

Share

Dalam menghadapi Pilihan Raya Umum dengan tekad untuk menamatkan kuasa Umno Barisan Nasional (BN), yang ramai ialah orang-orang seperti saya — orang-orang yang tidak hebat, tidak berbakat dan tak pernah lelah memendam hasrat untuk menghambat Umno BN yang jahat.Namun, sebodoh mana pun orang-orang yang mudah dipersetankan seperti saya, kamilah yang paling memerlukan negara ini. Kami tak ada pelajaran dan tak ada wang yang memungkinkan kami membawa anak isteri kami berhijrah ke tempat lain. Sebab itulah, kamilah yang lebih memerlukan negara ini ditadbir dengan lebih baik, kalaupun tidak terbaik.Kerana kita yang dhaif dan lemah inilah yang lebih memerlukan negara ini, marilah kita yang tidak hebat ini buat apa yang dapat. Kita buat apa yang termampu untuk memastikan negara kita merdeka dari cengkaman Umno BN.Bercakap fasal pilihan raya, berlegar khabar bahawa Tengku Razaleigh Hamzah tidak ada dalam senarai calon Umno BN. Mungkin auta. Tapi, boleh jadi benar.Bila tersiar khabar Ku Li tak ada dalam senarai Umno BN, seorang kawan berharap agar tidak ada pemimpin PAS yang gatal hendak mengusung Ku Li sebagai calon Perdana Menteri pula. Semua itu hanya mengundang pecah belah yang akhirnya menguntungkan Umno BN.Tolonglah hentikan kelaku jahat kencing atas kepala rakyat.penarikbeca15.blogspot.com

Read More - Ku li, tiada dalam senarai calon umno.....? Biar betoi

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...