Kerja demo putar belit kenyataan je ke?

Oh! Krai Utara

Share
Jangan putar belit kenyataan Tok Guru: Pemuda Pas 

Dewan Pemuda Pas Kelantan menggesa semua pihak tidak memutarbelitkan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berhasrat untuk duduk bersama dengan UMNO bagi membincang isu berkaitan agama Islam. 

Ketuanya, Abdul Latif Abd Rahman berkata, kenyataan Nik Aziz mengenai cadangan tersebut adalah bertitik tolak dari seminar kalimah Allah yang dihadiri oleh beberapa pemimpin agama. 

“Cadangan ini dikeluarkan bertitik tolak sekiranya Pas boleh mengadakan dialog dengan Kristian, Hindu dan Budha, maka tidak salah jika Pas turut berdialog dengan UMNO atas dasar agama. 

“Saranan Tok Guru berkisar kepada kenapa UMNO menolak Islam sebagai cara hidup termasuk dalam sistem bernegara dan di mana kesilapan Pas dalam memperjuangkan Islam. Ia tidak sama sekali dengan cadangan kerajaan perpaduan yang telah ditutup,” katanya semalam. 

Baru-baru ini, Nik Aziz meminta agar persengketaan antara Pas dan UMNO selama 50 tahun dihentikan dan kedua-dua parti itu duduk bersama bagi membincang masalah berkaitan agama. 

Cadangan itu, menimbulkan pelbagai reaksi pro dan kontra serta ada yang mengaitkan ia adalah strategi politik Menteri Besar Kelantan itu bagi menutup kepincangan yang melanda parti tersebut. 

Dalam pada itu, mengulas mengenai kenyataan pemuda UMNO yang menyarankan Nik Aziz membuat pertemuan dengan DAP terlebih dahulu, Abdul Latif berkata, cadangan tersebut dilihat angkuh dan tidak mencerminkan bahawa Pergerakan Pemuda parti itu tidak berminat untuk membuat perbincangan. 

“Persoalannya bilakah DAP secara terang terangan menolak Islam sebagaimana yang didakwa Anuar? Bagaimana pula dengan Gerakan sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) yang secara terang-terangan mengangkat sepanduk menentang hudud. 

“UMNO sememangnya tidak berminat untuk berbincang untuk kebaikan agama. Apa yang mereka inginkan hanyalah menangguk keuntungan politik dari kenyataan Tok Guru tersebut,” katanya. sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...