Penyokong umno berpaling tadah!

Oh! Krai Utara

Share

Jangan tidak percaya...Penyokong tegar UMNO/BN sanggup pasang bendera PKR/DAP/PAS secara sukarela.Ini dinamakan apabila rakyat cerdik dia akan bangkit dan UMNO pasti sakit!!!!!Para pemimpin UMNO kalau nampak ni boleh pitam pengsan.Siapa sangka kejadian ajaib tapi benar ini boleh berlaku ketika tarikh pembuangan undi PRU 13 semakin hampir tiba.BERI DUIT REMBAT... BERI KAIN PELIKAT PAKAI... BERI GULA KACAU... BERI BERAS TANAK...UNDI TETAP KEPADA PAKATAN RAKYAT

Read More - Penyokong umno berpaling tadah!

Cerita baru.....tuyup

Oh! Krai Utara

Share

Read More - Cerita baru.....tuyup

Ceramah anak dihalang

Oh! Krai Utara

Share

Ceramah Anak disekat lagi! Kali ini disekat di pintu masuk Felda Teloi Timur. OCPD Sik, DSP Ismail Ibrahim dan lebih 30 orang anggota polis gagal menyuraikan samseng jalanan yang membuat benteng menghalang saya dan hampir 500 orang dari kawasan berhampiran untuk masuk ke tapak ceramah.Adalah sangat memalukan, samseng ini bermaharajalela dan hanya diperhatikan pihak polis. Sedihnya, OCPD dan anggotanya hanya bertindak mengawal lalu lintas bukan menghalau samseng jalanan!Sekali lagi hak bersuara dinafikan. Saya kesian tengok peneroka Felda Teloi Timur. Tanam semula dah 3 tahun tak siap, hutang sara hidup bertimbun, kami datang nak membantu, disekat pula. Pengkhianat yang merompak harta peneroka seperti Isa Samad disanjung, manakala Anak dan Pakatan Rakyat yg membela dan mempertahankan hak peneroka dihalang dari menyampaikan maklumat. Saya dan Sanusi, Ketua Penerangan PAS Negeri Kedah sempat berucap atas Hilux sebelum membuat laporan polis di IPD Sik. Alhamdulillah, walaupun ahli PAS dari Sik dan Baling yang datang lebih ramai dari samseng jalanan tajaan Umno; kami tetap sabar.Kita tinggal beberapa bulan sahaja lagi menawan Putrajaya. Kalau hampir 5 tahun boleh bersabar dengan berbagai ujian dan provokasi Umno, takkan tinggal 2 hingga 3 bulan tidak boleh menahan sabar. Berundur bukan bererti kalah, tapi berpandangan jauh dengan agenda lebih besar setelah menguasai Putrajaya!Simpati dari warga Felda akan diperolehi. Gelagat samseng jalanan dirakam. Sebagaimana di Felda Sungai Tengi, laman sosial dan media baru menunjukkan aksi-aksi hodoh para samseng ini.Manusia yang waras tak akan menyokong samseng jalanan ini.Sesungguhnya, kita bukan jadi kuda tunggangan DAP; tapi samseng jalanan ini sedia diperalat oleh Ahmad Maslan, Isa Samad dan Faizoull Ahmad!Pemimpin Umno seronok beri arahan, dok dalam bilik aircond; peneroka dan generasi 2/3 jadi korban.Kesian sungguh.... (http://gayapeneroka.blogspot.com)

Read More - Ceramah anak dihalang

Oh Artis!: Lagi, Artis terkenal muncul di ceramah Pakatan, bimbangkan UMNO.

Oh! Krai Utara

Share

Posted by Addin Deen  
Khalid Ismath (bertopi) bersama pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu ~ Ahmad Busu (bertongkat).Kepada peminat-peminat sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu pasti kenal kepada watak Mat Deris yang dilakonkan oleh Ahmad Busu.Sejak beliau diserang strok pada tahun 2009, beliau semakin uzur dan kurang muncul di kaca TV.Kali terakhir berita beliau ada di khabarkan 'dekat' dengan PAS pada sekitar tahun 2011 apabila hadir dalam sebuah program ceramah Pas sempena forum Maal Hijrah di Markaz Pas Seksyen 18, Shah Alam. Bob Lokman ketika itu menjadi ahli panel dalam program yang bertajuk 'Apa Salah Kami' bersama Profesor Dr Aziz Bari pakar perlembagaan Malaysia yang ketika itu masih lagi menjadi pensyarah UIA.Bagaimanapun Ahmad Busu tidak berucap di dalam forum tersebut dan sekadar hadir sebagai hadirin dalam majlis tersebut. Bob Lokman ketika menyampaikan ucapan ketika itu sempat mempelawa Ahmad Busu untuk bersama-samanya menyertai PAS. Bob Lokman juga meminta ahli PAS yang hadir supaya menghulurkan borang keahlian PAS kepada Ahmad Busu.Ahmad Busu ketika hadir mendengar sebuah forum anjuran PAS sekitar 2011.Namun selepas program itu, tiada khabar berita akan kehadiran Ahmad Busu di dalam program-program PAS mahu pun Pakatan Rakyat. Barangkali juga beliau ada hadir sebagai hadirin namun tidak dapat dikesan orang ramai.Bagaimanapun, malam semalam Ahmad Busu yang kelihatan uzur dan bertongkat berjaya menarik perhatian ramai apabila muncul ke program Ceramah Perdana PRU 13 di Seri Andalas. Khalid Ismath sempat merakamkan gambar bersama-sama Ahmad Busu sebaik selesai program.Mungkin ada yang berpendapat, kehadiran beliau ke program-program seperti ini bukanlah bermakna Ahmad Busu itu PENYOKONG PR dan BENCIKAN UMNO. Betul sekali pendapat itu.Namun setidak-tidaknya, kecekalan Ahmad Busu yang menggagahkan diri hadir ke program-program seperti ini, walaupun di dalam keuzuran memberikan isyarat kepada bahawa 'sumber maklumat' dari TV tidak sepatutnya ditelan bulat-bulat, tetapi harus diseimbangkan dengan ruang maklumat/jawapan balas daripada pihak lain. Ini secara tidak langsung mengurangkan virus 'dungu' dan 'tolol' kepada rakyat Malaysia apabila masing-masing berupaya membuat penilaian yang bijak selepas mendapat maklumat daripada kedua-dua belah pihak.Apapun kepada Ahmad Busu, TAHNIAH!.~mindarakyat

Read More - Oh Artis!: Lagi, Artis terkenal muncul di ceramah Pakatan, bimbangkan UMNO.

UMNO Bahagian Pasir Gudang tutup kedai, gulung tikarlah jawabnya

Oh! Krai Utara

Share

Ketua UMNO Bahagian arah tutup bilik gerakan UMNO sebab marah pada MB

Sinar harian
PASIR GUDANG - Sebahagian besar bilik gerakan Umno cawangan di sembilan kampung setinggan, dekat sini ditutup tanpa sebarang aktiviti persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), meskipun tarikh yang ditunggu itu semakin hampir. Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Gudang, Abu Bakar Alibi berkata, pihaknya tidak akan menjalankan sebarang kerja-kerja persediaan PRU13 kerana terlalu kecewa dengan tindakan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang masih gagal menunaikan janji pemberian hak milik tanah kepada penduduk setinggan. Menurutnya, pihaknya juga tidak akan bertanggungjawab dengan tindakan pengundi yang boleh menjejaskan calon Barisan Nasional (BN) pada PRU13, sekiranya janji yang ditaburkan sejak lebih 10 tahun lepas belum dilunaskan.“Apa sahaja tindakan pengundi dan apa sahaja yang bakal berlaku kepada calon BN pada PRU13 nanti, kami selaku Ketua Umno Cawangan tidak akan bertanggungjawab. “Sekarang sudah lima bilik gerakan ditutup, kami difahamkan empat lagi bilik gerakan di kampung setinggan akan menyusul tanpa sebarang persiapan berdepan PRU13,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Senibong, Yacob Sahadan, 68, berkata, isu pemilikan tanah itu diperjuangkan sejak 1999 bersama lebih 400 penduduk, namun masih gagal menemui jalan penyelesaian.Menurutnya, penduduk sehingga kini masih setia menuntut janji yang ditaburkan sejak 13 tahun lalu yang disifatkan sebagai janji tinggal janji. “Masalah setinggan keseluruhannya melibatkan orang Melayu, jadi kami bimbang kekecewaan ini boleh menjejaskan undi Melayu dalam PRU13 nanti. “Kami tak tolak pembangunan yang dirancang kerajaan, tapi tolong jangan sampai pinggirkan penduduk asal yang bersusah-payah meneroka tanah ini selama ini,” katanya. Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Plentong Baru, Mohd Saleh Arsad, 59, pula berkata, kepimpinan utama negara, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sedang rancak menjelajah ke seluruh pelosok kawasan melancarkan janji ditepati, namun malang bagi rakyat di Pasir Gudang yang negerinya kononnya menjadi kubu kuat Umno masih menanti janji yang belum pasti.“Ini perkara yang pernah dijanjikan Menteri Besar, kalau tak janji dan tak keluar dari mulut Menteri Mesar, kita pun tak memandai-mandai nak menuntut. “Kami akan tunggu jawapan Menteri Besar, kalau masih bermain teka-teki, kita rancang akan buat rombongan berjumpa Perdana Menteri dalam masa terdekat,” katanya. Dalam pada itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Seri Makmur, Nordin Kasri, 49, berkata, kekecewaan lebih 400 penduduk kawasannya jelas ketara apabila janji pemberian tanah kurnia baru-baru ini telah ditukarkan kepada tanah tol. Menurutnya, Abdul Ghani berjanji selepas pengurniaan tanah di Kampung Pasir Gudang Baru dan Masai akan menyusul ke Kampung Seri Makmur, namun saat akhir telah ditukar pemberian kepada tanah tol.“Kegembiraan penduduk menunggu janji lebih 10 tahun lepas telah bertukar kecewa kerana tiba-tiba kerajaan nak bagi tanah tol yang bersifat sementara dan boleh diambil kerajaan bila-bila masa sahaja. “Surat rayuan tidak setuju penduduk telah dihantar, kita minta selesaikan perkara ini segera kerana bilik gerakan PRU13 yang hambar ketika ini tidak mustahil akan turut ditutup,” katanya. -

Read More - UMNO Bahagian Pasir Gudang tutup kedai, gulung tikarlah jawabnya

Wow! Kempen: Najib digesa henti guna jabatan kerajaan

Oh! Krai Utara

Share

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta menghentikan segera penggunaan jabatan kerajaan dan separa kerajaan untuk berkempen bagi pihak Umno BN.Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, kini jentera kerajaan itu sedang masuk ke kampung-kampung atas nama agensi masing-masing tapi bertujuan berkempen untuk Umno BN.Antara agensi itu katanya termasuklah Kemas, Jasa, Pejabat Penerangan dan termasuk juga polis cawangan khas."Perkara ini cukup serius. Berkampung di kampung. Dia guna alasan dia pegawai kerajaan. Sbnrnya mereka berkempen."Guna wang rakyat secara besar-besaran, beri bantuan la, kenduri la. Sebenarnya memujuk kempen satu pihak," katanya dalam temubual bersama Harakah dan Harakahdaily kelmarin.Beliau yang juga bekas menteri penerangan berkata, sepatutnya semua jabatan-jabatan kerajaan ini dibebaskan dari kerja-kerja kempen politik, paling kurang dalam tempoh enam bulan sebelum pilihan raya.Katanya, dalam tempoh yang disebut 'countdown' pilihan raya itu, semua jabatan kerajaan perlu bersifat neutral."Tak adil, masuk rumah org kempen sebelah pihak. Sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh pilihan raya, kerja-kerja turun ke bawah itu kena diberhentikan, kalau benar mahu pilihan raya adil dan telus," katanya lagi.Beliau turut mengakui amalan itu juga berlaku pada zamannya dalam kabinet dahulu namun katanya perubahan perlu dilakukan jika benar Najib mahu melakukan transformasi politik."Terlalu ketinggalan zaman dan tak boleh dibenarkan."Benda ini waktu saya jadi menteri pun berlaku. Tapi sekarang kata dah transformasi politik,  zaman pun sekarang dah 2013," tegasnya.Pada masa sama, beliau yang juga Presiden Protem Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya tidak lepas tangan berhubung perkara itu.Katanya SPR perlu memainkan peranan berunding dan menasihati kerajaan menghentikan perkara itu.Beliau juga turut menyeru orang ramai khususnya ahli parti politik membuat laporan polis jika ada pihak yang cuba masuk ke kampung-kampung, berkempen atas nama jabatan kerajaan."Bila semua buat laporan polis sepanjang masa, saya yakin benda ini dapat dikurangkan."Ahli parti jadi mata dan telinga sesuai dengan semangat himpunan kebangkitan rakyat di ibu negara tempoh hari," katanya.

Read More - Wow! Kempen: Najib digesa henti guna jabatan kerajaan

Oh! Hot: Bawani Mengulas Isu Forum UUM

Oh! Krai Utara

Share

GEORGE TOWN, 16 Jan — Video pelajar universiti dicaci kerana menyatakan pandangannya di laman Youtube yang tersebar luas mendedahkan kepada umum bagaimana institut pengajian tinggi awam menggunakan forum untuk “mencuci otak” mahasiswa.Pelajar undang-undang tahun dua Bawani K.S. menyatakan rasa terkejut sekarang kerana dirinya bertukar menjadi wira dalam masa satu malam kerana mempersoalkan ahli panel Sharifah Zohra Jabeen dalam forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 8 Disember.“Sekarang orang ramai akan tahu apa yang berlaku di universiti awam dan bagaimana mereka boleh menganjurkan forum ‘Mahasiswa dalam politik’ dan menggunakannya untuk ‘brainwash’ pelajar dengan memberitahu mereka perhimpunan jalanan adalah salah sambil menunjukkan gambar-gambar pemimpin pembangkang seperti Nurul Izzah dan memberitahu kita agar tidak mencontohi mereka,” kata Bawani kepada The Malaysian Insider.Aktivis sosial berumur 27 tahun lega insiden tersebut tersebar luas kerana beliau berpeluang mendapatkan lebih ramai orang menyertainya untuk memperjuangkan pendidikan percuma bagi semua rakyat Malaysia.Apabila diberitahu beliau digelar sebagai “Ambiga Kecil”, Bawani tertawa dan mengatakan betapa pentingnya rakyat mengetahui keperluan meneruskan perjuangan menuntut hak mereka.Beliau juga berkata Sharifah Zohra tidak perlu meminta maaf kepada dirinya tetapi berhutang maaf kepada semua pelajar dalam forum tersebut.“Beliau telah perkecilkan semua pelajar dan memperkecilkan kita semua,” kata pelajar tersebut yang juga merupakan seorang ahli Parti Sosialis Malaysia dan organisasi Jaringan Rakyat Tertindas.Walaupun tidak kecewa kerana dicaci secara terbuka, Bawani masih kesal tentang bagaimana keseluruhan forum dianjurkan untuk menjadikan pelajar universiti menentang perhimpunan Bersih dan perhimpunan jalanan untuk memperjuangkan hak rakyat.“Dalam kebanyakan forum, mereka menunjukkan klip video perhimpunan dan gambar-gambar wanita yang terlibat dalam perhimpunan dan kemudian memberitahu pelajar-pelajar ini bagaimana wanita perlu bertindak atau berkelakuan dan tindakan tersebut adalah salah,” katanya menceritakan ketika dihubungi.Beliau juga menyatakan rasa terkejutnya Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menghubungi beliau berhubung kejadian itu.“Dia memberitahu saya dia menyokong saya dan saya menjawab pemimpin NGO seperti Sharifah tidak harus dibenarkan untuk menganjurkan apa-apa forum yang berat sebelah dalam universiti awam,” katanya.Bawani berkata adalah lebih adil untuk mempunyai satu forum di mana kedua-dua belah seteru politik hadir membahaskan secara terbuka pandangan yang berbeza mereka mengenai isu-isu.Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pengguna internet dan pelajar kerana menyokong beliau dan menggesa mereka untuk menggunakan ini untuk meneruskan perjuangan untuk hak-hak mereka sendiri.“Marilah berjuang bersama-sama untuk pendidikan percuma bagi semua rakyat Malaysia,” kata pelajar undang-undang yang sudah mempunyai ijazah pertama dalam bidang psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Mengenai perjuangan beliau untuk pendidikan percuma, Bawani mengkaji isu itu pada tahun 2010 dan merasakan Malaysia sebagai negara pengeluar minyak, mampu untuk menyediakan pendidikan percuma kepada semua pelajar dari tadika hingga ke peringkat tertinggi.Video YouTube yang menunjukkan Sharifah Zohra yang mengetuai organisasi  tidak dikenali Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), mencaci Bawani tersebar luas semalam di laman media sosial.TMI

Read More - Oh! Hot: Bawani Mengulas Isu Forum UUM

GEMPAR!!! Ketua Caw. UMNO minta naikkan banner PR

Oh! Krai Utara

Share

Ust Azam (PAR Endau)TENGAHARI semalam di warong makan tengahari, secara kebetulan bertemu dgn seorang ketua kampung merangkap Ketua Cawangan UMNO dan geng2nya, sembang panjang isu politik dan pilihanraya.Yg menariknya beriya2 dia minta saya naikkan billbord kempen PR dan bendera bulan di area kampungnya, siap cadangkn tempat lagi, depan balairayanya,,,,dia kata di sebabkn billbord PR dn Bendera bulan mcm tulh di kampung,,,,, tu dapat mcm2 projek dr YB Dato',,,, dia kata dah 4 tahun dia mohon balairaya baru tapi tak dipedulikn, klu ustaz naikkn billbord ustaz baru senang kerja saya,,,,rupa2nya nak projek balairaya baru,,,,-selatanonline-

Read More - GEMPAR!!! Ketua Caw. UMNO minta naikkan banner PR

Woooo Kapai Umno dahh nak tenggelam! Muhyidin di minta halau nakhoda lama!

Oh! Krai Utara

Share

Muhyiddin dirayu selamatkan Umno dari tenggelam...?
Harakahdaily,
KUALA LUMPUR: Sumber Harakahdaily di Umno muncul kembali di 2013, kali ini dengan menyatakan bahawa parti terbesar Melayu itu kini amat tertekan dengan dakwaan peniaga permaidani Deepak Jaikishan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.“Kami tidak boleh bersuara dalam isu (dakwaan Deepak). Kami diarahkan tidak boleh berkata apa-apa. Malah semua media pro-kita tidak boleh melaporkan mengenai dakwaan Deepak. Kami tertekan kerana tahu isu ini adalah bom C4 buat Umno di PRU13,” kata sumber itu kepada Harakahdaily hari ini.Sumber yang rapat dengan pemimpin tertinggi Umno berkata, ramai dalam Umno kini memohon Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bertindak menyelamatkan Umno daripada ditenggelamkan oleh Najib dan isterinya.“Masalah ada pada wanita tersebut… yang lelaki itu ok, tapi apa nak buat, mereka suami-isteri. Jadi, kalau nak buang wanita, kena buang yang laki bersama. Kami dok doa Muhyiddin akan bersuara untuk memanggil Najib turun takhta demi survival Umno,” kata beliau.Ditanya samada beliau mempercayai dakwaan Deepak, sumber itu berkata “ada perkara yang boleh dipercayai” terutamanya mengenai bahagian-bahagian mengenai Rosmah.“Tapi kebenaran dalam isu itu bukan lagi pokok yang dibimbangi oleh ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Umno. Mereka bimbang isu ini menjadi bom C4 yang meletup di muka Umno-BN menjelang PRU13 lagi. Sekarang pun dah hangat, walaupun tak lapor, semua sedang mencari-cari buku yang Deepak keluarkan,” katanya lagi.Isnin lepas, buku 'Black Rose 1.0' mula diedarkan kepada umum. Buku setebal 26 muka surat sahaja itu penuh dengan pendedahan.Namun ketika dihubungi Harakahdaily, Deepak enggan mengesahkan beliau yang menulis dan menerbitkan buku itu.Sumber Umno itu seterusnya memberitahu, Umno cuba menutup isu Deepak dengan isu Amanat Haji Hadi yang sedang diperbesarkan dan disensasikan, supaya orang Melayu lebih tertumpu pada isu yang sudah 31 tahun berlalu itu mengenai Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang daripada dakwaan Deepak.“Isu Amanat Hadi ini sengaja dibesarkan – tapi apabila Haji Hadi minta jawab secara live semua kalut, tak tahu nak respon – jawapan berterabur. Tapi mereka akan terus main sehingga Deepak dapat disenyapkan,” kata beliau.Ditanya apakah Umno percaya isu Amanat Hadi ini akan membawa undi pada mereka, sumber itu ketawa – “Ini untuk tutup isu Deepak sahaja, yang lain mereka tak pernah fikir pun.” sambungnya di sini

Read More - Woooo Kapai Umno dahh nak tenggelam! Muhyidin di minta halau nakhoda lama!

Nak jadi nabi? Sila ke sekolah 'Cain and Abel School for Prophet' di israel

Oh! Krai Utara

Share

Di Negeri Zionis itu ada sekolah yang lulusannya bakal mendapat gelar 'nabi'.Sekolah bernama 'Cain and Abel School for Prophet' itu menarik biaya 200 shekel   bagi siapa saja yang berniat memiliki gelar nabi. Gilanya, untuk mendapatkan gelar Nabi, para pelajarnya hanya perlu mengikuti 40 kelas singkat.Sekolah tersebut memberikan sijil kepada siapapun yang dinyatakan lulus. Peraturan di sekolah itu juga tidak ketat.Siswa-siswa di sekolah tersebut boleh masuk kelas hanya mengenakan kaos oblong, memakai gadget selama pelajaran, hingga ada yang membawa gitar masuk ke dalam kelas. Bahkan ada siswa yang tak segan keluar kelas untuk sekadar merokok.Di sekolah ini, para siswa belajar tentang erti mimpi, klasifikasi malaikat, dan misteri roh kudus. Mereka belajar bagaimana membedakan perasaan batin seseorang dari perilaku eksternal dan penampilan.Satu-satunya guru sekolah itu Shmuel Hapartzy percaya, Messias telah datang dan usia penebusan sudah dekat. Ertinya, sekolah itu disiapkan untuk menyambut nabi baru.Anehnya, Hapartzy mengaku tidak menjamin belajar di sekolah tersebut boleh membuat murid-muridnya boleh langsung berinteraksi dengan Tuhan.Hapartzy menjelaskan kurikulum yang dipakai di sekolah tersebut adalah mengikuti sifat-sifat seorang nabi. Sehingga, jika murid-muridnya sudah boleh menguasai kurikulum yang diajarkan, mereka boleh mendapatkan ijazah bergelar nabi."Di masa lalu ada nabi. Tetapi sekarang, di zaman modern, Ketuhanan ada pada semua orang. Kita hanya perlu membuka mata kita untuk itu," kata Hapartzy, seperti dinukil dari AP.Sekolah itu berada di sebuah pusat keagamaan di tempat kumuh di selatan Tel Aviv. Pusat keagamaan itu dikenal tempat yang menampung moral jalanan dibanding mempelajari soal agama. Pusat keagamaan itu mendapat sumbangan dari biaya masuk para murid-murid sekolah nabi.

Read More - Nak jadi nabi? Sila ke sekolah 'Cain and Abel School for Prophet' di israel

6 Tahun Keluarga Ini Tinggal Di Tandas...itu di China, di malaysia bagaimana ya?

Oh! Krai Utara

Share

Rahmat tuhan sebetulnya amat luas, dan bersyukurlah kita semua. Tidak seperti keluarga ini yang terpaksa untuk tinggal di ruangan tandas bagi meneruskan kelangsungan hidup. Benar, walaupun kisah ini berlaku di china, tetapi bagaimana pula kisah mereka yang tidak terbela di negara kita? Masih ada yang tinggal di gubuk buruk walhalnya negara kita di klaim lebih makmur dari negara besar itu. Cuba perhatikan di kejiranan anda, masih ramai yang amat memerlukan. Hinggakan ada yang berpayung panji dacing masih menetap di bawah teduhan gubuk usang sedangkan dialah yang beria ia menegak perjuangan barisan nasional. Tetapi rupanya dia hanyalah orang orang yang tertipu dengan agenda syaitan di kenali...apapun jom terjah!

Berita Aneh - Selama hampir enam tahun seorang lelaki dari Cina, Zeng Lingjun dan keluarganya tinggal di sebuah toilet di kota Shenyang, Wilayah Liaoning. Melalui kisah ini diharapkan boleh menjadi inpirasi bagi anda untuk menjalani hidup dimanapun anda berada.Kisah Zeng bermula di tahun 1999 ketika dia masih berumur 20 tahun yang masuk dalam sekolah penerbangan di provinsi Heilongjiang. Namun keluarganya tidakmampu membayar sebesar 5000 yuan sebagai biaya masuk sekolah untuk awal tahun ajaran baru. Hal tersebut membuat dirinya untuk memutuskan pergi ke Shenyang dengan bermodalkan 50 yuan untuk mencari pekerjaan.Pada tahun 2006 akhirnya dia menikah dan mencari rumah bagi keluarga kecilnya. Kerana sulitnya mencari tempat tinggal di kota metropolitan dengan harga yang tinggi, seorang temannya menyarankan bahawa satu hotel memiliki toilet lelaki yang sudah tidak pernah digunakan dan mungkin saja pemilik hotel mengizinkan Zeng untuk tinggal disana dengan membayar sewa.Setelah bersetuju dengan sewa dengan pemilik hotel, keluarga kecil Zeng pindah ke rumah barunya yang berupa sebuah toilet dengan luas 20 meter persegi. Di rumah tersebut selain bersama isterinya, Zeng kini telah dikurniakan seorang anak laki-laki yang bernama Zeng Dei, yang bererti “beruntung” dan diharapkan dia boleh memberikan keberuntungan kepada keluarganya.

Read More - 6 Tahun Keluarga Ini Tinggal Di Tandas...itu di China, di malaysia bagaimana ya?

PALING HITS: Sambutan poskad ‘Tanya Rosmah’ hangat

Oh! Krai Utara

Share

KUALA LUMPUR : Poskad ‘Tanya Rosmah’ kini diterjemah ke dalam Bahasa Mandarin dan akan diedar ke seluruh negara, kata Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon.“Sambutan kempen poskad sehingga sekarang sangat menggalakk Sambutan poskad ‘Tanya Rosmah’ hangat

KUALA LUMPUR 26 Dis: Poskad ‘Tanya Rosmah’ kini diterjemah ke dalam Bahasa Mandarin dan akan diedar ke seluruh negara, kata Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon.“Sambutan kempen poskad sehingga sekarang sangat menggalakkan. Orang ramai bukan sahaja tanda tangan dengan nama sendiri atas poskad. Malah mereka faham dengan isu dari tiga soalan yang ditanyakan, dan mereka menambah sendiri soalan untuk dijawab Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri.“Ketika edaran dibuat, ramai yang tahu tentang kempen AMK ini. Mereka ketawa dengan cara kreatif ini,” kata Khai Loon kepada Keadilan Daily.Tambahnya, beliau bersama AMK Pulau Pinang turut berkempen dan mengedarkan poskad tersebut di atas Bukit Mertajam, dekat Cheruk To’ Kun sambil membawa replika poskad, Ahad lalu.“Ia juga peluang kita berjumpa masyarakat sambil mengedar risalah ’100 Hari Janji Pakatan Rakyat’ dan mengajak orang ramai turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka 12 Januari depan,” katanya.Dalam pada itu, Khai Loon memberitahu, setiap AMK Cabang dan Negeri telah dihantar kit maklumat kempen edaran poskad ‘Tanya Rosmah’.“Sekarang yang ada ialah dalam Bahasa Melayu dan Mandarin. Tak salah sekiranya mahu diterjemah ke dalam Bahasa Tamil dan Inggeris pula,” kata Khai Loon.Kempen edaran 50,000 poskad kempen ‘Tanya Rosmah’ dilancarkan pada ‘Jelajah Merdeka Rakyat, Suara Anak Muda’ di Dataran Anak Muda, Taman Petaling Utama 21 Disember lalu.Tiga soalan ditujukan kepada Rosmah iaitu; sumpah Najib mengenai perkenalannya dengan Altantuya, peranan Deepak dalam pemalsuan perakuan sumpah PI Bala dan sebab mengapa Rosmah masih berdiam diri-sumber an. Orang ramai bukan sahaja tanda tangan dengan nama sendiri atas poskad. Malah mereka faham dengan isu dari tiga soalan yang ditanyakan, dan mereka menambah sendiri soalan untuk dijawab Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri.“Ketika edaran dibuat, ramai yang tahu tentang kempen AMK ini. Mereka ketawa dengan cara kreatif ini,” kata Khai Loon kepada Keadilan Daily.Tambahnya, beliau bersama AMK Pulau Pinang turut berkempen dan mengedarkan poskad tersebut di atas Bukit Mertajam, dekat Cheruk To’ Kun sambil membawa replika poskad, Ahad lalu.“Ia juga peluang kita berjumpa masyarakat sambil mengedar risalah ’100 Hari Janji Pakatan Rakyat’ dan mengajak orang ramai turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka 12 Januari depan,” katanya.Dalam pada itu, Khai Loon memberitahu, setiap AMK Cabang dan Negeri telah dihantar kit maklumat kempen edaran poskad ‘Tanya Rosmah’.“Sekarang yang ada ialah dalam Bahasa Melayu dan Mandarin. Tak salah sekiranya mahu diterjemah ke dalam Bahasa Tamil dan Inggeris pula,” kata Khai Loon.Kempen edaran 50,000 poskad kempen ‘Tanya Rosmah’ dilancarkan pada ‘Jelajah Merdeka Rakyat, Suara Anak Muda’ di Dataran Anak Muda, Taman Petaling Utama 21 Disember lalu.Tiga soalan ditujukan kepada Rosmah iaitu; sumpah Najib mengenai perkenalannya dengan Altantuya, peranan Deepak dalam pemalsuan perakuan sumpah PI Bala dan sebab mengapa Rosmah masih berdiam diri-sumber

Read More - PALING HITS: Sambutan poskad ‘Tanya Rosmah’ hangat

Mulut Celupar: Pas pertahan Nik Aziz, dakwa Muhyddin 'macam anak kecil' baru kena sikit meracau....

Oh! Krai Utara

Share

sinarharian online
SHAH ALAM - Pemimpin kanan Pas mempertahankan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil menyifatkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, yang melabel Mursyidul Am Pas bermulut celupar, sebagai "anak kecil yang menangis apabila dipukul."Sehubungan itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, sebagai seorang pemimpin tertinggi negara, Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno tidak perlu bertindak seperti anak kecil apabila dipukul terus menangis.Menurutnya, Muhyiddin seharusnya menggunakan kebijaksanaan apabila mengeluarkan kenyataan balas membidas Nik Aziz."Seharusnya Muhyiddin menjawab apa yang dikatakan oleh Nik Aziz secara "gentlemen.""Bukan menjadi seperti anak kecil, apabila dipukul sedikit terus menangis."Umno kena balas balik dengan hujah-hujah (yang bernas) untuk nafikan apa yang dikatakan Nik Aziz jika tak betul, bukan menangis," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.Semalam, Muhyiddin menyifatkan Nik Abdul Aziz sebagai bermulut celupar dan suka membuat fatwa sendiri apabila mengatakan orang Melayu yang menyokong Umno sebagai mungkar.Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional berkata, kenyataan itu adalah rentetan fatwa songsang pemimpin Pas itu setiap kali menjelang pilihan raya umum."Itu satu lagi bukti Nik Aziz mengeluarkan faktwa yang tidak mengikut hukum bila dia sebut kumpulan orang yang mungkar ini kafir, orang Umno ini Firaun dan macam-macam lagi zalim dan sebagainya," katanya.Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Umno perlu bertindak dengan betul apabila ditegur oleh  Nik Aziz.Tuan Ibrahim berkata, Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan bukan celupar, sebaliknya itu reaksi spontan beliau apabila melihat keadaan Umno yang semakin menyimpang daripada landasan sebenar."Yang penting bukan pada siapa yang mengeluarkan kenyataan, tapi kenapa Nik Aziz cakap begitu."Umno kena lihat itu sebagai teguran dan memperbaiki keadaan."Memang kita nafikan tindakan Nik Aziz itu bukan celupar, tetapi memberi reaksi spontan terhadap keadaan Umno yang semakin terkeluar daripada ajaran Islam," katanya yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang.

Read More - Mulut Celupar: Pas pertahan Nik Aziz, dakwa Muhyddin 'macam anak kecil' baru kena sikit meracau....

Siapa Superbillionaire Buatan Malaysia! : Orang yang miliki kekayaan berpuluh kali ganda dari ananda krishnan di jumpai!

Oh! Krai Utara

Share

BEKAS PERDANA MENTERI MENANGI TEMPAT KEDUA SENARAI INDIVIDU BEKAS KETUA NEGARA TERKAYA DI DUNIA!   Sejuta penghargaan kepada Tun Mahathir kerana berjaya menjadi antara manusia paling kaya bagi kategori bekas ketua negara@ pemimpin negara. Kami rakyat merasa sungguh terharu dan tertanya tanya mengapa hal ini baru di ketahui kini dan tidak di war warkan seumpama pencapaian lain yang di capai oleh rakyat Malaysia! Hal yang baik begini patut di bisingkan agar menjadi contoh ikutan supaya ramai lagi rakyat atau pemimpin menyedari akan kejayaan negara kita dalam melahirkan superbillionaire! Dari kalangan bekas bekas pimpinan kerajaan barisan nasional.   Kami, rakyat juga menyeru agar mantan perdana menteri menulis sebuah buku yang di dalamnya nanti boleh beliau terangkan kaedah kaedah untuk menjadi seorang "superbillionaire". Kami juga seperti ramai pemimpin barisan nasional yang lain teringin sangat hendak mengetahui teknik teknik yang telah beliau gunapakai sehingga begitu berjaya! Kami pasti buku tersebut akan menjadi produk yang amat bernilai untuk di miliki...walaupun oleh seorang yang tidak berminat untuk membaca pun.Tajuk? Tiada satu pun kebimbangan tentang tajuk yang patut di beri...hatta, jika dibuat tanpa tajuk pun, bahkan jika tajuk nya diletakkan tiga titik pun ia tetap jadi best seller, ya pembeli hanya perlu membaca sinopsisnya saja...terus di ngap! Maklum si tolol mana tak mau jadi manusia kaya!   Atau, sekurang kurangnya mungkin beliau boleh membuat seminar, nantinya dalam seminar tersebut beliau boleh mengadakan penerangan bagaimana beliau semasa pemerintahannya telah melonjakkan negara ke puncak kejayaan dan di samping itu beliau juga secara peribadi juga telah berjaya! Sehingga meraih tempat kedua selepas bekas presiden mesir. Kami rakyat tentu akan merasa sangat teruja, kursus dan seminar ini boleh dianjurkan di seluruh negara, tentu saja kami rakyat akan sanggup membayarnya dengan harga yang mahal...maklum untuk menjadi kaya bukan senang!.   Dan yang paling akhir dan paling membuat kami kagum ialah beliau yang biasanya akan mewar warkan kejayaan yang di capai olehnya dalam melakukan sesuatu projek tiba tiba tidak mengegerkan hal ini, oh baru kami tahu rupanya beliua seorang yang tidak berlagak! Dia seorang yang tidak suka bermegah megah! Walaupun kayanya mengalahkan Yang DiPertuan Agung!. Kami sungguh terharu...

Pssst: Bisingkan di Area2 anda kejayaan ini...atau facebook anda.

Read More - Siapa Superbillionaire Buatan Malaysia! : Orang yang miliki kekayaan berpuluh kali ganda dari ananda krishnan di jumpai!

PANAS! Hamid Taik Cicak dan UMNO TULI, risau,resah UMNO tumbang! UMNO KUALA KRAI AKAN MUSNAH!

Oh! Krai Utara

Share

Kelmarin dulu (empat hari lepas), hujan petang dan lepas semayang fardhu asar gua start keta kancil adik gua ke kedai kampung sebelah, malas nak tunggang motor kapcai buruk gua yang banyak berjasa kat gua tu. Malas nak main hujan, walaupun hujan bukannya lebat mana, dan kedai tu pun tak sampai pun setengah kilo, saje taknak! Kemudiannya, setakat minyak kancil bukan banyak makan duit.

Kat kedai, minum air peket secawan, kena rokok gudang garam sebatang dah okey, puas! Gua tak berbincang lama macam biasa, takde gu lawan borak, yang ada cuma dua, tiga orang warga emas yang biasa lepak kedai untuk sesi petang...tak berapa ngam ngan gua, sekadar layan sepatah dua, dan gua minta izin balik rumah.

Letak keta bawah garaj, gua jalan ke rumah dalam dua tiga langkah gua menapak, tiba tiba gua terperasan ada beberapa patah kata yang mengejutkan gua, seumur gua inilah pertama kali gua dengar! Macam tak percaya, teruja,gua terhenti langkah cuba gua amati apa biji butir yang di bualkan oleh gang UMNO TULI di kedai kopi depan rumah gua!

Terkejut! Rupanya depa dok membincangkan akan apa akan jadi jika UMNO kalah dalam PRU 13 akan datang, terdengar seorang darinya, mengeluh "umh,kalu kito kaloh gak...jadi pembankang doh la kito" dengan wajah berkerut, muka tak ceria. Yang lain nampaknya setuju dengan kata kata beliau, gua tersenyum! Bila perasan gua sedang dok perati perbincangan mereka, tiba2 saja nada percakapan mereka turun, dan gua terus masuk rumah. Dalam rumah gua terus intai siapa siapa mereka untuk kenalpasti ahli mesyuarat kedai kopi itu.

Termenung gua memikir hal itu, mana ada pernah di dengar kerunsingan sebegitu dari daerah kampung gua yang majoriti UMNO! UMNO TULI! maklum bukan takat kampung gua ni yang kebal serangan pakatan, bahkan UPU ini adalah kubu tak terkalahkan milik Umno sejak PRU pertama! Lebih kuat dari tempat2 lain di semenanjung! Gila, maknanya mereka bukan main2 dalam menuturkan kerunsingan mereka, walau sekadar meluahkan di kedai kopi depan rumah gua yang hidup segan mampus tak mau! Maknanya mereka telah mendapat maklumat yang menggentarkan jiwa! Jiwa umno yang akan pupus! Musnah dan hancur dalam PRU akan datang! Sedangkan gua amat arif akan penduduk di sini yang bukan saja malas membaca akhbar pembangkang, paper mereka pun jauh panggang dari api!

Malas membaca, mereka memang manusia tak bermaklumat! Yang mereka tahu tengok berita tv, dengar kata2 pimpinan mereka! Mudah diperbodohkan. Tapi cuba fikir, bagaimana orang yang tidak membaca, tidak bermaklumat dan UMNO TULI tiba tiba cuak akan kelangsungan umno sebagai pemerintah? Maknanya mereka sudah mendapat gambaran serangan pakatan serta perubahan rakyat telah berlaku di pelosok negara! Mereka bimbang! Mereka rasa rapuh!

Pada pendapat gua, ini bererti projek2 yang di jalankan oleh pakatan telah hampir ke seluruh rakyat, ada kesan, berkesan! Impak dari letusan kecil dan besar hasil dari ceramah! Penerangan, kebangkitan yang di tunjukkan lewat himpunan Pas Ganti Umno, Himpunan Kebangkitan Rakyat telah menghunjamkan keris pakatan keseluruh alam malaysia, insya allah.

Gua berasa yakin jika semakin berterusan himpunan kebangkitan di demokan dimana mana! Dan segala isu rakyat di bicarakan! Kita rempuh segala hadangan mereka, kemenangan semakin pasti! Kemenangan itu telah di tunjukkan dengan orang kampung gua yang paling payah merasa risau asakan pakatan...dan paling bangang dalam maklumat politik, tiba tiba sedang rusuh hati,UMNO AKAN TUMBANG!

Read More - PANAS! Hamid Taik Cicak dan UMNO TULI, risau,resah UMNO tumbang! UMNO KUALA KRAI AKAN MUSNAH!

Bini Najib lancar Kapal Perang! : Atas kapasiti mende bini najib lancor kapal? Dok kang Menteri pertahanan bodoo do'oh me lalu, tapi nok wak guane bodooooo!

Oh! Krai Utara

Share

Lu, gua, kita semua dok tau setarang (sepatoh haram) bakpe dan atas kapasiti mende bini yang amat berhormat perdane menteri malaysia Rosmoh Mansur di beri kebenarang untuk merasmikan majlis pelancaran kapal latihan tentera laut diraja malaysia, seperti yang dipersoalkang oleh datuk fauzi, bos kor bekas angkatan tentera. Gua pun setuju, dengan datuk pauzi, lu koya sediri r, doh bendenye...takat bini najib, bini pm...jawatan dalam kerajaan takdok! Bulih die masuk capur urusan kerajaan, gile ape? Kalau jawatan bini pm ni setau gua yang belum kawen ni...kerje die jong beranok benih najib je, bukannya buat keje orang jatang, bukan buat kerje kerajaan. Tapi ni lebih, pandai2 nok masuk urusan orang! Doh kalu mung rase nok jadi pm gok, mu suruh najib letok jawatan....mu ambik calon pulok!

Memang kerje giler! Kalu orang kapong, bini tok ngulu masok capor hal projek agih beras banjir pon dohhh bising, doh guane bini tuk ngulu gile nok jadi tuk ngulu ke, macam bini pengerusi PIBG, mano ade yang gile babi nak rasmi majlis anjuran PIBG! kalu buat jugok SAH2 orang kate die gile....dok kang bodo nok suruh orang cap kite gile. Tapi kalu doh bodo...nok wak guane?

Dan lagi, sepatutnye orang ade jawatan yang sepatutnye saje bulih lancor kapal perang, mane ade ketua polis negaro lancor kapal askor, walaupon die pakat besor jugok. Mane ade ketuo pengaroh kastam lancor majlis tentera, sebab keluor bidang die...doh paham sendiri la! Dok kan title bini perdane menteri hok patutnye jage tepi kain tok laki die bulih pulok nok2 cube berlakon jadi bini agung. Dok kene!

Doh hok jadi menteri pon bengong! Doh tahu bende ni tok kene tempat, dia bui jugok bini najib rasmi kapai. Patut2 atas dasar dio orang cerdik, dok kang menteri pom bodo? Atas jawatan menteri pertahanan die kene bagi tau kat najib, "dokleh gini abg najib, kak moh dok leh, hok bulih agong,permaisuri, dan orang yang berkaitan saje....kalu kak moh nok jugok rasmi, rasmi majlis bini anggoto tentera bulih la sayo ejas, dah nok rasmi jugo, kalu rasmi jugok majlis tu, rakyat napok atas darat kito ni bodooo...abg najik pm, saye menteri...dok kang bodooo gitume lalu".

Tapi memendangkan menteri,bos dia jenis dok ceridik mane berlaku jugok bende bodo! Doh mung tengok mende lagi? Nok jadi bodo macam mereke? Hoh..mapuh gi laa, doh mung sekelian nokjadi bodo, aku tak mboh. Undi la lagi parti orang orang bodoooo...maroh gua kato lu bodo? Doh orang tue2 selalu pesang nok jadi baik, kawang ngan orang baik. Nok jadi kayo kawang ngan orang kaye, nak ceridik kawang ngan orang ceridik kawang ngan orang ceridik....doh bodoooo..doh lah bodoh duduk kawang ngan orang bodoh. Kalu UMNO cerdik dok kan semoh bulih buat bende2 bodoh yang memalukan rakyat di mate dunia....

Read More - Bini Najib lancar Kapal Perang! : Atas kapasiti mende bini najib lancor kapal? Dok kang Menteri pertahanan bodoo do'oh me lalu, tapi nok wak guane bodooooo!

Politik Gila! Biadab! Terdesak! Bendera PKR Dibakar, Budaya Politik Samseng Menular

Oh! Krai Utara

Share

GREENBOC
Palong - Gerak kerja PKR yang sentiasa mendapat tempat di kalangan peneroka dipercayai menjadi punca bendera parti itu yang digantung di simpang masuk Felda Palong 4, 5 & 6, di sini menjadi mangsa khianat.Naib Ketua PKR Cabang Jempol, Rebin Birham berkata, tindakan pihak tidak bertanggungjawab membakar bendera parti itu, Ahad lalu, bukan saja biadab, malah menunjukkan rasa terdesak segelintir pihak yang cemburu melihat parti itu semakin mendapat sokongan."Saya lihat perbuatan ini adalah rentetan daripada rasa tidak puas hati pihak berkenaan terhadap PKR kerana gerak kerja dan segala aktiviti kita mendapat tempat di kalangan peneroka.“Namun, peneroka kini lebih bijak menilai dan memilih parti mana yang mereka nampak lebih baik serta mempunyai masa depan untuk membela nasib peneroka,” katanya yang juga merupakan Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Keadilan.

seterusnya

 SH

Read More - Politik Gila! Biadab! Terdesak! Bendera PKR Dibakar, Budaya Politik Samseng Menular

PECAH PUNGGUNG! Adinda Sultan Pahang, Ahli Parlimen Jerantut Keluar Umno!

Oh! Krai Utara

Share

TERKINI!Ahli parlimen Jerantut, Pahang yang juga merupakan bekas timbalan menteri pengangkutan di era pemerintahan rejim bekas perdana menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar mengisytiharkan dirinya keluar Umno berkuat kuasa semalam.Dalam satu laporan yang dipetik melalui akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai, Tengku Azlan yang merupakan adinda kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pernah mengisyaratkan bahawa dirinya tidak akan bertanding semula mempertahankan kerusi parlimennya kira-kira dua bulan lalu menerusi satu temubual bersama sebuah akhbar berbahasa Melayu ketika itu.Peliknya, tiada satu pun akhbar berbahasa Melayu mahupun Inggeris kawalan rejim Zionis Umno menyiarkan berita yang memalukan Umno Pahang ini.Tengku Azlan merupakan antara veteran Umno negeri yang awal-awal lagi bertindak keluar dari parti reput itu dipercayai tidak berpuas hati dengan kepimpinan perdana menteri, Najib Altantuya yang dianggap gagal memulihkan Umno yang semakin berpecah akibat kelemahan pentadbirannya sendiri.Maklumat ini diperolehi menerusi satu mesej di Twitter milik Naib Presiden KEADILAN yang juga ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang menghantar foto keratan akhbar itu semalam.Siapa yang akan menggantikannya sebagai calon parlimen mewakili BN dalam pilihanraya umum akan datang telah pun dikenal pasti, sehingga tujuh nama disenaraikan antara pemimpin Umno bahagian tersebut.Namun, nama ADUN Pulau Tawar, Ahmad Shukri Ismail (gambar bawah) disebut-sebut bakal diketengahkan menggantikan Tengku Azlan sebagai calon BN dalam pilihanraya umum akan datang tetapi beberapa skandal tempatan yang terpalit ke atas dirinya seperti isu penjualan tanah rizab Melayu di bandar Jerantut kepada takue Cina turut menenggelamkan namanya.Dia juga dikatakan hampir pasti tidak akan dicalonkan semula mempertahankan kerusi DUN Pulau Tawar dan kunun merasakan dia bakal dipilih menjadi calon parlimen menggantikan Tengku Azlan.Selain Ahmad Shukri, seorang lagi pemimpin Umno yang juga ADUN Tahan, Wan Amizan Wan Abdul Rahman yang juga disebut-sebut menggantikan Tengku Azlan nampaknya bakal berputih mata apabila juga terperangkap dalam skandal peribadi dan dipercayai mengancam akan keluar Umno dan menyertai KEADILAN sekiranya tidak dicalonkan semula mempertahankan kerusinya.Tengku Azlan menewaskan Hamzah Jaafar dari PAS dengan majoriti tipis 1,946 undi dalam pilihanraya umum lalu setelah memperolehi 19,543 undi berbanding Hamzah yang memperolehi 17,597 undi.Pada pilihanraya umum 2004, Tengku Azlan menang besar dengan majoriti 8,457 undi menewaskan calon yang sama yang ketika itu cuma memperolehi 12,892 undi.Sehari sebelum hari penamaan calon pada 8 Mac 2008 lalu, satu kejadian tanah mendap berlaku dan Tengku Azlan  telah mengumumkan tidak mahu bertanding lagi sebagai ahli parlimen Jerantut dalam pilihanraya itu dalam satu majlis rasmi parlimen di DUN Damak berhampiran dengan tempat kejadian. Bagaimanapun setelah didesak Abdullah Badawi, akhirnya Tengku Azlan bersetuju juga menjadi calon dan menang dengan majoriti tipis.Namun kali ini Tengku Azlan menolak bulat-bulat walaupun diminta Najib Altantuya dan apabila keinginannya ditolak, maka beliau mengisytiharkan keluar Umno semalam.Dalam satu temubual bersama akhbar tabloid berbahasa Inggeris, The Malay Mail pada Mac lalu, Tengku Azlan sebenarnya bimbang beliau akan kalah sekiranya dicalonkan semula bertanding kerana tidak berpuas hati dengan Najib Altantuya yang mengabaikan kawasan parlimennya sejak mengambil alih jawatan dari Abdullah Badawi pada April 2009.JALAN PULANG

Read More - PECAH PUNGGUNG! Adinda Sultan Pahang, Ahli Parlimen Jerantut Keluar Umno!

Arak dari najis manusia...nak rasa?, gila.

Oh! Krai Utara

Share

Boleh membayangkan minuman beralkohol yang difermentasi dari kotoran manusia? Minuman ini benar-benar ada di Korea! Meski terdengar menjijikkan, konon minuman tersebut bermanfaat bagi kesihatan.Namanya 'Tsongsul' atau wine feses. Soju, minuman beralkohol dari Korea, dituangkan ke dalam liang berisi kotoran ayam, anjing, atau manusia. Kemudian, campuran ini diperam 3-4 bulan untuk berfermentasi. Setelah diekstrak, minuman ini langsung ditenggak. Masyarakat Korea percaya bahawa Tsongsul dapat menyembuhkan penyakit dan membantu penyembuhan tulang patah.Tsongsul memang nyata, namun minuman ini tidak popular. Reporter Web Rocket News 24 penasaran dan melakukan riset selama enam bulan untuk mendapatkannya. Akhirnya, dia dapat menghubungi penjual Tsongsul di Korea Selatan dan terbang ke sana untuk melakukan transaksi.Entah apakah hukum Korea melarang penjualan minuman mengandung feses, namun seluruh prosesnya dilakukan secara rahsia. Sambil melakukan transaksi di pinggir jalan, si penjual dan reporter membicarakan minuman tersebut.Dari sini, diketahui bahan-bahan dan cara membuat Tsongsul. "Saya harus memanggang kotoran anak saya di oven elektrik dengan suhu 250 C selama 30 minit... Kemudian, rendam dalam alkohol minimal dua bulan sebelum diminum," kata si penjual.Menurutnya, Tsongsul tak boleh dibuat sembarangan. Jika tidak dipanggang dengan cara tadi, baunya akan sangat menyengat. Selain itu, kalau dipanggang di rumah, baunya akan menyebar ke seluruh rumah sampai-sampai boleh dimarahi tetangga.Minuman ini berwarna cokelat bening dan bersih tanpa hampas, seperti brandy. Menurut si penjual, warnanya menjadi cokelat kerana campuranubat-ubatan tradisional seperti ash tree, hanyak, dan kucing. Kucing? Ya, si penjual mengaku memasukkan tulang kucing dalam pembuatan minuman ini!Setelah mendapat informasi tersebut, si reporter membayar 70.000 won    untuk dua botol besar Tsongsul. Saat dituang, minuman ini seperti minuman beralkohol biasa yang sedikit berbueh. Anehnya, minuman ini memang tak berbau.Menurut staf Rocket News 24 yang mencubanya, kadar alkoholnya terasa tinggi. "Saya juga merasakan jejak herba ubat-ubatan China. Baunya tidak seperti kotoran. Saya tidak akan tahu di dalamnya ada feses kalau anda tidak memberitahukannya," ia berkomentar pada (13/11/12). Selain itu, aftertaste-nya terasa pahit.

Read More - Arak dari najis manusia...nak rasa?, gila.

Isteri berzina, Suami Tikam Sebanyak Empat Kali

Oh! Krai Utara

Share

TRIBUNNEWS.COM, SYDNEY - Seorang suami yang memerangkap isterinya berselingkuh, melampiaskan amarah kepada lelaki idaman lain isterinya tersebut, dengan menusukkan pisau tajam sebanyak empat kali.Dalam melakukan aksi biadab tersebut, Hazairin Iskandar (58) dibantu oleh anaknya, yang ikut memukuli selingkuhan ibunya tersebut menggunakan kayu  Akibat perbuatannya, Hazairin dikenakan hukuman penjara selama 23 tahun oleh Mahkamah Agung di Sydney, Australia, Jumaat (7/12/2012).Ia dinyatakan bersalah membunuh, Mohd Shah Saemin di apartemen Leichhardt, Sydney, Australia, pada 21 Februari 2010.Dalam sidang sebelumnya, terungkap, Hazairin gelap mata setelah mengetahui istrinya, Nita, berselingkuh dengan Mohd.Seperti diberitakan oleh Syney Morning Herald. Ia diduga membunuh selingkuhan istrinya tersebut untuk melindungi kehormatan keluarganya."Ini sangatlah kejam, serangan brutal yang dilakukan saat korban berbaring di tanah, tidak dapat membela diri," kata hakim yang menyidangkan kasus itu, hakim Davies.Nita yang hadir di dalam sidang saat putusan dibacakan, menangis sejadinya ketika vonis dijatuhkan kepada suaminya tersebut.Namun mengingat waktu yang ia habiskan di dalam tahanan, Iskandar akan memenuhi syarat untuk pembebasan bersyarat pada bulan Februari 2027.Penulis: Samuel Febrianto  |  Editor: Anwar Sadat Gun

Read More - Isteri berzina, Suami Tikam Sebanyak Empat Kali

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...